i & Travel

Menikmati Hot Spring & Spa, Lost World of Tambun

HOT SPRING LOST WORLD OF TAMBUN CRYSTAL POOL
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum..

Yeahh..kita sambung bahagian 3. Bahagian 1- Lost World Of Tambun, Perjalanan dengan ETS, bahagian 2 –  Tips Menempah Bilik di Lost World Hotel.. Ini nak cerita part paling best bila berada di Lost World of Tambun baru baru ni di Ipoh, Perak..

Serious, precious moment bila boleh bersama rakan blogger wanita yang lain merasa nikmatnya berendam dalam hot spring dan buat spa muka, tahan dan urutan badan sikit sikit..

fuhh..

Disebabkan kiteorg tak sempat nak main waterpark sebab pukul 5 baru siap siap , kiteorg pulun mandi air panas puas puas. Dari pukul 6 kami aim dekat hot spring sehingga lah malam… aku dengan Sheila memang tak tua nak buat apa, so kami terus ke hot spring.

Mula mula tak best gak rasa gak, sebab tak biasa kan mandi air panas dan tak biasa berendam dalam air panas.. Rasa sungguh tak puas. Kalau mandi air sejuk pergghhh.. nikmat.. tapi tapi.. tuh hanya permulaan…

Kalau tengok gambar kiteorang boleh dikatakan semua yang hot hot kami mandi dan berendam.. Dari yang biasa biasa sampai ke pool “top of the world”.. serius tak sangka badan boleh terima kesemua hot spring pool…

Dari awal awal kami masuk Crystal Pool yang ada dekat Lost World of Tambun ni.. Sebab Lost World dah tempah khas untuk kami pada hari tersebut…

HOT SPRING LOST WORLD OF TAMBUN CRYSTAL POOL

– Crystal Pool

Tak tertahan nak masukkan kaki ke dalam air panas. Itu lah yang kami buat dulu.. Masukkan kaki, yang penting bergambar.. Waktu masih panjang..so relax relax dan chill.. haha.. padahal tak sanggup nak merasa kepanasan air.. haha..

HOT SPRING LOST WORLD OF TAMBUN SAPHIRA’S LAIR

– SAPHIRA’sLAIR

Lepas dah bosan bosan lepak kat Crystal Pool kiteorang berginjak ke Saphira’s Lair.. kat sini ramai orang.. Air macam biasa panas memanjang. Gaya gaya takleh blah dari blogger perempuan Malaysia.. haha.. Nak wat camne.. Sementara malam tak menjelma amik gambar puas puas.. Nanti malam tak nampak muka plak nak capture…

HOT SPRING LOST WORLD OF TAMBUN STEAM CAVE

– STEAM CAVE

Ini moment paling best.. Berada di Steam Cave.. Steam cave ni bersambung dengan Infinity Pool.. Kalau masuk kat dalam tuh tak boleh duduk lama lama.. 5 minit.. Sebab kalau ada yang tak selesa akan buatkan korang sesak nafas dan bagi yang pakai spek semestinya masalah wap yang hinggap di spek..

So kami pon tak boleh nak bergambar kat dalam.. Amik kat luar jeeee…. Ini blogger bernama Trisy… Saje letak gambar Trisy sebab gambar aku tak boleh dikuar untuk tontonan.. =)

HOT SPRING LOST WORLD OF TAMBUN FOOT SPA 2

– Foot Spa

Haa.. ini dia.. mustahil korang tak kenal foot spa.. Mula mula agak meragui keupayaan diri untuk buat foot spa.. Sebab tuh ambil gambar macam kat atas ni.. Ye la.. selama ni buat kat track joging pun terasa nak menjerit rasa kesakitan.. Tapi disebabkan dah pergi jauh jauh sampai Lost World of Tambun ni, takkan taknak cuba kan..

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Selepas abis round semua, baru la tergerak hati nak buat foot spa.. Dan alhamdulillah. berjaya habiskan 3 pusingan.. Haha.. kita orang beat setiap sorang kena buat 3 pusingan.. kekeke.. Berjaya.. siap stop amik gambar lagii..

HOT SPRING LOST WORLD OF TAMBUN FOOT SPA

— Nice angle.. hehe.. 3 4 kali amik shoot selfie macam ni.. Ini satu yang je yang jadi dan cantik..cantik ke? hahha

Lepas abis siksa kaki, kiteorg masuk ke pool 45 darjah celcius.. iaitu Top Of The World.. Kebetulan masa tuh tak ramai.. Kalau ikut kan kenyataan yang ditulis kat pool tuh, hanya boleh duduk 5 minit je dalam pool tuh.. Then kena bangun.. Tak tau kenapa.. Mungkin sebab kepanasan dia kot…

HOT SPRING LOST WORLD OF TAMBUN TOP OF THE WORLD POOL

— TOP OF THE WORLD POOL.. Lama ni nak boleh ke masuk dengan badan.. panas punya pasal.akhirnya selam jugak 5 minit

Lepas habis dah teroka, siap siap terus pergi dinner.. Ada BBQ..sedap oittt… aku dah la penggemar seafood.. Bila ada udang ngan ketam apa lagi..melantak la.. Nasi tak sentuh langsung.. Blurrppp..sampai kekenyangan…

BBQ Lost World of Tambun

— Pinggan pertama

BBQ Lost World of Tambun 2

— Pinggan kedua

Itu baru 1 round der.. lepas dinner kiteorg pergi buat massage dan facial coffee kat muka..serius menyegarkan.. relax relax chilll

-- Cik Lily Putih dan Sheila tengah massage.. muka kegelian dan muka kesedapan.. kekeke..

— Cik Lily Putih dan Sheila tengah massage.. muka kegelian dan muka kesedapan.. kekeke..

Ceriakan… dalam hati..oh makk..geli.. oh makk..sakit.. hahaha.. sabor je laaa.. Lepas kiteorg gi massage, buat lagi round ke dua mandi mandi dalam hot spring.. serius.. lama lama jadi syok.. pastu makan lagi… then layan band dekat pooll.. perghhh.. nikmatttt… Pastu makan untuk kali ke tiga sebelum naik bilik.. hahaha..

Bertapa seronok nya dapat pergi Lost World of Tambun dengan bloggers.. serius.. rasa nak ulangi masa..

Takpe.. InsyaAllah satu masa nanti boleh berkumpul macam ni laggii.. =)..

Eh..

 

 

#

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network