i & Lifestyle i & Travel

Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang? Kami Ada Jawapan!

Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang - Bilut Extreme Park004
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Hi,

Hujung minggu lepas, kami sempat melakukan aktiviti outdoor di Bilut Extreme Park Bentong Pahang. Tak pernah tahu pun ada extreme park di sini. Bukan setakat extreme park, ada juga Bee Farm memang sesuai untuk lawatan keluarga dan sekolah.

Perjalanan hampir 2 jam dari Petaling Jaya, Selangor menaiki bas bersama rakan-rakan blogger yang lain. Kalau dari Pahang lagi la dekat.  Hanya 18km dari Bandar Bentong.

Sampai je terus excited bila nampak padang memanah dan juga ATV. hehe.. Maklum la, ini baru berkesempatan nak buat outdoor setelah sekian lama berhenti.

Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang? Ini aktiviti yang kami lakukan!

1)  ATV Ride – Bilut Extreme Park

Pertama kali melakukan aktiviti ATV Ride ni memang seronok. Bagi peminat sukan ATV, Bilut Extreme Park menyediakan beberapa pakej perjalanan ATV untuk anda.

Kami di ajar oleh Marshal macam mana nak naik ATV, macam mana nak control handle sebab memang tak pernah naik. Alhamdulillah, semua selamat.. walaupun ada yang hampir terbabas langgar semak. hehe.

Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang - Bilut Extreme Park004

ATV Ride di Bilut Extreme Park

Pakej yang ditawarkan bermula dengan pakej beginner 30 minit sehingga la pakej advance 90 minit dengan laluan yang berbeza dalam kawasan Felda Lurah Bilut..

Bagi yang nak melalukan Aktiviti ATV Ride dengan keluarga, mereka juga menawarkan pakej Keluarga RM120. Memang seronok Weh!

 

2) Memanah / Archery – Bilut Extreme Park

Seperti yang saya cakap tadi, kat Bilut Extreme Park pun ada aktiviti memanah dengan keluasan 3000 sf dengan maximum 10 target board.

Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang - Bilut Extreme Park001

Archery di Bilut Extreme Park

Biasa untuk permulaan hanya 10 kaki sahaja. Tapi kalau nak buat 100 kaki pon boleh. Tapi kalau beginner elok ambil yang dekat je. Itu pun susah nak shoot!

Setiap seorang hanya diberikan 12 arrow dan harga seorang RM10. Kalau nak diskaun, bawa kawan ramai-ramai dapat harga diskaun dan dapat banyak free arrow.

Untuk dapatkan harga pakej ATV Ride dan juga Archery, boleh hubungi terus Bilut Extreme Park seperti maklumat di bawah.

Bilut Extreme Park
Facebook : www.facebook.com/BilutAdventurePark
No tel : 014-608 8803 / 017-977 0884
Waktu Operasi : Isnin – Ahad ( Tutup Rabu) – 9.30 am – 6.00pm

3) Bee Farm 


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Selepas makan tengah hari kami bergerak ke Bee Farm. 5 minit je menaiki 4 wheels drive. Kalau ikutkan boleh naik ATV ke Bee Farm, tapi disebabkan ada masalah laluan tak berapa clear, kami naik 4 wheels je.

Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang - Bilut Extreme Park004

Bee Farm

Pertama kali pergi ke Bee Farm dan merasa sendiri madu kelulut asli betul-betul dari sarang lebah. Manurut pekerja Bee Farm, setiap kantung madu berbeza rasa walaupun berada dalam bekas yang sama.

Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang - Bilut Extreme Park003

Madu Lebah Kelulut

Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang - Bilut Extreme Park004

Penerangan dari staff Bee Farm

Untuk yang tak tau process penghasilan madu ni, jangan risau. Mereka akan explain sekali. Dan yang penting, Bee kat sini tak sengat orang.. heee..

Selepas puas rasa madu, kami di bawa ke tempat jualan Madu asli untuk taklimat mengenai Bee Farm. Sungguh cantik kawasan dia. Sambil pusing kawasan dapat la merasa aiskrim madu lemon. Serius sedap.!


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 
Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang - Bilut Extreme Park004

Aiskrim Madu Lemon..Sedap gilee!!

Anda boleh bawa keluarga atau kawan-kawan kesini untuk day trip! Makanan, kalau untuk muslim boleh bawa bekal ala-ala berkelah makan dalam kereta.. hehe.., sebab kalau nak makan kena ke bandar Bentong.

Bagi Chinese, ada restoran di kawasan sekitar Valley Agro Park ini. Tak perlu pergi bandar Bentong, boleh makan ikan segar, ayam organik dan sayur organik! Boleh bermalam juga di kawasan ni. Sangat pack cuti. Jadi kena booking awal..

Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang - Bilut Extreme Park002

Terima kasih Bilut Extreme Park, Bee Farm  dan juga Valley Agro Park kerana sudi terima kedatangan kami!

Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang - Bilut Extreme Park004

Management dan Bloggers! Thank you!

Bagi anda yang suka aktiviti outdoor dan masih Mencari Aktiviti Outdoor Cuti Sekolah di Pahang? ini la jawapannya..

Selamat beroutdoor!!!

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge