i & Produk

Melawat HQ Shaklee & Program Youth Entrepreneur System (YES)

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Hi,

Shaklee, produk kesihatan yang semakin di cari ramai. Terutamanya vitamin harian dan produk bersalin. Sampai kakak ipar aku pun pesan produk bersalin Shaklee untuk dibawa ke Mesir.

Baru baru ini sempat melawat HQ Shaklee yang terletak di The Pinnacle Sunway. Boleh tahan besar HQ Shaklee ni. Dan aku sangat suka dengan warna office shaklee. Hijau daun! Cantik weh.

Melawat HQ Shaklee & Pengelanan Program CSR Youth Entrepreneur System (YES) -002

HQ Shaklee

Mengenai Shaklee & Shaklee Cares

Shaklee sudah pun berada dalam industri produk pemakanan penjagaan diri dan seisi rumah lebih dari 15 tahun di Malaysia. Produk shaklee boleh didapati dari pengedar-pengedar yang pasti ada di pelusuk negara.

Ibu pejabat Shaklee Malaysia terletak di The Pinnacle Sunway. Dan beberapa cawangan Shaklee di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

Mengenai Shaklee Cares ia adalah sebuah organisasi bukan berdasarkan keuntungan, yang diasaskan pada tahun 1992 oleh Shaklee Corporation.

Pertubuhan ini ditubuhkan bagi membantu mereka yang memerlukan. Sejak tahun 1992, sambutan baik diterima oleh sukarelawan tidak kira dalam bentuk tenaga ataupun wang tunai. Wang yang terkumpul didermakan kepada keluarga dan masyarakat yang memerlukan.Melawat HQ Shaklee & Pengelanan Program CSR Youth Entrepreneur System (YES) -006

Antara program CSR yang dijalankan oleh Shaklee adalah Shaklee Cares for Our Youth dan Shaklee Cares for Our Children.

Program Youth Entrepreneur System merupakan program di bawah Shaklee Cares for Our Youth!

Program Youth Entrepreneur System (YES) Shaklee

Youth Entreprenuer System atau Sistem Usahawan Belia dilancarkan pada Mei 2015. Ia merupakan program khas untuk belia Malaysia sebagai satu inisiatif CSR dibawah Shaklee Cares.

Memang tak dinafikan sekarang ramai belia mula menceburi bidang keusahanwanan, dan kini Shaklee memberi peluang kepada golongan muda di Malaysia untuk berjinak dalam keusahawanan dengan modal yang minimun.

Menurut Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim, matlamat utama adalah untuk mendekati 100,000 orang pada hujung tahun ini dan menolong belia mencari pendapatan tambahan lebih dari 50% dari pendapatan asal.

Melawat HQ Shaklee & Pengelanan Program CSR Youth Entrepreneur System (YES) -003

Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim

Shaklee memang terkenal dengan produk makanan yang selamat dan berkesan dengan langkah hidup yang sihat. Terdapat 4 wellnes packs dalam program YES iaitu Healthy Young Living, Healthy Fitness, Healthy Prenatal dan Healthy Postnatal untuk golongan muda yang aktif, yang gila kerja, wanita mempunyai keluarga dan anak kecil dan yang berusaha untuk memperbaiki kesihatan mereka secara keseluruhan.

Kelebihan program YES dari Shaklee, Shaklee menyediakan insentif kewangan, latihan kemahiran, pengetahuan produk dan juga sokongan dari rangkaian mentor untuk membantu usahawan muda mencapai impian sebagai usahawan berjaya.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Dalam masa yang sama, telah terbukti Shaklee menjadi batu loncatan untuk usahawan wanita yang berhasrat untuk kualiti hidup yang lebih baik, menjana pendapatan sampingan dirumah bagi suri rumah  dan menghasilkan generasi masa depan yang lebih sihat.

Melawat HQ Shaklee & Pengelanan Program CSR Youth Entrepreneur System (YES) -004

Antara produk Best Sellet Shaklee

Terima kasih Shaklee Malaysia kerana sudi menerima kunjungan kami ke HQ Shaklee.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Bagi anda yang nak join Youth Entrepreneur System (YES), boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web www.shaklee.com.my.

 

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge