Norfanil's blog

Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 1

Assalamualaikum…

 

Hari ni Sabtu, 20 April 2013 bermulanya Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 Episod 1. Apa yang terjadi untuk episod pertama ni? Sebelum tuh meh kita kenalan dulu dengan peserta peserta Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2.

— 19 peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim ke 2.. semua nampak hebat je..

Untuk episod pertama, kotak sajian misteri menjadi cabaran yang pertama. Masing masing macam biasa disediakan kotak sajian misteri di atas meja..  Dalam peti sajian misteri tersebut mengandungi gambar peserta Masterchef yang lain dan mereka perlu memasakn makanan yang sesuai dengan gambar yang tersedia dalam kotak…

Berjaya tak agak agak dieorg ni untuk episod pertama.. Tapi apa yang aku boleh cakap, bila tengok kebenyakkan gambar hidangan yang di sediakan oleh peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim ke 2, pergggghhhh.. semua terrer.. Bab plating masing masing hebat. Kemas dan menarik.. Bab rasa?? Kena tanya ketiga tiga juri la… heheheh..

Jom tengok beberapa keping gambar Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 EPisod 1.

 

Pusingan Pertama – Peti Saji Misteri

— Selamat Datang ke Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2

— Setiap peserta menerima Apron yang tertulis nama sendiri!!

— Cabaran Pertama Episod 1 : Peti Sajian Misteri…

— Paknil dapat Gambar ENOT dan ENOT dapat gambar PAKNIl!! cayalah~

– Peserta perlu masak hidangan yang menggambarkan apa yang ada dalam gambar..

— Cabaran Bermula!!! 60 Minit masa diberikan..

— Apa agaknya Enot ngan Cik Ta buat ye??

— Masakan Italy khas untu Zain Saidin!!.

– Zain Saidin dan Che Ta!!

— Hidangan oleh Celina .. Wow!!!.. Terbaik

Hidangan oleh ENOT, menggambarkan PAKNIL?? Mungkin role tuh macam microphone..

— Hidangan oleh Shanie… Ungu menaikkan seri plating hidangan Shanie

— Hidangan dari Kenchana Dewi.. Maveles..!!!

— Hidangan dari Keroz.. Umm..sedapnya..

— Hidangan oleh Sabhi Saddi!! Ikan aya kan? ke ikan tongkol?

Pemenang untuk Peti Saji Misteri Adalah???

— ENot!!!. Tahniah.. tapi kak Enot kita memang pandai masak kan?? huhu.

 

Untuk hidangan kedua, Enot diberi kuasa untuk membuat pilihan 1 hidangan dari 3 hidangan kegemaran Chef Masterchef Selebriti Malaysia iaitu Chef Adu, Chef Jo dan Chef Zubir…

— Makanan Kegemaran Chef Adu – Laksa Johor

— Makanan Kegemaran Chef Zubir – Apakah nama ni?

— Hidangan Kegemaran Chef Jo.. Yang ni pun apa namanya ye?

Dan Enot memilih hidangan dari Chef Zubir sebagai cabaran untuk pusingan kedua… Jom kita tengok hasil dari peserta Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 1

Pusingan Kedua – Hidangan Pilihan

— Hasil dari Paknil…. Wahh.sedapnya.. Disebalik hidangan ni, tangan paknil terkena minyak panas.. Kesian paknil.. Lepas ni kena berhati hati ,,

— Hidangan yang sama dari Celina

— Hidangan yang sama dari Enot..

— Hidangan dari Kenchana Dewi..

— Hidangan dari Sabhi Saddi

— Hidangan dari Radhi!!.. Keep it up Radhi!!..Takpe baru episod pertama..

Untuk Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 1 , 7 peserta telah di panggil untuk kehadapan iaitu Yassin, Radhi, Sabhi Saddi, Zain Saidin, Celina, Kanchana Devi dan Enot dipanggil ke hadapan.. Walaubagaimanapun Enot terselamat dan Celina di nobatkan sebagai pemenang untuk Pusingan Kedua!! Tahniah!!!!

Manakala Yassin, Radhi, Sabhi Saddi, Zain Saidin, dan Kanchana Devi akan memasuki pusingan penyingkiran esok… Agak agak siapa yang terkeluar?? jom layan Video ini dulu…

All pictures credit to MasterChef Malaysia

Comments

comments

6 thoughts on “Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge