Lenovo Internal Storage Penuh
Lenovo Internal Storage Penuh

Assalamualaikum.

Geram rasa sebab selalu dapat notification bagitau Internal Storage is full.  Kalau ikutkan, selepas rooted Lenovo S820 mempunyai 2GB Internal Storage. Tapi masih lagi tak cukup.

Kadang-kala geram juga. Tapi mujur jumpa cara-cara nak atasi masalah Internal Storage yang penuh ni..

Handset lenovo ni pelik sikit sebab storage dia terasing. Maksud saya, kita kene pilih storage mana yang kita nak guna saamada Internal Storage atau SD Storage (SD Card).

Kalau kita pilih Internal Storage, segala yang di installed akan masuk terus ke Internal Storage dan applikasi tersebut tidak boleh digunakan bila kita dalam mode SD Storage.

Begitu la sebaliknya dengan SD Storage.

Macam mana nak atasi masalah Internal Storage Penuh?

1. Root

Root untuk buka sistem dalaman supaya boleh delete apa yang tak patut dan tak dipelukan.

Ada banyak cara untuk root. Tapi kalau tak pandai boleh minta orang lain buat. Ada yang buka khidmat untuk root ni.

Hasil root, internal storage akan lebih besar.

Persoalan : Saya dah root, tapi internal storage masih lagi tak mencukupi. Macam mana?

2. Clear Data Setiap Applikasi.

Biasanya saya akan clearkan data setiap kali sebelum tidur. Setiap applikasi ada penggunaan data sendiri.

Applikasi paling banyak menggunakan data adalah Facebook. Instagram tak banyak digunakan. Jika clear data segala maklumat log in akan terhapuskan dan automatik akan log out.

Macam mana nak clear kan data.?

Pergi ke bahagian Setting >> All Settings >> Apps >> All  dan tekan pada clear data untuk memadam isian data dan SD storage data.

Masalah Internal Storage Penuh Handset Lenovo 2

Lakukan kepada semua applikasi yang anda gunakan seperti Instagram, Whatsapp, Viber, Google Chrome, Gmail dan lain-lain.

Ada satu saya perasan applikasi UC Browser tak boleh nak padamkan data yang digunakan. Pelik. Terpaksa la install dan install kalau dah sampai jumlah penggunaan data yang tinggi.

3. Pindahkan applikasi ke SD Storange

Caranya dengan menggunakan applikasi yang terdapat di Play Store. Applikasi ini hanya boleh di gunakan selepas handset anda di root

Ada beberapa applikasi yang anda install secara automatik di simpan dalam Internal Storage. Untuk mengurangkan penggunaan internal storage dan tidak boleh di pindahkan ke SD Storage melainkan menggunakan applikasi.

Jadi untuk membuat pindahan dari Internal Storage, anda perlu install “Move app to SD Card” dari Ijmobile. Apabila dah pindahkan boleh la kurangkan penggunaan Internal Storage. 

Pindah Applikasi ke SD Storage untuk Handset Lenovo

Boleh tick semua sekali. Tapi nasihat saya buat satu-satu lebih cepat.!

Untuk root handset lenovo seperti lenovo s820 dan S939, nanti saya akan buat tutorial cara nak root. Hanya root sahaja. Pertukaran rom ke kitkat dan sebagainya saya tak akan ajar ye.. Selamat mencuba.. 😉

15 COMMENTS

  1. hai .. untuk lenovo a 516 mcm mane ? .. fon tersebut tak Ada button move to SD card . so ia tak boleh pindah ke SD card . semua app berada di internal je..

  2. sy ada masalah dengan ram lenovo s820, tidak banyak applications yg ada tp ram dia cepat betul penuh dan hanya tinggal kira2 24mb, bila mana cuba main games ia akan kembali ke menu utama..apa sebab tu ya? perlu root juga ka tu? bila banding dgn telepon lama sy yg punyai ram 1gb tidak pula ada masalah..pada hal lenovo s820 juga punyai ram 1gb…pohon bantuan..:)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge