i & Lifestyle

Maklumat Diskaun Pembayaran PTPTN 20% Bermula 1 Oktober 2012

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Assalamualaikum…

 

Diskaun pembayaran PTPTN 20%… Untuk mereka yang dapat biasiswa JPA macam aku ni takpe risau untuk bayar balik. Tapi mereka yang buat pinjaman PTPTN boleh la rujuk artikal ni tunuk dapat Diskaun Pembayaran PTPTN.. Diskaun Pembayaran PTPTN 20% telah bermula pada 1 Oktober 2012 dan akan berakhir pada 30 September 2013. Lebih tepat lagi di beri tempoh selama setahun.. Untuk mereka yang masih ada tanda tanya mengenai diskaun pembayaran PTPTN 20%, boleh dapatkan penerangan setiap tandatanya dalam minda anda di bawah.. Diskaun pembayaran PTPTN 20%


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

 

SOALAN 1

Siapakah yang layak mendapat pemberian Diskaun pembayaran PTPTN 20% ini?

Jawapan :
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaanPTPTN dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

SOALAN 2

Bagaimana pemberian Diskaun Pembayaran PTPTN 20%  akan diberikan, sama ada atas baki prinsipal/ kos pentadbiran/ baki keseluruhan/ baki tunggakan/ termasuk kos-kos guaman?

Jawapan :
Pemberian Diskaun Pembayaran PTPTN 20%  dikira atas baki hutang semasa pada masa
penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dilakukan.

 


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

SOALAN 3

Bagaimanakah diskaun 20% ini dikira?
Jawapan :
Diskaun 20% ini dikira berasaskan baki hutang semasa peminjam/penerima biaya.

 

SOALAN 4

Bilakah tarikh pemberian diskaun 20% dikuatkuasakan?
Jawapan :
Pemberian Diskaun pembayaran PTPTN 20% berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

 

SOALAN 5

Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan pemberian diskaun 20%?
Jawapan:
Peminjam perlu membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

 

SOALAN 6

Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan baki hutang semasa?
Jawapan:
Baki hutang semasa boleh diperolehi dengan melayari laman web PTPTN ww.ptptn.gov.my mulai 5 Oktober 2012. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pin peminjam. Sekiranya peminjam terlupa nombor pin, sila hubungi talian 03-20804455. Bagi peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya, baki hutang boleh diperolehi dengan hadir ke kaunter PTPTNe-mel ke [email protected] atau faks ke talian 03-20921590.

 

SOALAN 7

Bolehkah saya membuat pembayaran berdasarkan baki hutang semasa di penyata online?
Jawapan:
Boleh. Bayaran sebanyak 80% daripada baki hutang semasa boleh dibuat melalui semua saluran sediada kutipan balik PTPTN. Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web PTPTN www.ptptn.gov.my. Selain daripada pembayaran melalui kaunter PTPTN, butiran bayaran hendaklah dihantar melalui e-mel kepada [email protected] atau difakskan kepada 03-20921590.

 

SOALAN 8

Adakah saya boleh mendapat pemberian Diskaun pembayaran PTPTN 20% sekiranya saya berhasrat membuat penyelesaian hutang pada bulan terakhir promosi iaitu September 2013?
Jawapan:
Boleh. Walau bagaimanapun, peminjam dinasihatkan membuat pembayaran penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan secara tunai atau bankdraf di kaunter PTPTN sahaja dan tidak melalui ejen kerana bayaran balik melalui ejen mengambil masa untuk dikemaskini.

 

SOALAN 9

Adakah pemberian diskaun 20% bagi penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan ini diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN?
Jawapan:
Ya, pemberian diskaun 20% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja olehPTPTN.

 

SOALAN 10

Adakah pemberian diskaun 20% ini diberikan kepada baki hutang Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) bagi penerima WPP yang tidak membuat pinjaman/ pembiayaan PTPTN
Jawapan:
Ya, pemberian diskaun juga diberikan kepada baki hutang Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP).

 

SOALAN 11

Adakah Surat Pelepasan Hutang (SPH) dikeluarkan selepas bayaran balik dilakukan?
Jawapan:
Surat Pelepasan Hutang (SPH) akan dikeluarkan selepas pembayaran dilakukan di kaunter PTPTNsecara tunai atau bankdraf. Bagi pembayaran bukan tunai (cek, kiriman wang dsbnya), SPH akan dikeluarkan selepas cek berkenaan ditunaikan/ dijelaskan. Bagi bayaran melalui ejen atau online, SPH akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas bayaran diterima oleh PTPTN.

 

SOALAN 12

Saya telah dikenakan tindakan senarai hitam, adakah PTPTN akan melakukan penarikan balik/ pemutihan senarai hitam selepas saya membuat penyelesaian hutang?
Jawapan:
Ya, proses ini akan dilakukan oleh PTPTN dalam tempoh 7 hari bekerja.

 

Sumber : PTPTN Bajet 2013

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge