Majlis Perkahwinan Along & Kakti
Majlis Perkahwinan Along & Kakti

Assalamualaikum..

Yeah.. Start hari ni kita dah boleh cakap pasal kahwin. Hehe..Ini baru episod 1. Al-kisah Majlis Perkahwinan Along & Kak Laila, dan Filzah & Ghazali. Dua orang sekali ok.

Jadi, bukan kisah saya ya. Kisah saya mungkin tahun depan. Doakan saja. Haha.

Ikut perancangan asal, along yang akan berkahwin lepas raya. Dia bertunang tanpa ada persiapan pada raya tahun lepas. ** nak tergelak bila ingat balik masa bertunang. haha

Tup tup, rezeki Allah bagi, tambah lagi seorang iaitu my dearest sister, Filzah. Kakti saya ni bertunang pada bulan 6 tahun ini. Kejap je dia bertunang. Dalam 2 bulan. Untung kan, ada orang masuk meminang. Ngeh.

Jeles pula tengok dia orang nak kahwin. Terkeluar la jugak “bila aku nak kahwin ni?” haha.. Tapi belum rezeki lagi.

Tapi saya tetap excited. Excited sebab ini perkahwinan pertama dalam keluarga kecil kami. Tak sangka buat dua orang sekali dalam tarikh yang dekat. Hmm. adakah yang seterusnya juga serentak? haha.. tunggu dan lihat.

Majlis akad nikah Along dan Kak Laila berlangsung pada 31 Julai 2014 bersama dengan majlis sebelah perempuan. Manakala Majlis Sambut Menantu berlangsung 2 Ogos 2014.

Majlis akad nikah Kakti dan abe Li pula berlangsung ada 2 Ogos 2014 dan sambut menantu pada 4 Ogos 2014. So kira majlis sebelah kami pada 2 Ogos 2014.

Alhamdulillah. Semua majlis selamat berjalan. Pesan saya, yang nak kahwin tuh jangan makan banyak-banyak ye. Kang tak muat cincin. Biasa perempuan je yang naik badan. Tapi ni tidak. Along saya ngan kak Laila dua dua tak padan cincin. Haha.. Lawak betol la.

Ini lah memory orang kahwin. Takkan di lupa sampai bila bila. Kan?

Okay, itu hanya intro. Banyak benda yang nak dicerita. Tapi nanti saya akan buat entry khas untuk setiap satu dari persiapan hantaran sehinggalah ke katering.

Persiapan semua okay. Pilihan warna tema semua voc voc.. Tapi akhirnya lain dari yang di rancang. Haha..

Kad kahwin pun cun, dah siap fasa pertama. Tup tup Kakti nak kahwin. Rombak balik tambah jadi 2 pasangan. Heh

I jadi photographer free of charge dari akad nikah sampai outdoor shooting.. Jimat ai RM2000. Tapi ai dapat setereka je satu.. sedih nooo…

Itu teaser je sikit sikit. Saya akan ceritakan di entry lain.

Sebelum tuh layan la beberapa gambar Majlis Akad Nikah Along & Kak Laila dan juga Kakti & Abg Li.

Gambar Akad Nikah Along 2

Gambar Akad Nikah Along

Gambar Akad Nikah Along 4

Gambar Akad Nikah Kakti 3

Gambar Akad Nikah Kakti 2

Gambar Akad Nikah Kakti 1

Ini la hasil dari @ciknonet saya. Baru beli seminggu sebelum raya.. Alhamdulillah.. Satu wishlist 2014 tercapai sudah …

Gambar Majlis Kesyukuran/Resepi dan Outdoor shooting saya akan masukkan untuk next entry..

Wallaaaa…~

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge