Main Laser tag di Galastic Laser Midvalley


Hi,

Laser tag di Galactic Laser Midvalley salah satu lagi indoor activities yang boleh dilakukan satu keluarga. Apa yang aku suka, laser tag ini tak sakit macam main paint ball. Boleh lebam woo. Tapi ini hanya dengan laser dan sound effect  buatkan yang main tu teruja. Memang tak sakit dan puas hati.

Baru-baru ni sempena Chinese New Year, Galactic Laser ada membuat pertandingan Angpow Challenge CNY. Dan beberapa blogger dijemput untuk sertai sekali. Terima kasih Khai Artzfar sudi bawak main laser tag dan Galactic Laser sebab jemput kami.

Pertama kali bermain laser tag di Galactic Laser memang syok gila, walaupun aku tak pandai main dan selalu berada di ranking paling bawah. Haha. Ye la pertama kali dan tak begitu tahu bagaimana ia berfungsi, bagaimana nak dapat point dan tips serta trick untuk menang. (walhal tau trick pon tak menang jugak) keh!

Memandangkan kami ni newbie, jadi tak letak harapan tinggi untuk menang kerana yang masuk pertandingan Galactic Laser Chinese New Year ni semua otai laser tag walaupun umur lagi mudah dari aku!  haha..

Tapi kami had fun sangat sebab last last dapat main sesama blogger yang newbie dengan laser tag. Tapi tetap aku yang tercorot. Aiyak!

Main Laser tag di Galastic Laser Midvalley
Bersama abam pap pap Pozi, KA, Mawardy dan Nisa Kay
Main Laser tag di Galastic Laser Midvalley
Pemilihan team. Dapat team TIGER!

Masa round pertama aku dah pening-pening main benda alah ni. Aku rasa aku dah tembak banyak, tapi tetap mata dikumpul sikit. Serius heran..

3 Round kami main

  • Round 1 – 7 second to alive selepas kena tembak
  • Round 2 – tak silap 3 seconds to alive
  • Round 3 – shadow activated!

Paling best part shadow. Cara main shadow, kena gelapkan diri dan menyamar. Tembak dalam masa 3 saat untuk dapat kan point berganda. Memang banyak boleh kumpul dengan shadow!

Main Laser tag di Galastic Laser Midvalley 12
Adam masa Grand FInale.. Sayang tak menang.. Kami sokong die…sebab.. hehe

Main Laser tag di Galastic Laser Midvalley 12

Main Laser tag di Galastic Laser Midvalley
Team Tiger!

Main Laser tag di Galastic Laser Midvalley

Tips Main Laser Tag

Aku baca tips ni masa round ke 3. Hehe. Tapi masa main tak juga reti nak apply.

  1. Pakai baju yang gelak untuk mengelakkan dari mudah di kesan.
  2. Belajar layout dengan cepat. Ini membantu anda untuk mendapatkan tempat terbaik. Ingat! Jangan menyorok terlampau lama. Cuba untuk bergerak apabila tiada siapa selepas 30 saat.
  3. Cuba dapatkan posisi level paling atas. Sebab paling atas ni bagus untuk shoot orang bawah. Tapi kadang-kala tak nampak orang, jadi MOVE!
  4. Bergerak secara mengiring seperti ketam. Posisi ini akan memberi pertahanan pada anda untuk mengelak di tag. Jangan lupa untuk bergerak. Kalau tak bergerak memang mudah untuk di tagged oleh pemain lain. (aku dah cuba ni, tapi bila masuk medan perang, terus tak teringat. haha)
  5. Jika anda melihat musuh sedang aim anda, dan tidak boleh lari. Cuba untuk pusing sideways. Ini memberikan peluang yang tipis untuk mereka tembak anda pada sensor. 

Huhu.. Semoga membantu la.. Kalau tak membantu juga untuk anda menang laser tag, sila main lagi 10 kali.. hehe..

Practice make perfect!

Nak try? Pergi ke MidValley level 3.

Main Laser tag di Galastic Laser Midvalley
Tahniah kepada semua pemenang Galactic Laser Angpow Challenge Chinese New Year!

Thank you!
Galactic Laser! 
Lot T-012A 3rd Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
012-780 9844
Facebook: Galactic Laser
Website: www.galacticlaser.com

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge