MAHA 2016 - Laman Sayur

Assalamualaikum..

Pernah pergi MAHA 2016…? Sebelum-sebelum memang malas sangat nak pergi MAHA 2016, bersesak sesak bagai. Mesti ramai yang sama pemikiran dengan saya kan? I feel you haaa.. Tapi bila dah pergi MAHA 2016 kelmaren iaitu hari ke dua terakhir MAHA untuk tahun ni, baru la rasa kenapa aku tak pergi awal-awal sebelum ni. Ye la, MAHA 2016 di adakan selama 11 hari… 2 hari nak habis baru nak pergi. Sabar je la.

Ada yang nak pergi hari ni? Hari last day ni haa.. Rugi sapa tak pergi.. Sebab setiap tempat ada keistimewaan dia dan mungkin kena dengan interest kita dan anak-anak. Paling penting untuk anak-anak, UPIN IPIN ada Kampung Durian Runtuh wehh.. Besar pulak tu…

Gembira tengok anak-anak orang gembira.. sebab saya takde anak lagi hahaha Tip pertama nak pergi MAHA, datang awal. Start pukul 10, datang la Pukul 9.. Dan boleh sarapan di Nafas Cube yang menyediakan tempat penginapan berkhemah, dan kontena. Cantik wehhh! Rasa macam nak buat rumah kontena kat sebelah rumah mak haha.

MAHA 2016 Nafas Cube -000

Hari Terakhir MAHA 2016. Wajib pergi sebab ada ini!

1. MAHA 2016 untuk perikanan.

Laman perikanan khas untuk kita-kita yang minat perikanan. Ada pameran ikan didatangkan khas dari Aquaria KLCC. Masuk kali ni tak perlu bayar. Boleh tengok bermacam-macam ikan. Ikan Yu, Ikan Flowerhorn, Ikan Tuna, Ikan paling mahal RM 1,800 / sekilo, dan macam – macam.

MAHA 2016 - Pameran Ikan Aquaria KLCC

MAHA 2016 - MAHA 2016 - Pameran Ikan Paling Mahal
Ikan Paling Mahal di MAHA 2016

Aktiviti menarik siap ada Pertandingan Makan Udang terpantas. Saya nak join, tapi cam tak sempat. Tapi kami singgah makan Satey Ikan Tuna.. Oh memang sedap! Rasa dia macam ayam. Ceq tak tipu!

MAHA 2016 - Satey Ikan Tuna Sedap
Sate Ikan Tuna.. RM1.30 sebatang..Should try this!

2. MAHA 2016 ada LAMAN Nanas

Laman Nanas ni khas untuk Nanas sahaja. Jenis nanas yang ada adalah Nanas MD2. Apa yang special nanas ni, bila makan rasa dia manis dan tak rasa gatal lidah. Boleh makan banyak banyak. Orang mengandung je tak boleh makan. Heh. Pernah rasa jus Nanas MD2? Perghhh..sedap beb. Tak rasa manis sangat-sangat. Tapi aiskrim yang kami cuba ni manis sangat. Mungkin tak sesuai dijadikan aiskrim…

MAHA 2016 Nanas MD2 -FNC_3865
Aiskrim Nanas MD2

3. MAHA 2016 ada LAMAN PADI

Macam mana zaman dulu dulu buat beras, macam mana bentuk padi, macam mana dieorg tanam padi, apa boleh dibuat dengan beras selain untuk jadi nasi? Haa. semua ada kat sini. Bukan tu saja, ada juga pameran bedak sejuk yang sememangnya dibuat dari beras. Ada jual sekali.

4. MAHA 2016 ada KAMPUNG DURIAN RUNTUH UPIN IPIN

Haaa.. yang ni paling best dekat Floral World.. Kita tahu ramai yang tak puas hati dengan Upin Ipin The Movie baru baru ni. Anak-anak nak tengok Upin Ipin tapi lain la keluar. Sebab kemunculan Upin Ipin yang dinanti.

MAHA 2016 -016

Kampung Durian Runtuh Upin Ipin mampu buat anak-anak kita tersenyum. Memang besar kampung ni dan sangat menyeronokkan.

MAHA 2016 Upin Ipin Kampung Durian Runtuh -FNC_3937
Show Upin Ipin yang dinantikan anak-anak..

Kerjasama dengan Upin Ipin memberi peluang pada anak-anak kita belajar pasal menanam pokok dalam kampung tersebut. Siap ada penampilan khas Upin Ipin dan show!. Kalau bawa anak-anak memang akan puas hati. Kita yang tengok ni pon suka. Inikan pula anak-anak.

MAHA 2016 Upin Ipin Kampung Durian Runtuh -FNC_3937

Bayaran masuk RM25 untuk ibu bapa dan RM10 untuk kanak-kanak. Siapa ada family pakej lebih jimat. Sebelum masuk tu, boleh cuba Melon Manis ni.. dari Terengganu.. Sedap sangat. Macam tembikai susu, tapi lebih rangup!

maha 2016 - melon manis

5. MAHA 2016 ada LEMBU SADO

Ha.. ini lagi 1 tarikan di MAHA.. Lembu sado. Apa yang beza Lembu Sado dengan biasa? Lembu sado ni dia masuk bina badan sebab tu dia sado haha. Sebenarnya lembu sado ni tak ada beza sangat. Cuma dia ada banyak otot dan kalau jual lagi best. Sebab banyak daging. Itu je. Tapi memang popular lembu ni.. Kalau ada undian selife terbanyak, dia la juara.. haha

MAHA 2016 -012

6. MAHA 2016 ada AGRO YOUTH.

Haaa.. dekat Agro Youth ni ada macam-macam. Yang menjadi tarikan adalah makanan. Aiskrim rockmelon yang patut anda cuba.MAHA 2016 -010

Selain tu ada Shell Out juga.. tapi kami tak sempat nak makan kat situ, sebab sold out. Kena book dulu ..ada 2 meja makan je.. So limited space.

7. MAHA 2016 ada LAMAN SAYUR & HERBA

Kalau nak tengok sayur sayur yang pelik, boleh ke Laman Sayur. Pelik tang mana tu? Ok. Kita tunjuk 1.. Pernah jumpa UFO ni?

MAHA 2016 - Laman Sayur

Pernah jumpa ni?

Sayur Upin Ipin.

MAHA 2016 - Laman Sayur

Sangat bagus buat pendedahan ini pada anak-anak. Ni dah besar baru jumpa haaa… tapi sayur-sayur ni comel…

8. MAHA 2016 Syurga Makanan.

Bagi mereka yang suka makan, di saranka ke Food Empayar. Memang syurga makanan. Kami pergi dalam pukul 7 malam macam tu. Banyak dah habis. Yang nak merasa sup tulang merah, atau sate tulang boleh terjah awal-awal. Kami datang lambat, Sup tulang merah dan Sate tulang abis da… Makan la kami Mee Bandung Lipan Kara..

MAHA 2016 Me Bandung Lipan Kara-020

Kalau nak cerita, banyak lagi tempat.. Tapi yang saya senaraikan ni memang yang terbaik.

Tengok video ni.. Semua dah dimasukkan sekali..

Yang penting, datang sini puas hati dan enjoy walaupun ramai giler… fuhh.. tak caya? Tengok video ni… Tak terkata..

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge