i & Lifestyle

Luahan Seorang Isteri – Kenapa Suami Cari Lain

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Assalamualaikum…

Lately aku selalu update entry lewat malam.. sebab terlampau busy kot. Assignment, Test, dan macam macam hal. Hari ni nak cite pasal luahan seorang isteri – Kenapa suami cari lain. Aku terbaca kisah ni di fanpage cikepal. Dia menerima email dari seseorang yang menceritakan kisah ini.

Aku boleh cakap kat sini, untuk mereka yang bergelar wanita dan isteri kena baca ni supaya suami anda tak cari lain. Banyak pengajaran yang di ceritakan oleh wanita ini untuk panduan isteri isteri. Sebab itu lah si isteri kena tengok jugak silap diri dan jangan salahkan pihak ke 3 sahaja menjadi punca. Bukan pihak ketiga mencari suami anda, tapi suami anda mencari pihak ketiga.. Fikir balik kenapa suami cari lain.. aku pernah alami, aku tahu macam mana perit rasa di tuduh perampas.. tapi sebenarnya bukan silap aku… ok.. noktah.. tak boleh cite banyak bab ni.. Aku dah ada Mr.Peah yang di sayangi..

suami curang

Baca kisah ini… Luahan Seorang Isteri – Kenapa Suami Cari Lain.

BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri) Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri… Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah… coretan dari hati seorang Muslimah:

*************************************************

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya. Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.

Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~

************************************************


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di uji.

Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.

Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. … InsyaAllah.. …..

Apa kata anda?

About the author

35 Comments

  • Nice sharing. Tapilahkan dari apa yang saya lihat. isteri-isteri sekarang bila dah kawen dengan sebelum kawen. jauh bezanya, dimana sebelum kawen bila suami makan bukan main sanggup meneman. tapi lepas kawen..suami makan pun malas nak meneman.

    base on my family lah kan. adik saya baru kawen termasuklah kakak saya yang dah lama kawen. depa suka sangat melarang suami buat itu buat ini. pandang sana tak boleh pandang situ tak boleh. asalkan depan..kiri kanan ada pompuan mulalah mulut bagi warning.

    contoh seperti baru2 ni. adik saya ajak adik ipar pi sg congkak. tapi disebabkan jalan ke sana dah roboh, makanya kita orang pi sg tekala jer. semasa di sungai tekala. its normal lah kan kalau kita terlihat pompuan pakai seksi2. boleh pula adik saya marah husband dia. sedangkan husband dia pada mulanya tak nak pun pi mandi sungai ni. tapi dek sayangkan bini. makanya adik ipar saya ikutkan jer la kehendak bininya tu.

    Tapi dalam dok adik saya buat begitu. terfikir pula saya. dia yang dok paksa lakinya pi mandi sungai tapi marah bila lakinya memandang ke arah pompuan yang dok mandi manda kat situ. pada saya kalau macam tulah perangai dia. kenapa paksa juga laki dia pi mandi sungai sedangkan laki dia tak nak pi pun. pada saya normallah….habis tu nak pandang mana lagi time tu. pandang depan ada pompuan mandi. pandang belakang ada pompuan mandi. pandang kiri/kanan pun pemandangan yang sama. so takkan itu salah lelaki?

    kadang2 saya lihat pompuan yang bergelar isteri ni sering kali melarang suaminya buat itu ini. tapi bila tiba tang suami pula melarang. ada jer jawapan yang dibagi oleh si isteri.

    so pada saya tak semua kesalahan itu salah lelaki. cuma kita kena fikir logik dan renungkanlah kenapa dan mengapa semua itu terjadi. saya pun lelaki juga. tapi la ni dari apa yang saya perhatikan. bukan semua lelaki macam tu. tapi entahlah..masing2 ada pandangan masing2. dan diatas ini adalah pandangan peribadi and base on my life experience.
    M’Rie R’Nie recently posted..Ragam New Template Editor BlogspotMy Profile

  • Macam betul..huhuhu.
    Isteri harus sentiasa berusaha menjadi cantik dimata suami baik perwatakn mahupun ahlak

  • nasihat utk dri sndri jgk..ble dh jd isteri,,jgn ubah pnampilan,,kte sblum kawin brhias utk nmpak cntik,pkai mnyk wangi tu sume,knp bila dh kwin nk ubah sume tu? bkn ke isteri patut lebih brhias utk suami,,ya betul kta dh uruskn rumah tngga jd xde masa nk brhias tu sume,tp x salah kn? tu suami kta,,bukan org lain…brhias utk suami pn blh jd ibadat sbb suami suka.. ^_^

    • betul tuh.. dulu bukan main lagi bercantik untuk pikat hati lelaki takot ditinggalkan sebelum kahwin..tapi kenapa tak cantikkan diri sntiasa bila depan suami..untuk diri sndiri jugak

  • fyna ceritakan kisah kawan fyna. bukan hendak aibkan dia. tetapi untuk perkongsian bersama.

    fyna ada member yang suaminya telah mencari bekas kekasihnya di fb. dan sangat dan teringin untuk berkahwin dengan bekas kekasihnya.

    suaminya sanggup buat apa sahaja. janji boleh berkahwin dengan bekas kekasihnya. dan angau.

    tetapi bekas kekasihnya telah bertunang. dan tidak ada hati dengan suami member fyna nih.

    fyna pun tak pasti apa motif suaminya mencari kembali bekas kekasihnya itu walaupun tahu bekas kekasihnya telah menolak suaminya.
    fyna recently posted..Renungan Bersama… Setia Seorang Abah!My Profile

      • kalau membaca cerita yg cik fanil tulis ni…memang nampak si suami tak bersyukur….isteri penat2 memasak sampai pendek kuku dek kerana nak bagi makan anak2 dan suami…mungkin itupun cara si isteri nak tolong suami berjimat….takkan suami tak reti nak hargai…..nak isteri lawa cantik wangi….buatlah sesuatu…kalau takde duit nak cantikkan isteri…apa kata si suami tu sendiri balek rumah tolong isteri masak ke…basuh baju ke….tak payah la tolong hari2…isteri pun tau suami penat…sbb tugas isteri kalau diikutkan mengasuh anak saja….tak caya cuba dengar ceramah agama….sekurang2nya dapat jugak si isteri berehat dan jaga tubuh badan…..

  • ambe tak tau nak komen pjg…pada ambe, kecantikan seorang isteri amat subjektif..

    bukan setakat body dan luaran saje…perangai, tutur kata, cara gelak dll..

    jadi, ambe takde nak tuding jari salah2kan mana2 pihak kalau ada berlaku macam kes diatas, cuma sama2lah kita hargai pasangan masing2…

    terutamanya isteri yg byk berkorban segalanya utk suami dan anak2…

    moga2 rumahtangga yg dibina kekal bahagia..ameen
    hafizmd recently posted..Kerana Roti Canai?My Profile

  • bukan nak bela kaum wanita, tp cuba lelaki sendiri fikir.. dah lah isteri bkorban utk ringankan beban suami.. langsung x tau nak menghargai.. kan lebih klu suami tu tegur or minta isteri tu berdandan seperti mana yg dia nak.. klu nak badan isteri sentiasa slim dan cantik cubalah sang suami laburkan jg duit utk isteri… biasanya lelaki mcm ni hanya nak seronok2.. tp hati isteri mana tak sakit bila di belakangkan mcm tu je… cuba lelaki fikir, oleh kerana kekurangan dan tak mampu nak tanggung family isteri cari lelaki lain… apa perasaan dorg…

  • Isteri jgn terlalu berkorban psl duit..kene ajar dia bertanggungjwb..mmg la kene nmpk menarik tp kt umah je la pakai seksi…klu nak suruh isteri pakai seksi kt luar umah supaya lelaki lain pandang tu buang tebiat…kita boleh ikut perintah suami asalkan tak langgar perintah Allah..
    Suami perlu faham isteri yg dh terlalu terbeban dgn kerja kt opis dgn kerja umah, nk layan suami n anak2. .die akan penat mental dan fizikan smpi tiada masa nk cantikkan diri..atau berborak topik 2 yg hangat…memahami dan tolak ansur tu penting, jgn pentingkan diri sendiri je..
    Yg pastinya apa dosa yg kita buat Allah pasti akan balas, klu tak didunia akn balas di akhirat(lg azab)..dosa berzina lg azab..kt dunia lg Allah akan balas…bersabarlah atas ujian Allah. Bila Allah bg ujian n kita sabar, Allah akan bg ganjaran
    Bila Allah ambil sesuatu dari kita Allah akan ganti dgn yg LEBIH BAIK. .Allah Maha Penyanyang..

  • JntN skg memg celaka…sblom kwen pji si bini mlmbung…asal lps branak si bini brisi skit.. Mula la cri btina sndal kat lua…yg konon lbih cun n wngi…yg bini skit nk brsalin xpk ka…si jntan hoi cba pk sundal yg ko gila tu nk kkis duet ko ja…try suh depa brank…ceh cnfrm tak mau…tkot bdan xslim…haha

  • Citer sy laen plak..dulu sy jns yg suka org tgk sy cntik,free hair..sy jga dressing..sy kje kerajaan n bdepan dgn public,so kena btul2 jga penampilan..lepas kwin dgn asben,dia plak mula2 suruh sy btudung,lama2 lps tu suruh pkai tdung yg labuh skit..dah x bg sy bermake up sbb katanya make up utk suami dah la..baju pn byk dia bli jubah smpaikan suruh sy berhenti kje sbab uniform kje sy ketat..kdg2 sy pkir dulu dia knal sy n jtuh cnta dgn cara dan pnampilan sy tp skrg dia suruh brubah.apa yg sy rsau ialah klau2 dia plak kat luar jtuh cnta dgn perempuan laen yg perwatakan sama dgn sy dulu..mcm2 lelaki ni..

    • rugi plak rasanya dah dapat bini seksi lps tu suruh pakai tutup lepas kawen… mcm saya suka wife mcm puan ni…. mmg kalo boleh biar seksi2 sikit atau ketat2 sikit… xpe kot… hurm rugi la suami puan tuuu

  • ermm… pompan tu cantik maybe die takde benda lain nak hadap. takde anak, tak berumahtangga,tak masak,tak perlu urus rumahtangga memangla kuku cantik kalau nak dibandingkan dengan bini.
    yang orang lelaki ni pon kalau suke bini yang cantik, ape salahnye ckp dgn bini tu ape yang suami nak.
    kate kahwin tu berkongsi segalanya. maka pandangan jugak kene kongsi bersama

    • Tak de apa yg nak dimalukan. Saya kalau di rumah mertua pun, saya suruh je wife pakai tube n boxshorts. Yg pntg family sporting…

  • Pasal sex awk xcite…sex pn memainkn peranan utk kebahagiaan rumah tgga…wanita skrg bila ank dah satu trus lupa suami yg perlu layanan isteri.

  • Bagi pendapat saya… dalam alam rumah tangga ini kenalah sama2 berkomunikasi supaya pasangan tahu apa yang needs dan wants masing2.
    Berdasarkan cerita/luahan di atas si suami ini kena main peranan untuk nasihat kan isteri atau luahkan sekiranya malu/segan maka belikan la baju atau barang solekan yang untuk si isteri (tak perlu beli yg mahal2 @ branded). Si isteri pun perlu mainkan peranan jugak, betul si istri ini sibuk dan menjalankan tanggungjawab tapi dalam masa yang sama kenalah tengok surrounding contoh: rakan2 di tempat kerja dressing berhias, tak salah kalau try cuba curi sedikit masa untuk berhias , dan tak salah kalau pakai baju lawa2 dalam bilik sebb itu yang boleh menarik nafsu si suami… Kalau ada rezeki lebih try plan ajak suami p holiday tak perlu pergi tempat yg mahal2 atau jauh2, cara ini jugak boleh memberi mood kembali seperti just married. Sebagai wanita ini kadang2 kena berkorban..

  • Sedikit kelemahan yg nmpk,sbg isteri semmgnya dia lebih bernafsu dr suami dan akan merasa bangga tanpa disedari. Contohnya,berkenaan jawatan tetapi akhirnya ke dapur jua. Kenapa tidak diceritakan kisah dia dan dapur ?
    Kita kena mentaati suami,mgkin ada sesuatu yg kurang arif dr segi macamana nak tackle suami..klu dah berkahwin lama,patutnya yg dulu itu kita kekalkan..
    Maaf hanya pandangan sy shj.

  • Salam…perkahwinan adalah satu perkongsian..brbincang segala masalah..lelaki atau perempuan..sama sahaja..tetap ada kelemahan..pendapat saya..semua yg trjadi adalah ditadbir oleh kewarasan kita..saya kerap berbincang dengan isteri dengan harapan masalah kami dpt dselesaikn..dan kerap mengingatkan..andai suatu hari sy hilang kewarasan disebabkn sikapnya..itu yg dia trpaksa tanggung..hargai apa yg ada depan mata..sebab dari awal perkahwinan sehingga skrg..sy belum merasa apa itu nikmat rumahtangga..hanya mampu brdoa dan brtawakal..sy mampu brtahan..sebab sy telah bersedia utk pikul tanggungjawab semasa brnikah..walaupun dia sebenarnya bukan impian saya..peluang untuknya masih terbuka..selagi saya mmpunyai kewarasan

  • Macam mana lah bini tak berubah sebelum dan selepas. Banyak akan berubah pada wanita selepas berkahwin. Dengan penat keja sebab nak bantu suami, nak urus rumah tangga(yang sepatutnya tanggungjawab suami) . Suami nak jadi king je tau. Pernah aku terdengar ceramah seorang ustaz. Datang seorang lelaki kepadanya mengadu yang isterinya sebelum kahwin sangat lah cantik dan menarik, tapi bila dah kahwin, biasa2 je dia tengok isteri dia, malah dia lebih tertarik pada wanita diluar. Ustaz tu menjawab, kahwin lah engkau dengan semua wanita yang ada di dunia ni, selepas itu kau lihat anjing pun kau akan kata anjing tu lawa. Ini semua hasutan syaitan bagi merobohkan rumah tangga. Ingatlah lelaki, berkahwing tu tanggungjawab paling besar untuk kau, jangan persiakan, kau yang akan jahanam kemudian.

  • Nak share pendapat skit..

    1.Sy rasa suaminya (dlm cerita )jika ada landasan agama yg betul inshaallah….tidaklah tunduk pada nafsu syaitan.

    2. Akui isteri2 memang sibuk , tetapi kita dilahirkan dgn tanggungjwb yg berat dah tertulis. Ya..betul memang kita perlu kelihatan menarik depan suami. Walupun penat, gagahi cantikkn diri. Mandilah sebelum tidur..Tk perlu lah make up mcm artis. Cukup setakat lipglos dan bedak.

    3. Tolonglah pakai cantik2 dlm rumah..(maksud sy bukan vogue kedevas)..tp carilah yg kemas…sedap mata memandang..(tlnglah banned bj kelawar).

    4. Kuruskan diri untuk.suami…tolonglah kuruskan diri untuk suami. Tk perlu slim. Mcm retis….cukup untuk kelihatan menarik depan dia walupun mungkin dia tk kelihatan menarik depan kita…

    5. Sambut dia depan pintu, sertakan ciuman pipi dan dia cium kita di dahi. Dinner dengan dia semasa mkn. Take 10 minutes asking how his.job today. Kalau dia.penat 5.minit give him massage di bahu.

    6. Solat jemaah. Cuba cari masa solat berjemaah sekali sehari..selepas dia dh baca doa..cubalah cakap yg pendam..contohnya…sy nk minta tlng skit boleh..boleh tk mlm2 tlng buat smpah.. 🙂
    Sebagai contoh…

    7. Jangan jerit depan dia…bercakaplah dengan lembut walupun mungkin ada yg tk setuju. Jika dia tgh marah2..cuba usap2 tgn dia.

    8. Bed talking
    Cuba tidur berasingan dengan anak3…faham ibu2 berat hati nk lepaskan anak2..especially kecik2 nilah yg nk.peluk2..but maybe boleh cuba selang sehari at least ada privacy dengan suami. Take 10 minuts sblum tidur untuk bincangkan apa yg patut…men also need attention like baby (no offense taken )

    Isteri2- mmg tugas kita sibuk…sgt2 sibuk but you have remember they are men..! ! Org mungkin kata..alaaa retis cantik.pun boleh cerai…jgn gunakan itu sebagai alasan untik tidak.menggigit jari kemudian jari…jagalah kebahgiaan kita sendiri…..kalau dh cuba sebaik diri tp tk.jd itu ketentuan Allah..mungkin dia tk.layak.untuk kita…tp kita mesti cuba…..

    Goodluck..

Leave a Comment

CommentLuv badge