lirik lagu maafkan aku OST drama RIndu Awak 200 peratus
lirik lagu maafkan aku OST drama RIndu Awak 200 peratus

Assalamualaikum..

Drama Rindu Awak 200%. Sekarang memang betul-betul famous woo. Termasuk la lagu OST Rindu Awak 200% Maafkan Aku. Drama ni Adaptasi dari sebuah novel tulisan  Liyana Zahim. 

Masa baca novel Rindu Awak 200% dulu tak sangka pula bila jadi drama, makin best. Mungkin sebab pelakon Zul Ariffin yang mantap gila berlakon.

Gerenti ramai meroyan tengok watak Zill Faezrul dalam drama. Romantik, kelakar, nakal dan penyakat. Memang sesuai dengan watak utama.

Aku nak kongsi lirk lagu ni.

Asfan – Maafkan Aku.

Lama sudah kumencari bayang-bayangmu
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Kulupakan cerita lama dan terus kembali

Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini

Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku

Tidak terdaya untukku menanggung rindu
Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Kulupakan semua dan kembalilah

Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini

Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge