i & Lifestyle

Lelaki dan Perempuan tak boleh jadi kawan baik? WHY?

Lelaki dan perempuan tidak boleh jadi kawan baik 3
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi,

Lama dah tak bercerita pasal cintan cintun ni.. Ini topik hangat dari semalam bersama bestfriend aku Izni. Sekarang Izni salah seorang kawan yang aku banyak bercerita tentang hati dan perasaan. Well, memang jenis aku jenis yang payah nak bercerita. Sampai geng UM paksa-paksa aku bercerita pasal kisah cinta aku. Sampai sekarang tak berjaya korek rahsia. Padan muka! haha

Aku tanya Izni semalam.. salah ke kalau aku cakap “lelaki dan perempuan tak boleh jadi bestfriend?”.. 

Mana la norpa belajar pasal ni? Mesti la tak lain tak bukan, dari novel. Kuat pengaruh betul. haha

Tapi hakikatnya, ada situasi menyebabkan lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Tak kisah la dari pihak lelaki ataupun perempuan. Dan kisah aku sendiri pun berlaku sejak zaman sekolah lagi sampai sekarang.

Well, pagi ni aku dah start google pasal ni. Haha. Apa yang aku jumpa? Let’s see

Lelaki dan perempuan tak boleh kawan baik 5

Situasi lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik!

Kawan baik . Apa maksud kawan baik? Bagi aku ada dua jenis kawan baik.

  • Kawan baik dimana kau dan mereka ni, Jumpa dan berhubung tak selalu. Sebulan sekali je hangout. Macam geng UM aku.
  • Dan 1 lagi, kawan baik dimana, kau dengan dia berhubung selalu ie. whatsapp/sms hampir setiap hari.

***aku bercakap pasal kawan baik berlainan jantina

Aku boleh terima kawan baik no 1. Kalau kawan baik no.2 tu buatkan salah seorang terbabas. kan? kan?..

Ada beberapa situasi lelaki dan perempuan memang tak boleh jadi kawan baik. Antaranya :

1- Terperasan
Sad to say, kalau situasi ni ke arah perempuan, aku boleh kata memang perempuan mudah terperasan dengan layanan baik seorang lelaki.

Walaupun kau sebagai lelaki anggap biasa, anggap pertolongan sebagai seorang kawan sebagai contoh tolong beli makan, tolong bawa barang.. tapi bagi perempuan yang mudah terperasan, besar pertolongan itu. Haha.

Mesti ada sedikit terjatuh hati dengan sikap yang anda tunjukkan. Jaga-jaga.Tak boleh nak kata situasi ni kat perempuan je, kat lelaki pon jadi.!

2- Memang terjatuh hati
Ada lelaki memang terjatuh hati dengan kawan baik sendiri. Nak-nak yang dah kenal lama. Ada sesetengah lelaki ni dia faham dan letak boundaries dalam persahabatan dia dengan perempuan. Ada lelaki tak. Sebab tu boleh terbabas.

Ni hasil yang aku google pagi ni. Aku ingatkan lelaki susah nak terjatuh hati dengan kawan baik sendiri, tapi ada juga.

Kebanyakkanya cuba buang jauh perasaan tu, untuk elakkan persahabatan terkubur. Terpaksa la tengok ‘kesayangan’ jadi milik orang lain kerana nak jaga persahabatan.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Dan ada yang pernah bagitau, tapi kena reject. Ini lagi haru. Terus hubungan persahabatan jadi kekok.

Bagi aku senang je. Pilih penyelesaian mana kau nak sebagai lelaki. Bersedia untuk di reject (boleh jadi tak kena reject) atau angkat kaki nak kekalkan hubungan persahabatan. Ibarat bersahabat di MukaBuku. Setahun sekali tegur! keh

Lelaki dan perempuan tidak boleh jadi kawan baik 4

Lelaki dan Perempuan boleh jadi kawan baik

Ye, Sebenarnya lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik. Macam apa yang aku baca di blog Anitaareyunus. 

  1. Lelaki dan perempuan boleh jadi kawan jika ikhtilat dijaga dengan baik dan berkawan kerana Allah SWT
  2. Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik jika berlandaskan nafsu dan berkawan semata-mata kerana suka
  3. Jika mereka kata mereka berkawan, tetapi ucap kata-kata sayang, itu bukan berkawan namanya
  4. Seseorang yang beriman tidak akan berasa “dup dap dup dap” apabila seseorang datang dengan niat hendak bertanya soalan dan nasihat kerana tidak berangan-angan atau perasan.

Kata Norpa:

Aku setuju dengan apa yang ditulis oleh Anitaareyunus.

Well aku seringkali terbabas. Ada la 3 4 orang. Boleh dikatakan hari hari mesej masa zaman remaja. Memang sah aku terbabas, dia duk relax je suh aku usha bakal awek dia. Lepas tu persahabatan terus tak ada. Jadi kawan dimuka buku je la. Tegur setahun sekali.

Kali ni jadi lagi… Baru bermula. Aku belajar dari pengalaman, sebab masing masing dah dewasa. Jadi aku angkat kaki sebelum terjadi apa-apa Hati aku dah rasa lain weh. Memandangkan aku bukan di kategori yang Anitaareyunus tu cakap (kalau ada pon 1 je), so better aku blah la weeeyyy! haha..

Tunggu aku betulkan niat aku. Bila? tak tahu!

Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik 2

Aku blah dulu! haha

Aku blah sebab aku tak nak rasa kehilangan. Kau dah mesej dengan dia hampir hari-hari pastu, tiba tiba esok tu dah tak ada. Dia dah kahwin.. So esok tu kau nak mesej sapa? Mesti kau akan rasa kehilangan! Mesti!

Well, lain orang lain cerita. Kalau bernasib baik tak bertepuk sebelah tangan! Itu aku boleh ucap tahniah. Kalau bertepuk sebelah tangan? TAKZIAH! haha

p/s: ada situasi, kau kawan baik. Tapi kawan-kawan kau pula bergosip. Rasa macam nak bagi penampar..kan?

#

About the author

2 Comments

  • Camne plak laki ngan pempuan ber kawan baik pastu berlainan agama plak..mmg takde pape kawan cam biase tade prasaan pape sembang gurau kasar kutuk2 maki tu biase..gaduh bodo2 je org kata…sminit dua elok balik la kirenye..kenal ad la dlm 9tahun..tp tibe2 ntah la..slalu die nk majuk tak boley gurau kasar lg2 bab kalau cerita sal pempuan len..same jgk cam sy..jd camtu gk n rse cmburu..bnda kecik jd beso..tp sy mmg nk kawan je die pon ckp camtu..sbb tau agama lain2 mmg susa..hmmm…tp lau tibe2 putus kawan..emm penuh la air mata kt bantal rasenye …tanak nak kawan ngan die jgk smpai bile2…die pon slalu ckp camtu nk kawan smpai bile2 la tp suke ngada2 majuk smpai sehari dua…konpius dah…

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network