Ini kelakar.. Adeh..Baca ni dari portal berita mynewshub.my. Berlaku di China.

Malang seorang lelaki, sudahlah ditahan polis dan didenda kerana tidak memakai tali pinggar keledar, satu dunia turut menyaksikan dia ‘kantoi’ kerana curang pada isteri.

Kejadian yang dirakamkan di China ini menyaksikan seorang anggota polis dikenali sebagai Zhang, sedang mengacarakan sebuah program TV berkaitan pemanduan berhemah.

Sebuah kereta Volvo kemudiannya ditahan apabila pemandunya dikesan memakai tali pinggang keledar secara ‘terbalik’. Pemeriksaan mendapati itu sebenarnya tali beg yang disilangkan untuk mengaburi mata polis memandangkan ia melanggar peraturan jalanraya di sana.

Penumpang sebelah, seorang wanita muda turut melakukan kesalahan sama malah mengaku tidak pernah memakai tali pinggang keledar setiap kali menaiki kereta.

Setelah mengakui kesalahan, pemandu terbabit diberikan serba sedikit nasihat seterusnya diminta menunjukkan lesen. Waktu inilah pemandu tersebut menyedari dia tertinggal lesen memandunya di rumah!

Jurukamera terus merakam.. kali ini pemandu terbabit dilihat menelefon seseorang untuk menghantarkan lesen memandunya. Dia kemudian meminta wanita yang menumpang keretanya untuk beredar dengan janji akan menelefonnya kemudian.

Sejurus selepas itu muncul wanita bersama lesen memandu yang dikenal pasti merupakan isteri pemandu terbabit. Dia kelihatan curiga apabila melemparkan pertanyaan mengapa lelaki terbabit pulang awal sedangkan dia ada mesyuarat di tempat lain.

Zhang ‘memanaskan’ keadaan apabila memberitahu suaminya bakal didenda kerana tidak memakai tali pinggang keledar, begitu juga penumpang yang bersamanya. Apabila ditanya si isteri, lelaki terbabit memberitahu penumpangnya seorang pekerja lelaki yang sudah balik.

Pemandu terbabit cuba ‘kawtim’ dengan Zhang agar rakaman kejadian tidak disiarkan namun hal itu nampaknya dinafikan kerana ia akhirnya tersebar meluas dan menjadi viral.

Malah setakat pagi semalam, rakaman itu telah ditonton lebih 2.8 juta orang walaupun baru dimuat naik tidak sampai 12 jam!

11 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge