i & Lifestyle

Lain orang, lain blog, lain REZEKI blogging nya

Written by Norfanil

Alhamdulillah.. selepas berhempas pulas selama 2 minggu untuk final exam yang ke 6 sepanjang berada di Universiti Malaya, akhirny ahabis jua.. sO, Hari ini saja nak bukak topik rezeki..

 

Firman Allah: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri.” (Al-A’raf: 96)

 

Bulan 4, bulan 5 adalah bulan paling kritikal aku sebagai seorang pelajar yang kena memikirkan yuran yang tak berbayar sampai sekarang.. Mujur tak kena barred exam.. di sebalik kerunsingan Allah bagi rezeki pada blog ini..

 

” Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya “. ( Surah ar-Rad : 11 )

 

Lain orang, lain blog, lain rezeki blogging nya..sebelum ini aku hasilkan blog ini untuk personal matter, seperti kisah harian hidup.. tapi apabila terfikir balik, dah takde cerita personal untuk dikongsi.. Hasil nuffnang selama setahun RM113..

 

Lain niche.. aku mula mengorak langkah untuk hasilkan entry ala ala berita.. sehinggakan boleh mendapat innity.. alhamdulillah, makin hari makin berginjak naik dengan kekerapan update..tetapi semua hanya sementara..kerana duk sibuk dengan macam macam hal, tiada lagi earning terkumpul..

 

Dan selepas kebisuan selama sebulan, akhirnya aku decide balik untuk tidak menggunakan berita, tetapi isu semasa yang boleh dikaitkan dengan diri sendir dan orang lain… alhamdulillah.. selepas penukaran niche sekali lagi, rezeki blog bertambah dengan advertorial.. terima kasih ya Tuhan..

 

So moral kat sini… lain orang, lain rezekinya.. Dimana mana sahaja ada rezekinya.. dugaan rezeki ditarik oleh Allah mesti ada sesuatu yang tak kena..segera minta keampunan, dan berdoa supaya rezeki itu hadir semula.. Amin..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge