Rawatan Kucing Jatuh rumah flat
Rawatan Kucing Jatuh rumah flat

Alhamdulillah.. Selepas 2 minggu kisah pahit berlaku pada kucing kami, sekarang dah kembali sihat. Kami mula bela kucing sejak kakak kepada housemate tak mampu nak bela kucing. Dia pun dah banyak kucing. So kami bela 3 ekor yang baru lahir. Aku paling suka sebab dah ada peneman dan aku memang sayang kucing.

Selepas ambil, sebulan cik Ipah kurung dalam sangkar untuk biasakan kucing berak dan makan di tempat dan pasir yang kami sediakan memandang kami duk apartment Blok 21, Taman Bukit Angkasa.

Selepas sebulan, kami keluarkan dari sangkar dan letak dalam bilik stor belakang dapur. Semakin hari semakin besar. Silap kami kami pergi tutup pintu kat belakang. Kucing dah makin besar, depa dah tak nak duduk berkurung.

Selepas beberapa hari kucing pandai main kat beranda tingkap, luar pada stor dan grill. Masa tuh tak terfikir dia akan jatuh. Selepas berapa hari terkejut kucing  hitam putih takde dalam rumah. Tak bajet dia jatuh. Selepas sehari baru sedar hilang sekor jatuh ke tingkat 1. Nampak bangkai nya. Tak sempat di selamat kan.

Putus nafas seekor…

Kucing Jatuh tingkat 7
Yang ni la yang mati. Tak sempat ingat nama. Tapi kami ingat dia sebab dia je hitam putih.. dan dia ada corak LOVE..

Selepas kejadian tuh, sekali lagi seekor jatuh. Tapi mujur jatuh atas atap rumah tingkat 5. Aku terpaksa panjat dinding kaki lima nak gapai Naughty (nama kucing gua) .. Depa ni bosan kena kurung. Nak bermain. Then kiteorg decided nak tutup dengan tikar. Tengah tengah nak tutup, 5 minit kemudian sekor lagi kucing oren milik jiran jatuh. Mungkin dari tingkat 8. Hmm.. Tak boleh buat apa.. Nampak bulu dia je terbang atas udara..

Ingat lepas tutup dengan tikar depa dah tak panjat. Tapi lain pula jadi. Walaupun dah tutup dengan tikar, cik Ipah pergi tutup pintu. Lagi sekali Michi pulak mengamuk.. Main kat beranda tingkap dan jatuh ke tingkat 1.. [pullquote]Orang kata, kucing lagi tinggi dia jatuh, lagi senang dia nak hidup sebab dia sempat betulkan posisi badan sebelum hempap lantai[/pullquote]

Last-last cik Ipah pergi turun tingkat 1 tengok. Bila panggil rupanya masih menyahut. Mungkin sebab baru beberapa jam jatuh. Cik Ipah minta tolong seorang mamat angkat pakai cardboard sebab takut nak pegang badannya.

Malam tuh Jumaat malam Sabtu, nak pergi klinik swasta memang tak mampu. Takot kene caj beribu. Nak pergi kerajaan dah tutup. So malam tuh cik Ipah dan Mila lap lap badan dia. Kami agak takut sebab tak tahu bahagian mana patah.

Bila pegang badan dia dia mengiaw, bila pegang kaki dia dia mengiaw. Lap badan dia, letak minyak gamat, urut urut kaki dia. Letak dalam kotak. Nak lebih lebih takut. Malam tuh sedap kita tidur, dia duk ruang tamu bergerak ke bawah sofa. Tak lama sikit bergerak ke dapur.. Dia memang tak duk diam, Memang nak berjalan je.

Rawatan Kucing Jatuh Rumah flat
Hari 1 – Kesian tengok Michi
Hari 2 - Kami balut. Takot tulang kat badan patah.
Hari 2 – Kami balut. Takot tulang kat badan patah.

Kami beria balut dia dengan kain. Takot nak angkat badan dia. Takut dia sakit. Tapi semalaman kami tidur, kami tinggal dia. Esok tuh dah tertanggal dah. Aduhai. Buas betul dia ni.

Cara ubat Kucing Jatuh Rumah flat tinggi
Day 3 – Siap siap lap dia, buh minyak gamat then bungkus lagi. Selang lime minit, dah bergerak ke belakang.. Haish

Hari Isnin tiba baru la kami hantar pergi veterinar kerajaan. Google punya google dapat tau Klinik Veterinar Wilayah Persekutuan dekat-2 HKL. Minta Wan hantarkan. Mujur sempat. Pendaftaran tutup pukul 3.30 petang. Sampai pukul 3.20.[pullquote]Dr. cakap, kalau nak tau kaki patah ke tak. Bila kita tarik kaki dia, kalau kaki dia dia tarik balik maksudnya tak patah. Kalau dia tak tarik balik kaki dia, maknanya patah.[/pullquote]

Bila daftar, dia tanya kenapa. Jawab jatuh tingkat 7. Selang 5 minit terus disuruh masuk room sebab boleh dikatakan kes teruk dan patah kaki.

Bila dr. cek. Badan dia ok, kaki dia bukan kaki belakang yang patah yang kami sangkakan. Rupanya kaki kanan dia bahagian depan yang problem. 

Hantar kucing ke Klinik Veterinar Wilayah Persekutuan
Hari ke 4 : Hantar vet. Dr. pegang macam tuh je. Takde nak risau dia sakit macam kita.. =.=

Lagi Dr. cakap, mungkin bahagian dalam badan dia bengkak, sebab tuh dia tak boleh disentuh, dan tak mampu makan. Dr. bagi antibiotik dan ubat bengkak. Kena paksa juga makan.

Dr. pesan kalau 2 3 hari tak ok jugak, datang balik buat X-Ray. Tapi alhamdulillah. Selepas 2 hari dia dah ok. Sihat. Dia makan. Cuma kaki dia je tak boleh berfungsi dengan elok. Masih menjengket.

Kaki kucing patah jatuh flat
Day 5 : kaki Michi yang patah.. Sampai sekarang macam ni. Sekarang nak berlari jugak walaupun macam ni

Tak tau bila kaki dia akan balik. Tak tau sampai bila dia akan berjengket. Sekarang dah 2 minggu lebih. Masih juga macam ni. Michi makin lama makin buas.  Situ sini dia. Yang takleh belah muka Michi paling innocent. Haha. Geram tengok dia.. Hope kaki dia akan sembuh seperti sedia kala..

Kucing Jatuh tingkat 7 tinggi
Kami adik beradik.. 3 ekor. Sekarang kami tinggal 2 je. Kami kedua dua pernah merasa jatuh rumah flat. Hebatkan kami? hahaha…

# Orang tua tua kata, orang yang sayang kucing ni, insyaAllah akan dimurahkan rezeki. Semoga mummy2 nya dimurahkan rezeki.. =).. terima kasih kat housemate cik IPAH yang sangat2 rajin bela kucing dan sekali gus jadi peneman kami… =)

11 COMMENTS

    • thenxs sis! semlm kucing i pulak yg tetiba jumpa dah dlm condition mcm patah kaki..nk bwk g klinik kerajaan dh saturday morning,tutup already..enway info yg amat berguna for me n my cat..name “busket”.

  1. Salam Cik Norfanil,

    Kucing saya jatuh macam ni dan kecederaan yg sama. Kaki kanan depan yg sakit. Bila google cari cara merawat, alhamdulillah landed kat blog ini. Boleh tahu di mana Klinik Veterinar Wilayah Persekutuan ni. Sebab google, yang keluar di Cheras bukan dekat2 HKL. Mohon bantuan. Terima Kasih, jazakallah.

  2. Smlm kol 9 kucing sy pun jtuh dr tgkat 4.kaki kanan jgk yg pth.tp tulang terkeluar.skg die duk kat wad 2hari sbb nk rawat tgn die..sedih sgt..:(

  3. ana, kucing sy pon jatuh tingkat 4. pegi llinik swasta mlm tu jugak selepas kjdian pyg hari. hntr mlm sbb tggu husbnd blik kja. doc inject painkiller. esoknya dia sruh dtg lg utk xtray n inject lg skli, tp sy tak pegi pon. charge mau beratus. p vet krJaan je n dapat ubat tahan bengkak dan antibiotik. tulg blkg dan kaki tak patah, tp yg sy heran kaki blkg still lembik walaupon blh angkat. bladder pn doc kTa okay tp smpai skrg pn dh mSok hari ke6 x blh jln jgk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge