i & Lifestyle

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya Pecah Rekod Logo 1 Malaysia Terbesar

projek bakti kinabalu
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum..

Baru berkesempatan nak buat entri ini. Siapa sangka, setelah setahun rekod dipegang oleh Universiti Pendidikan SUltan Idris, pada 24 Mac 2012, Projek Bakti Kinabalu 2012 dibawah Kolej Kediaman Kinabalu , Universiti Malaya telah berjaya memecahkan rekod Malaysian Book Of Records dalam mencipta rekod Logo 1 Malaysia Terbesar menggunakan bebola Kertas..

Setelah bertungkus lumus selama 70 hari dalam mencari kertas terpakai, membuat gumpalan bersama penghuni Kolej Kediaman Kinabalu serta mengecat dalam masa 2 hari, sebelum menyusun bebola di padang Varsiti pada pagi Sabtu 24 Mac 2012, akhirnya impian yang ditunggu tunggu untuk memecahkan rekod Malaysian Book of Record  akhirnya berjaya dilakukan dengan jumlah gumpalan sebanyak 150,000 gumpalan kertas disaksikan oleh Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar , Universiti Malaya.

Berbekalkan sokongan kuat pihak pengurusan iaitu Pengetua Kolej Kediaman Kinabalu, Profesor Dr. Zulqarnain bin Mohamed, Penasihat Projek Bakti Kinabalu, En. Mohd Azwan bin Jaafar, barisan Felo-felo kolej Kediaman , Pengerusi JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan Nur Atiqah binti Ghazali dan dengan bantuan dari Jawatankuasa Induk Kolej, Jawatankuasa Tindakan Kolej serta seluruh penghuni Kolej Kediaman Kinabalu, sebuah logo 1 Malaysia Terbesar terhasil dengan ukuran 123.6 meter x 31 meter, boleh dikatakan sebesar padang bola sepak.

Projek Bakti Kinabalu 2012 memecah rekod Logo 1 Malaysia yang dilakukan di padang Sukaneka Univerisiti Malaya dalam masa yang sama turut diadakan Karnival Amal pada hari tersebut dan juga Konsert Amal pada 25 Mac 2012 yang dihadiri oleh artis jemputan Monoloque, Imran Ajmain dan Pesawat. Selain itu terdapat  juga persembahan jemputan dari peserta feseni kolej seperti tarian India, Band , dan beberapa jemputan khas seperti ahli silap mata serta tarian michael jackson. Projek ini mendapat tajaan dari Maxis.

Projek Bakti Kinabalu 2012 bermatlamatkan beramal untuk membantu dua rumah kebajikan iaitu Rumah Penjagaan Anbe Sivam dan RUmah Penjagaan Kanak Kanak Cacat Taman Megah.

Pada Majlis Penutupan Projek Bakti Kinabalu 2012, penyerahan sijil Malaysian Book Of Records kepada pihak kolej telah diadakan beserta penyampaian sumbangan kepada dua rumah kebajikan dengan jumlah sumbangan RM1200. Kami, ahli jawatankuasa berbesar hati dapat membantu rumah kebajikan bagi meringankan beban mereka sekaligus melahirkan rasa tanggungjawab sosial mahasiswa dan mahasiswi. Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan derma untuk disalurkan kepada rumah kebjikan.

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Projek Bakti Kinabalu 2012 samaada secara langsung ataupun tidak langsung. Jasa anda amat kami hargai..

AKtiviti bersama penghuni Kolej Kediaman Kinabalu  – 2 jam bersama Recycle Paper

_DSC0009

_DSC0011

_DSC0044

Presiden JTK Kolej Kediaman Kinabalu – Alif Tarmizi

_DSC0026

Barisan JTK yang banyak membantu bagi melaksanakan Logo 1 Malaysia

_DSC0062 (2)

_DSC0093

Our beloved Principal, Professor Dr. Zulqarnain bin Mohamed dan penasihat Projek Bakti Kinabalu , En. Azwan bin Jaafar

_DSC0101

Sebahagian daripada pihak pengurusan yang turut sama memberi sokongan dan turut sama membantu

Malam mengecat – sebelum event.

_DSC0021

_DSC0029

_DSC0044

_DSC0045

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

_DSC0048

_DSC0052

_DSC0072

Mengecat dan membuat perseiapan untuk Karnival Amal tanpa tidur malam.. sehingga event pagi sabtu 24 Mac 2012

13072011076

Sijil replika dari Malaysian Book of Records.

_DSC0030

_DSC0041

_DSC0114

_DSC0124

Wakil dari rumah kebajikan, sama sama membantu menyiapkan logo 1 Malaysia Terbesar

_DSC0129

_DSC0172

IMG_8262Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Projek Bakti Kinabalu 2012 bersama artis jemputan untuk Konsert Amal : Pesawat.

IMG_8193

Dari kanan, Pengerusi JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan – Nur Atiqah binti Ghazali, Pengarah Projek Bakti Kinabalu – Siti  Norfa Liana, Penasihat Projek Bakti Kinabalu – En. Mohd Azwan Bin Jaafar, Artis Jemputan – Imran Ajmain, Pengetua Kolej Kediaman Kinabalu – Profesor Dr. Zulqarnain bin Mohamed, dan Penyelia Kolej Kediaman Kinabalu – En. Izzat.

ditulis oleh:

Siti Norfa Liana Sahifulddin

Pengarah

Projek Bakti Kinabalu 2012

Kolej Kediaman Kinabalu

Universiti Malaya.

UM LogotransparentKK8b&wtransparent

pbk transparent

Dibawakan khas oleh :

NEW_Hotlink-logo

#

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network