KL Carnival Bukit Jalil Menggantikan Uptown KL yang ditutup

KL Carnival Bukit Jalil Menggantikan downtown KL yang ditutup | Baru-baru ni sempat pergi ke Majlis Ramah Mesra KL Carnival bersama Media di tapak KL Carnival yang bakal membuat Grand Opening pada 24 Mac 2017.  Turut hadir memeriahkan majlis, artis-artis Malaysia iaitu Amira Othman, Shiha Mentor, Tahirah Sirat, Ramona Zamzam, Ziha AF, Alif AF, Shidee, Joey BPR, Maria Tunku Sabri, Sharifah Zarina, Ran Raja Lawak, serta Reyhana Yunus dan ramai lagi.

KL Carnival Bukit Jalil Menggantikan downtown KL yang ditutup

KL Carnival Bukit Jalan dibawah KL Carrnival Entertainment Shopping Bazaar Sdn. Bhd. memberi kelainan berbanding bazar-bazar yang lain. Yang lebih menarik KL Carnival turut akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tempatan pada hujung minggu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd. iaitu Mohd Rustam Haji Roshandin sebanyak RM5,000 000.00 telah diperuntukkan untuk mejayakan KL Carnival ruang berkonsepkan ‘Kontena Market’. Lebih 300 kontena dan 300 khemah akan digunakan dan menjadikan ia bazar berkonsepkan kontena terbesar di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd. iaitu Mohd Rustam Haji Roshandin

Selalu pergi Downtown Cheras / KL tu, memang boleh kata tempat lepak la kan untuk student.  Kecewa juga la bila dah kena tutup. Tak boleh nak cuci mata dah. Mujur KL Carnival Bukit Jalil akan dibuka tak lama lagi.   Semoga boleh jadi pengubat la untuk kaki shopping downtown walaupun agak jauh. Info mengenai KL Carnival Bukit Jalil :

  • Beroperasi setiap hari selama 5 tahun
  • Waktu operasi 6.00 petang – 4.00 pagi
  • Sebanyak 500 parking bay secara percuma disediakan on site dan pengunjung juga dibenarkan parking di stadium hockey (3minit berjalan) dan juga di Stadium Bukit Jalil (6-7minit berjalan)

KL Carnival Bukit Jalil Menggantikan Uptown KL yang ditutup

 KL Carnival Bukit Jalil Menggantikan Uptown KL yang ditutup  KL Carnival Bukit Jalil Menggantikan Uptown KL yang ditutup

Untuk Penyewa

  • Setakat ini tapak sewa khemah hanya tinggal 15% sahaja dan kontena telah melebihi 50%
  • Kadar sewa serendah RM43 sehari bagi kontena dan RM450-RM650 sebulan bagi khemah.
  • Untuk sebarang tempahan boleh ke pejabat KL Carnival di Bukit Jalil mulai jam 3.30pm – 8.00pm Isnin hingga Sabtu.
  • Juga boleh berhubung dengan pegawai seperti maklumat yang disediakan di bawah.

Boleh tengok 3D animation tapak KL Carnival di video ini.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi: Tel : 016 – 677 7016 03 – 4288 2844

Bagi anda yang tengah mencari tapak untuk meniaga, boleh la sewa dekat KL Carnival. Saya pun macam berminat. Raya dah dekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge