(Kisah Benar) Suami Mimpi Isteri Nikah Lagi. Ya ALLAH, Sakitnya hati ni! Baru paham perasaan diduakan.

Kisah ini diceritakan oleh seseorang di Facebook Kisah Rumah Tangga. Tertarik sungguh saya nak kongsi kisah ni.. Macam kelakar pon ada. Tapi haaa.. Walau mimpi, brother ni sakit hati sampai seminggu di dunia realiti. Agaknya macam mana kalau betul perempuan boleh bernikah lain. Haha.

Kisah beliau…

Slm warga KRT. admin pless hide profile wife ye Saya seorang suami kepada 2 orang cahaya mata.. Baru2 ni saya bermimpi isteri saya bernikah lagi 1 dengan seorang lelaki.. Dengan erti kata lain saya telah dimadukan oleh isteri. Dalam mimpi tu isteri saya memakai pakaian pengantin dan bersiap hendak bernikah.. Dia arahkan saya untuk menjaga anak kami yang masih kecil.. dalam mimpi tu isteri sy telah selamat bernikah dengan seorg lelaki. Setelah selamat bernikah diorang blik ke rumah kami dengan pakaiain pengantin. Isteri arahkan saya utk menjaga anak kami sementara dia hendak bersama suami kedua nya.. Isteri siap berpesan supaya jangan ganggu ketika diorang tengah bersama. Malam tu dorang masuk bilik dan kunci pntu. Ketika itu saya sedang menonton tv dekat ruang tamu. Saya terdengar gelak ketawa diorg dari dalam bilik. Kadang2 bunyi suara merengek. Hati sy ketika itu sudah menjadi panas. Allah sakit nya hati tuhan saja yg tahu. Dengan geram saya menolak daun pintu sekuat hati. Apa yang saya lihat diorang tengah bercumbuan diri atas katil. Mengigil tubuh saya menahan marah.. Sedar2 je saya mengucap pnjang.. Saya lihat isteri kat sebelah saya terus cubit2 tampar isteri sambil jerit2. Walaupun tahu mimpi saya tak dapat menahan rasa sakit hati. Saya tampar2 isteri sebab nak balas dendam atas rasa sakit hati saya.. Isteri yang tengah tidur terkejut dengan tindakan saya..saya yang sedang menaip mesej ni masih lagi sakit hati dengan mimpi tu. Walalupun dah seminggu berlalu. Allah lamanya nak hilang kan rasa skit hati ni.  Sekarang baru lah saya sedar kenapa ramai wanita marah apabila suaminya hendak brkahwin lain. Saya sudah merasainya walaupun dalam mimpi. Kalau la ditakdirkan wanita boleh bernikah lagi 1 rasanye saya tak sanggup ya Allah. Betul2 x sanggup. Mungkin ramai lelaki yang meroyan apabila prmpuan dapat berkahwin lebih dari 1 huhuhu.. Jadi sedar la suami2 diluar sana. Hati perempuan mana sanggup melihat suami nye bersma insan lain. Kalau la di takdir kan isteri bleh brnikah lebih dari 1 anda pon tak snggup rase nya melihat isteri bersama lelaki lain Sekadar luahan hati seorang suami. Jgn kecam sy ye huhu.. sekadar nak kongsi kepada anda dluar sana..


Dan komen paling win saya baca..”Doakan suami saya mimpi yang sama”… hahahaha..

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge