i & Lifestyle

Kesilapan Semasa Solat Terawih Berjemaah

safjarang
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum. Terpanggil pulak saya untuk buat entri ni. Baru 2 hari berjaya lakukan solat terawih berjemaah di masjid, macam macam saya dapat perhatikan. Lagi lagi di bahagian perempuan.

 

Sudah sedia maklum, kalau sembahyang berjemaah mesti kena ikut imam, dan kena rapatkan saf. Bukan setakat sembahyang jemaah solat 5 waktu, tapi kalau berjemaah untuk solat terawih pun kena ikut imam dan kena rapatkan saf.

 

Petikan ini saya ambil dari al-ahkam.net.

“Merapatkan saf adalah mustahab di sisi fuqaha mazhab dan sekiranya terputus sah tidak membatalkan solat.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W masuk ke celah2 saf dari satu sudut ke satu sudut sambil menyapu dada-dada dan bau-bahu kami dan bersabda: “Janganlah kamu berselisih nanti hati-hati kamu berselisih.” (Hadith riwayat Muslim)

Tetapi mereka yang tidak berada di dlm saf, yakni berada berkeseorangan di belakang dan mengikut imam, mengikut jumhur fuqaha mazhab kecuali Hanbali, sembahyang itu adalah sah. Ini disandarkan kepada dalil berikut:

Dari Abu Bakrah, bahawa beliau sampai kepada Nabi S.A.W sedang baginda dlm keadaan rukuk, lalu berhimpun rukuk sebelum sampai ke dalam saf, lalu hal itu diceritakan kepada Nabi S.A.W. Maka sabda Nabi S.A.W: “Mudah-mudahan Allah tambahkan ketelitian kepda kamu dan janganlah kamu ulangi.” (Hadith riwayat Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)

Dari Ibn Abbas, aku datang kepada Nabi S.A.W pada akhir malam, lalu aku sembayang di belakangnya. Maka baginda memegang tanganku dan menarikku sehingga aku menjadi sebaris dgnnya. (Hadith riwayat Ahmad di dlm Nailul Awtar)

Mazhab Syafie dan hanafi berkata sembahyang itu sah berserta makruh.

Mazhab hanbali sembahyang itu tidak sah dan wajib diulangi. Dalil yang disandarkan:

Dari Wabisah bin Ma’bad, bahawa Nabi S.A.W melihat seorang lelaki bersembahyang berseorangan di belakang saf, lalu baginda S.A.W memerintahkannya supaya mengulangi sembahyang itu. (diriwayatkan oleh 5 perawi kecuali An-nasa’ie)

Dari Ali bin Syaiban, bahawa Nabi S.A.W melihat seorang lelaki bersolat di belakang saf, lalu baginda berhenti sehinggalah lelaki itu selesai solatnya. Lalu Nabi S.A.W bersabda kepadanya: “Hadapkan solat kamu, tidak ada solat bagi orang yang berseorangan di belakang saf.” (Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah)”

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Rujukan:
Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu Al-Juz Thani, Wahbah Az-Zuhaili

 

Ini menunjukkan bertapa penting nya kita merapatkan sah semasa solat berjemah. Apa guna solat berjemaah tapi pentingkan diri sendiri? Beberapa contoh yang saya boleh berikan, kesilapan yang sering berlakukan semasa berjemaah.

 

1) Tidak rapatkan saf sebab bawa sejadah sendiri. Tapi diluruskan dan khas untuk diri sendiri. Apa bila sah tak rapat, taknak berganjak, dan apa bila jemaah lain nak rapatkan tak dibenarkan, sebab sejadah sendiri kan..so hanya untuk diri sendiri.

 

2) Apa bila ada kosong bahagian depan, taknak sedikit pun berganjak kedepan, takot sejadah sendiri kat belakang dikebas orang.. What? siapa yang nak kebas sejadah tuh. Takde orang.. Apa salahnya rapatkan saf kedepan kalau nampak kekosongan. Sungguh pentigkan diri.

 

3) Apabila jemaah yang ingin melakukan 8 rakaat sahaja solat terawih, sepatutnya kalau nak lakukan witir kena ke belakang, jangan kacau saf untuk orang buat solat terawih 20 rakaat. dan yang ingin teruskan kepada 20 rakaat , jemaah yang berada dibelakang sepatutnya kena berganjak ke hadapan. Tapi apa yang saya tengok, masing masing MALAS berganjak. selepas mereka yang lakukan 8 rakaat pulang, berterabur saf jemaah yang lakukan 20 rakaat. Ini ke namanya solat berjemaah?

 

4) Tak nak rapatkan saf sebab nak duk tepi dinding. Ini la yang orang kata, semata nak duk tepi dinding rela taknak berganjak. Tak tau la apa tujuan datang berjemaah.

 

5) Taknak rapat kan saf sebab panas, kipas ada depan muka dan atas kepala. Ya saya faham, ramai jemaah perempuan tak tahan dengan panas bila berjemaah. Al-maklum la, berkain sembahyang. Tapi takkan la sampai tak nak rapatkan saf. Kalau rasa taknak rapatkan saf, tak payah la datang masjid berjemaah. Solat terawih kat rumah je sorang sorang. Kipas pun dapat sorang sorang.

 

Ramai yang cakap, ini lah budaya orang Islam kat Malaysia. Tapi bukan bermakna kita tak leh mengubahnya. Kalau kita ada kesedaran semua ni, takkan terjadi begini. dan untuk pengetahuan, kekosongan antara saf adalah ruang untuk syaitan berada disitu. Untungkan solat bersebahan syaitan. Mesti tak kusyuk solat tuh..

 

Renung renungkan. Selamat beramal..~ Wassalam.

 

#

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network