i & Makan

Keropok Lekor Paling Sedap Bukit Tok Beng BTB 2209

Written by Norfanil

Assalamualaikum…

Malam ni aku dah nak balik KL dah. sebab ada kerja hujung minggu ni kat KL..terpaksa balik awal.. Sebelum balik macam biasa la, beli keropok untuk bawa balik ke KL..tapi kali ni beli dalam kuantiti yang banyak sebab nak bagi kat Mr.Peah yang kebetulan berada di KL untuk di bawak balik Sabah. Kebetulan pula ada orang mengidam katanya.. hehehe

Mujur cuti ni tak bawak balik banyak barang. So tak susah sangat la nak pikul. Keropok Lekor paling sedap aku nak bagitau adalah kat Bukit Tok Beng, memang menjadi tumpuan orang orang sini beli keropok. Sedap. Kalah keropok yang kat losong. Sekarang losong punya dah kureng sedap.. Untuk korang yang nanti nak melancong ke Terengganu boleh lah beli keropok lekor paling sedap dan femes kat dua tempat ni.. satu  kat Keropok Lekor Bukit Tok Beng dan satu lagi kat Kelulut. Jalan nak ke KL melalui jalan pantai. So nanti korang yang nak beli keropok boleh la keropok sini..

Sebelum tuh korang kena tahu.. Kalau korang beli keropok lekor Bukit Tok Beng BTB 2209, korang kena:

  • Ambil nombor dulu..ala macam dekat bank tuh
  • Kalau nombor korang dah terlajak, korang hanya boleh beli RM30 maximum.
  • Kalau nombor korang di panggil, korang hanya boleh beli RM100 maximum dan insyaAllah akan di beri extra keropok RM5.. (ini apa yang aku dapat masa aku beli tadi) hehehe

 

Sedikit gambar yang aku sempat ambil sementara aku tunggu nombor aku di panggil.

 

20130411_164008

— Menunggu nombor di panggil.. Ramai yang ambil no then balik..so banyak nombor di SKIP.. kalau nak balik jangan balik lama lama..takot terlepas

-- Kat sana pun ada kafe kecik. So sementara menunggu boleh la layan keropok goreng dan air..

— Kat sana pun ada kafe . So sementara menunggu boleh la layan keropok goreng dan air..

-- Ada juga jual keropok keping dan sos botol

— Ada juga jual keropok keping dan sos botol

20130411_171147

– RM100.. RM50 untuk family Mr.Peah kat Sabah, RM30 untuk pak sedara kat Klang, RM10 untuk rumah KL dan RM10 untuk rumah Ganu..Semua aku belanja…

Oh ini keropok lekor femes dari Bukit Tok beng.. ada satu lagi aku nak masukkan kat sini.. Keropok goreng (erm..boleh tahan sedap) tapi lagi sedap kuah dia.. lagi sedap dari kuah keropok lekor bukit tok beng… pekat dan sungguh tak rasa masam cuka.

Keropok goreng sedap di Kuala Terengganu ni korang boleh beli dekat Kg. Baru Seberang takir..

— Keropok goreng Kg. Baru.. lagi sedap kalau garing

— Kuah dia yang pekat dan ermm..sedap.. takde rasa cuka sangat..

 

— Kalau korang nak cuba keropok goreng ni, korang boleh cari signboard macam ni kat Kg. Baru Seberang Takir dan kedai dia

 

Keropok lekor paling  sedap.. Hmm.. welcome back to KL.. malam ni gerak ke KL dah.. babai Terengganu…


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Norfanil

Penulis berkecimpung dalam dunia blogging bermula tahun 2008 sehingga sekarang. Ingin beriklan, review produk, makanan atau travel? boleh hubungi terus norfanil@gmail.com...

16 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge