Kerja yang boleh dilakukan oleh penganggur 2
Kerja yang boleh dilakukan oleh penganggur 2

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah.. sekarang aku jadi penganggur terhormat. Tapi bukan bermakna aku menyusahkan orang dengan menganggur. Dan bukan juga sebab aku tak dapat kerja, sebab aku tak mohon pun. Haha..Aku ada perancangan lain.

Apa yang aku buat oleh penganggur?

  • First buat service format laptop kawan-kawan yang nak masuk U dan nak mula kerja. Nak buat pembersihan katanya. Alhamdulillah..
  • Second, joined contest-contest untuk backup tampungan bulan seterusnya.
  • Third, review food kat myselera.
  • Fourth, optimised income dari semua sumber iklan di blog.

Ini bukan namanya menganggur, ini namanya kerja sendiri. Adakala di kesempitan ni, tiba tiba datang rezeki dari perkara di atas. Tak disangka. Tuhan menolong kita.

So kat sini aku boleh kata, kalau kita menganggur, cuba cari kelebihan kita sendiri. Apa kita boleh buat untuk gain money. Banyak benda boleh buat. Semua atas diri kita.

Aku bersyukur sebab orang keliling tahu minat aku dan sokong apa aku buat. Terima kasih semua..

Pesanan untuk orang menganggur macam aku

  • Disaat kita menganggur kita tak boleh memilih apa kerja. Tak kiralah bayaran sikit ke, cuba  terima.
  • Jangan bagi banyak excuses sangat. Rezeki tak datang bergolek, tapi kena cari.
  • Selalu berdoa dilimpahkan rezeki selalu dalam keadaan terdesak macam ni.
  • Jangan malas untuk memulakan langkah pertama. Biasa alasan tak menjadi adalah, malas untuk buat langkah pertama. Aku pun sama, sekarang tengah melawan sikap malas ni.. Masa seorang penganggur sangat banyak. Cuba optimised sebaik mungkin.
  • Sentiasa pikir positive. Penganggur ni adakala diam-diam ubi berisi. Ramai je orang anggap seseorang tuh penganggur dan dipandang serong, tapi hakikatnya, duit berkepok.. cuma tak heboh je.

Hakikat aku sekarang

Hakikat sekarang kerja blogging tak banyak. Boleh dikatakan jemputan event tak ada sebab memang agak lama tak active event. Boleh katakan banyak juga aku tolak.. Sah-sah lepas tuh taknak bagi dah la. Ngeh..Tengah menunggu juga kalau ada yang boleh hulurkan job event.. awal-awal aku cakap Terima Kasih pada yang sudi bagi event or sponsored job.Di sebabkan tuh aku update entry sebanyak mungkin. Untuk naikkan rank, untuk naikkan traffic dan untuk gain duit dari iklan. Supaya berbaloi kalau nak ambil job pun.

Kalau ada sesiapa yang nak bagi job kerja sambilan/event/sponsored post bawah dia, boleh la contact aku. Serius. Penganggur ni perlukan duit untuk hidup, tapi bukan tak ada duit langsung.. Ada rezeki Tuhan bagi. dan aku ada  simpanan kat mama. Macam biasa la banker tersayang aku. Tapi aku sayang.. serius aku sayang, bukan kedekut. Selagi aku tak sakit teruk, selagi hutang aku kosong (0), selagi aku tak terdesak sangat-sangat, aku takkan guna duit simpanan. Itu prinsip aku.

Aku sedar, sampai bila nak macam ni. InsyaAllah perancangan untuk maju ada. Tapi masih dalam perancangan. Otak aku tak ligat mana nak berfikir, tapi aku cuba untuk buahkan idea dan hasil.

Dah abis dah membebel. Now, jom apply adsense.. 😉 .. impian nak gain money guna adsense. Tapi dengan cara yang betul la. InsyaAllah.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge