i & Blog

Kenapa risau sangat dengan pertukaran ke Blogspot.my?

Pertukaran Blogspot.com ke Blogspot.my
Written by Norfanil

Hi

Dah lama sebenarnya tak ambil port pasal blogspot ni. Almaklumla, kita dah pakai wordpress. Tak pening kepala. Hehe.

Harini, kecoh dalam kalangan blogger mengenai pertukaran url blog dari blogspot.com ke blogspot.my. Sehingga saya tertanya, apa yang kecoh sangat?

Perubahan pertukaran dari blogspot.com ke blogspot.my

Saya ada la buat research sikit pasal ni. Menurut google, penggunakan blogspot.my (mengikut negara) adalah sejajar dengan Google’s approach to free expression and controversial content.

Apabila google menerima request untuk membuang artikel yang melanggar undang-undang negara, artikel tersebut tidak akan dapat dilihat oleh pembaca negara tersebut.

If we receive a request to remove content that violates local law, that content may no longer be available to readers on local domains where those laws apply.

Bila baca artikel kat google, benda ni sejak 2012, tapi negara lain sebenarnya dah lama ada.. cuma Malaysia baru je diperkenalkan.

Apa yang risau sangat dengan pertukaran ke blogspot.my?

Sebenarnya, pertukaran ini tidak akan ganggu diri anda pun sebenarnya. Tak akan ganggu url blog yang tercetak dekat business card anda, takkan ganggu url blog yang tersebar kat mana-mana walaupun ia sudah bertukar ke blogspot.my.

Cuba buka blog masing masing menggunakan blogspot.com. Boleh saja kan? Tak ada masalah. Ia hanya lah redirection yang dibuat oleh google untuk sesebuah blog.

Pertukaran Blogspot.com ke Blogspot.my 4

Pertukaran Blogspot.com ke Blogspot.my 5

Pertukaran Blogspot.com ke Blogspot.my 6

Bila anda guna platform percuma.

Ini la perkara yang perlu ditanggung oleh pengguna blogger.com yang menggunakan khidmat percuma. Segala update yang dibuat oleh Blogger.com, anda sebagai pengguna tak boleh nak control. Sebab blog anda bukan milik anda. Yang hanya milik anda adalah nama pada blog tersebut.

Saya menggunakan contoh blog blogger MiraCikcit. (baca la blog dia best dan ringan!)

Pertukaran Blogspot.com ke Blogspot.my 2

Apa yang milik anda?

– nama miracikcit

Apa yang milik google

– url .blogspot.com
– semua content & semua gambar, melainkan anda backup setiap hari.

Kalau saya beli domain?

– Domain milik anda
– Content milik google, melainkan anda backup setiap hari.

Kenapa saya cakap content dan gambar milik google? sebab semua tu di parking dekat google. Bukan dekat server anda.

Tiada apa yang anda boleh control, semua milik google.

Ini baru pertukaran sikit ni. Dah gelabah. Kalau boooommmm, hilang terus.. menangis la gamaknya.

Sebab tu kalau orang jenis malas macam saya, malas backup, malas nak pikir panjang masalah-masalah ni, pakai wordpress senang. Beli domain, beli hosting.

Kalau salah setting, tersalah buang sehingga blog takleh buka, sebab tak buat backup sendiri, boleh suruh hosting provider untuk restore backup sehari sebelum. Itu lebih baik dari hilang semua. Nak minta tolong google? Memang tak la google nak tolong.

Oh.. saya pakai hosting GempakBox.net. Owner dia Hisyam Nasir. Setiap kali ter buat perkara tak senonoh kat blog sendiri, dan hilang punca, saya akan minta tolong Hisyam Nasir untuk restore balik. Mudah. Support pon cun.Nak amik kat lain boleh, pi la amik kat Netkl, Exabytes (macam slow) dan etc. Google la. Sebelum nak beli mohon la buat survey supaya tak menangis kemudian hari.

So jangan kecoh-kecoh. Relax. Tak ada apa pun. url blogspot.com boleh lagi guna.. Ok! Keep calm, eat popcorn! hahaha


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

10 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge