Assalamualaikum..

Bila tengok tajuk macam nak tergelak dah.. Disebabkan gusti dengan jerung, kena buang kerja. . Ok cerita dia sebenarnya macam ni..  Seorang lelaki warga Britain mengambil cuti sakit selama dua bulan bersama isteri nya.. Katanya sebab mengalami tekanan kerja..

Tetapi, lelaki tersebut sebenarnya mengambil MC untuk pergi bercuti bersama keluarga. Tidak disangka pulak ada satu video yang menunjukkan lelaki tersebut sedang “gusti” dengan jerung. SO kantoi la MC tersebut..

Ini kerana, ketika kejadian pada penghujung bulan Januari lalu, Paul Maeshallsea, 62, sedang bercuti sakit. Paul dan isterinya, Wendy berkerja dengan sebuah badan amal Pant and Dowlais Boys & Girls Club di Britain. Namun kedua-duanya mengambil cuti sakit selama dua bulan dengan alasan mengalami tekanan di tempat kerja.

Bagaimanapun selepas lembaga pengarah badan amal itu melihat video Paul `bergusti’ dengan jerung berkenaan, mereka memutuskan bahawa pasangan itu tidak berlaku jujur, dan memecat kedua-duanya.

“Dalam keadaan tidak sihat untuk bekerja, anda nampaknya mampu mengembara ke Australia dan dalam klip video yang diambil di Queensland itu, anda dengan pantas menyambar ekor jerung itu.

Gusti-Dengan-Jerung-1

#Mr.Peah selalu amik MC tak semena mena… Bayau RM50 kot.. mahal.. ye la.. sakit tipu.. mujur boleh claim and tak kantoi..sabar je laaa..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge