i & Lifestyle

Keluarga Amirulrasyid Saman Kerajaan, Polis Selangor RM50 juta

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com


amirulrasyid


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Keluarga Amirulrasyid Saman Kerajaan. Masih ingat lagi remaja yang di salah tembak oleh Polis Diraja Malaysia pada tahun 2010? Mesti lagi segar dalam ingatan kan. Kejadian berlaku pada awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam.  Amirulrasyid yang  dikatakan melarikan diri daripada sebuah kereta terlanggar yang dipandunya.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Kalau kita baca balik laporan polis yang di buat oleh rakan nya, memang kita sendiri pun tak tau siapa salah.. Polis ingat itu penjenayah. Dan apa yang kita nampak polis salah sebab tembak budak yang masa itu baru berumur 15 tahun.

Hari ini, keluarga Aminulrasyid Amzah saman kerajaan RM50 juta ke atas polis dan kerajaan ke atas kejadian yang berlaku 3 tahun lalu yang meragut nyawa AMirulrasyid

Saman juga difailkan terhadap Koperal Jenain Subi dan dua yang lain. Saman difailkan kira-kira jam 11 pagi tadi di  Mahkamah Tinggi di sini.Turut dinamakan dalam tuntutan itu ialah Ketua Polis Daerah Shah Alam dan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Keluarga Amirulrasyid Saman Kerajaan

Alkisah laporan polis 3 tahun lepas yang di buat oleh rakan Amirulrasyid

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.
Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.
Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.
Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINULRASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.
Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRULRASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINULRASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.
Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang… Sila klik Laporan berikut untuk membaca untuk paparan report yang lebih jelas

Keluarga Amirulrasyid Saman Kerajaan RM50 juta.. apa kata anda? Ada yang cakap memang patut pun… 

About the author

10 Comments

  • bdak umur 15 tahun… bwak kete mlam2 pukul 12.00 tgh mlam…
    mak ayah xtau ke..??? slah sape skrang..??? polis.. kerajaan… ke mak ayah die sndiri yang slah.. anak pergi mne p0n xtau… pas2 heb0h nak saman smpai RM50 juta… berangan ke ape..?

  • nampaknya keluarga Amirulrasyid masih lagi berdendam dengan pihak polis dan mereka yg berkaitan.

    dari sudut yg berbeza..kedua-dua pihak juga melakukan kesalahan.

    family membenarkan anak berusia 15tahun belum panjang akal untuk keluar malam dan buat buat keputusan sendiri. ini satu kesalahan.

    pihak polis pula juga ambik langkah terburu2 dengan menembak (mingkin tidak sengaja terkena mangsa). sepatutnya usah untuk mengejar dan terus mengejar.

    apa2 pun. terpulanglah pada keluarga mangsa. Allah lebih Mengetahui segala yang berlaku. kita cuma hamba-hamba yang lemah sahaja
    Ladfe Amir recently posted..[Hadis Palsu] Dosa Meninggalkan SolatMy Profile

  • kalo kene kt family korang baru tau.,nk tgk slh sapa ko nk tuduh.,,.polis terlatih..,.tak kan boleh ambil tindakan bodoh mcm 2..

  • kalau kita guna kes “tak sengaja”..

    polis memang “tak sengaja”.

    tapi amirulrasyid.. aku tak rasa dia “tak sengaja bawa kereta tanpa lesen”. mak bapak dia mesti tahu dia boleh bawa keta. takkan diorang biar lepas cam tu aje. maksudnya..budak tu dah selalu bawa kereta..

    jadi, kesilapan utama. Memang salah mak bapak. dan kesilapan mereka membawa bencana yang lebih besar.

    kedua, memang salah polis tu. tapi diorang tak sengaja. kalau sengaja, tembak 1 kali mesti mati dah budak tu..ni beberapa kali tembak baru terkena kat bahagian kepala..nampak sangat memang mereka tak sengaja..

    jujur, benda ni qada’ dan qadar. terima aje keputusannya dengan hati terbuka. tak payah nak saman-saman. benda dah berlaku.

    kalau ikut siapa salah dulu. memang amirulrasyid salah. tapi yang lebih bersalah, mak bapak dia. pastu..baru jatuh ke si polis yang menembaknya tu.
    titan recently posted..Ya, aku anak nombor dua.My Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge