i & Lifestyle

Kekuatan Sebagai Seorang Ketua, Semoga Esok Baik Baik Sahaja

projek bakti kinabalu
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum…

Dah baca dah entry terbaru denaihati? Kalau belum baca jemput la baca.. Aku punya entry harini  keywords dia adalah ketua, atau dalam bahasa inggeris dia “leader”.. Bukan senang nak jadi leader.. tak kira la small group atau big group.. Lagi susah bila nak lead group yang akan membuat sesuatu event..

Entry denaihati yang terbaru sangat lah ada kaitan dengan apa yang aku nak tulis ni.. Seminar Buat Duit Dengan Blog akan di adakan esok dan pastinya kerisauan pasti menjelma sekarang ni dekat Tuan Denaihati dan semua yang terlibat dalam organize this event. Untuk mereka yang nak belajar cara buat duit dengan blog, blog la daftar.. Klik gambar kat bawah jeee untuk maklumat lanjut.

Aku pernah rasa bertapa peritnya menanggung kerisauan beberapa hari sebelum tibanya hari projek yang sangat besar bagi aku, terpaksa bersengkang mata, dan memerlukan otak dan perasaan selalu dalam keadaan stabil. Ye la.. Tidak kira la dalam projek apa pun anda nak buat mesti akan timbul conflict..dan anda sebagai ketua kena jadi neutral untuk selesaikan conflict tuh dan dengar cerita dari kedua dua pihak.. So anda akan rasa macam macam bermain di minda.. Lagi lagi lah bila memerlukan effort yang tinggi sebelum hari event untuk memastikan semua berjalan lancar..

Kekuatan sebagai seorang ketua memainkan peranan penting untuk menjalankan sesuatu event dan memastikan event tuh berjalan dengan lancar termasuk la orang orang di sebalik event tersebut.. Ketua tak boleh cepat down, tak boleh cepat stress dan kena pastikan semua under control termasuk lah perasaan ketua sendiri. Sometimes kita tak pernah terfikir akan ada benda tak elok ada ada benda tertinggal , tapi itu lah.. Menjadi seorang leader mengajar kita untuk belajar dari pengalaman.. Kalau tak cuba takada la pengalamannya.. kan?

Masa aku dulu, jadi pengarah projek yang boleh dikatakan budget dalam RM30 ribu, apa yang sangat risau kan aku adalah crowd. Risau takde crowd, dan risau apa yang di rancang tak menjadi.. Tapi alhamdulillah.. All went well.. eventhough ada silap sana sini dan insiden yang tak pernah terfikir akan terjadi.. insiden apa? insiden kipas kemah jatuh atas kepala 2 ajk yang terlibat..

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Event apa yang aku buat harituh?

projek bakti kinabalu

— Bersama Kumpulan Pesawat… Projek Bakti Kinabalu

Event tuh dua hari.. Projek ni dipanggil Projek Bakti Kinabalu.. under Kolej Kediaman Kinabalu.. Tujuan dia adalah untuk mengutip dana dan sumbangkan kepada 2 rumah kebajikan yang telah kami pilih… Apa yang kami buat 2 hari tuh, hari pertama kami buat karnival dan sebagai attraction kami buat logo 1 Malaysia terbesar untuk Malaysian Book Of Record.. After a few month struggled, alhamdulillah terlaksana.. dan untuk hari kedua kami buat Konsert Amal.. Kami panggil Imran Ajmain, Pesawat dan Monoloque.. Walaupun expectation kami tak kesampaian iaitu just half of student yang saksikan, kami tetap puas hati, kerana rata rata yang datang depa cakap.. Berbaloi with the tickets price.. dan sepatotnya tiket lagi mahal.. masa tuh tiket hanya RM15-20.. murah kan?

CUma ada masa kekuatan sebagai seorang ketua tuh hilang, kerana segala kesalahan di letakkan bulat bulat atas bahu Cik Norfa sendiri..  All ideas came from brainstorming.. But all faults are on my own shoulder which means, even the ideas not came form us, but came from top management, anything faulty happened was under my responsibility.. Berat kan jadi ketua..

Tapi pengalaman jadi ketua ni lah Cik Norfa belajar macam macam, jumpa orang yang macam macam yang kita tak pernah jumpa sebelum ni.. Best experiences i had.. Korang pun, untuk student student, jangan takot nak memegang jawatan.. Tahun pertama n kedua tuh enjoy your life dengan jadi orang di sebalik tabir untuk event. Ia akan memberi pengalaman berguna pada anda..

Dan untuk peserta Seminar Buat Duit Dengan Blog, kita jumpa esok nya.. Alhamdulillah..diberi rezeki untuk hadir.. dan untuk organizer, syabas!!.. semoga esok berjalan dengan lancar..

Nak baca event yang aku handle dulu tuh? baca sini –> Projek bakti Kinabalu … Sebenarnya, on the day event hari pertama.. aku “tumbang” sampai tengah hari kat bilik…. hehehe.. xde orang pun tahu.. semua orang mencari aku…hehe

#

About the author

13 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network