i & Lifestyle

Kecewa Dengan Isu Hantaran..

Wang Hantaran
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum.. minggu lepas heboh dengan isu hantaran mahal yang menjadi concerned sangat sangat bagi pihak lelaki dan juga pihak perempuan… Boleh tahan ramai juga yang duk share keratan akhbar tuh.. tapi sebenarnya dah berapa ramai yang dah try tanya family perempuan akan hal tuh??

Disebabkan statistik itu lah, ramai beranggapan semua macam tuh.. Narrow sangat mindset.. padahal kebiasaannya hantaran mahal berlaku pada mereka nak berkahwin dengan anak berada.. atau pun memang jenis nak hantaran tinggi.. sebab kononnya anak depa berpelajaran tinggi… pentingkah berpelajaran tinggi nak di bandingkan dengan ilmu agama yang tinggi..

Memang isu hantaran tinggi sering dikaitkan dengan pendidikan.. Tapi sedarkah, gadis gadis yang berpendidikan agama yang tinggi, yang belajar di MESIR, dan keluarga kuat agama tidak kisah akan hantaran dan faham akan keadaan sebelah lelaki… Bukan hantaran yang di inginkan, tapi bimbingan seorang suami kepada anaknya yang di inginkan..

Jadi mana yang lebih penting?? Isu hantaran semakin jadi rumit apabila si lelaki lelaki ni terikut ikut dengan khabar berita yang di keluarkan oleh akhbar termpatan.. Lagi best bila sibuk dengan status menyatakan hantaran mahal.. Iya, mungkin dah ramai terkena.. Tapi itu tak bermakna kisah kita sama dengan mereka.. ye tak?

Macam saya sendiri, saya kecewa… Ingat kisah dulu dulu.. Memang saya nak kahwin awal.. tapi itulah jodoh belum masanya.. Teringat, bila di tanya nak kahwin bila? then di balas balik dengan ayat “berapa hantaran awak ea? mesti mahal kan? mau 20k-30k kan? saya tak de duit.. takde simpanan”.. tanya saya memang la saya tak tahu, tapi cuba gak tanya mak ayah saya… ini belum tanya lagi dah buat andaian hantaran mahal.. then dah tau nak kahwin, tapi tak nak menyimpan.. nak harap duit dari mana? dari langit.. kalau perempuan je menyimpan takde guna..

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Saya bukan anak dato. saya bukan anak MB.. tapi anak penjual ikan.. saya pasti ayah saya pun tak mintak mahal mahal.. sekadar mana yang mampu.. tapi ini tidak.. tak tanya lagi dah hu ha hu ha hantaran mahal.. apakah lelaki anda ini? nak anak orang buat cara nak anak orang…

Sekali lagi saya tanya kawan saya… “Wan bila nak kahwin?”.. dia jawab.. nak kahwin dengan ana, tapi mesti hantaran ana mahal kan.. anak degree, wan dip je… mesti hantaran ana 20k keatas kan.. ?” bila di cerita mengenai abang saya.. baru dia tahu betapa mudahnya kalau bawak tanya betul betul.. bukan andaian dan rujukan surat khabar semata..

Bila fikir balik jadi terkilan.. kenapa isu ini di naikkan?? Masa family saya jumpa bakal menantu sulong yang tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan merupakan seorang pelajar di mesir, ibu bapa depa cakap hantaran boleh di bincang.. janji sekarang ikat dulu dengan pertunangan kalau dua dua setuju.. mudah kan???

Benda yang senang jangan di rumitkan.. ibu ayah, lelaki yang nak kahwin.. bawak bincang.. jangan sering buat andaian… kalau sendiri taknak bincang, dan jauh kononnya.. apa guna ada abang, kakak, mak ayah.. call je cakap dalam phone..

# bila kita cakap pasal kahwin, dan isu duit atau kata kata menjadi halangan, kita boleh nampak seorang lelaki tuh serius nak kita ataupun tak… kan?.. jodoh itu pasti..  

Ya Allah, semoga aku bertemu jodoh yang baik baik.. Meskipun dia bukan untuk ku, aku tahu, perancanganMU adalah yang terbaik untuk hambaMu ini.. aku tahu, Kau selamatkan aku dari leka, dan dari dosa dosa.. Amin..

#

About the author

11 Comments

  • setuju dengan awak norfa, pada saya isu hantaran ni lebih kepada persepsi dan stigma masyarakat pada materialistik. selalu menilai yang mahal itu bagus. saya sangat tak bersetuju bila mana nilai seorang wanita hanya pada pendidikan saje, apa ingat untuk jadi seorang isteri, tahap pendidikan saje yang menentukan kebahagiaan. pada kita, bersederhana dan bertolak ansur adalah satu benda yang perlu diingat. pihak perempuan perlu menilai sejauh mana kemampuan pihak lelaki. jangan membebankan sebab yang penting adalah kehidupan selepas bernikah nanti…
    innanie ariffin recently posted..Review : CLINIQUE Dramatically Different Moisturizing Lotion + & Mini Give AwayMy Profile

  • mak bapak tak kesah sebenarnya bab hantaran ni. Cuma..yang diorang kesah..kata-kata orang..kata-kata sedara..kata-kata jiran..kata-kata makcik-makcik tempat kerja..

    itu aje. So..nak tak nak..kena mintak.. sebab malas orang mengata..bukan apa..bila orang mengata, even 50 tahun akan datang pun..diorang akan ungkit gak..

    Lagi satu..kenduri kahwin tu..mostly area 5-10k paling murah. Mana la mak bapak mampu..lagi-lagi yang bakal isteri..lagi la takde duit..

    tapi aku tahu..tak semua. BUT..majoriti mak bapak..memang macam tu la keadaannya..

    so, nak senang. bincang. kalau mak bapak bakal bini berkeras gak..sama ada cari bakal bini yang lain..atau kena la cari duit banyak-banyakk..
    titan recently posted..Kita mesti goda orang perempuan.My Profile

    • atas keluarga juga.. kalau jenis berkawan dan selalu amik kisah dengan kata kata..
      payah la..
      tak pernah habis kalau mcm tuh..tuh kena ingat.. anak kita ke yang nak kahwin atau anak dia.. grr

  • Isu ni jadi hot tetiba bersebab. Terlalu ramai meminta hantaran tinggi. Akhirnya pasangan bernikah di thailand. Ini hakikat. JAKIM pun dah pening kepala tengok terlalu ramai pasangan bernikah di luar. Bila disiasat, rupanya inilah penyebabnya.

    Tapi janganlah jadikan isu ini untuk tak berkahwin. Lelaki dan ibu bapak pulak jangan sesekali jadikan akhbar tu sebagai rujukan. Apa guna mengucap dua kalimah syahadah tapi tak merujuk alquran dan hadith dalam hal ni.
    Cikgu Hairul recently posted..Ajari Anak Jadi Seorang PengemisMy Profile

  • yang mudah disusahkan. itulah orang kita. walhal berkahwin itu wajib bagi mereka yang mampu, bagi mengelakkan perkara yang tak baik.

    memang betul. paling penting ialah bawak berbincang antara kedua-dua belah pihak..

    insyallah. nak buat benda baik. dipermudahkan oleh-Nya
    azwan recently posted..Salam Aidilfitri 1434H/2013MMy Profile

    • betul tuh.. itulah.. isu lelaki membujang sebab hantaran mahal..tapi ibu bapa tak fikir, kerana hantaran mahal, kes zina semakin meningkat juga..

  • belajar tinggi tapi perangai teruk tambah pula tak tutup aurat mmg tak berbaloi dengan hantara tinggi. lagipun hantaran ni semua mana ada dalam Islam, adat melayu semata-mata, perlukah kita ikut ada melayu yang mungkin merugikan. Cukuplah sekadar mas kahwin. Itu sudah memadai.

    Paling aku berang, boleh plak ada perempuan setuju dengan apa yang diatas dengan alasan lelaki malas berusaha. Kalau dah berusaha mesti banyak duit.. Kena ingat rezeki dari ALLAH, usaha mana pun kalo ALLAH tak nak bg rezeki macam mana?. Kena beringat sedikit,
    Bahrain recently posted..Image Editor Terbaik Secara PercumaMy Profile

    • tuh cakap.. perempuan kena ukur baju di badan sendiri… layak kah kita nak hantaran mahal…
      benda mudah, tapi rumitkan..
      sekarang masing masing nak macam dlam drama..

  • Sebab hantaran mahallah banyak pasangan nak berkahwin tak dapat teruskan niat utk kahwin pastu berzina.. Mak bapak pun satu hal (biasanya mak) yg pergi letak hantaran mahal2 macam nak jual anak kenapa.. Benda senang dibuat jadi payah.. Tak paham betul..

    Tapi kalau lelaki betul2 nakkan pompuan tu jadi pasangan hidup dia, macam mana sekalipun mesti dia akan usaha jugak..
    Anarm recently posted..Sekeping Kad Raya daripada IsteriMy Profile

  • Urm…bolehh saya tanya, kenapa perlu hantaran in the first place? Kenduri di pihak lelaki tanggungjawab lelaki. Kenduri di pihak perempuan tanggungjawab perempuan lah.

    Kalau pihak perempuan miskin makan pun masak siput babi macam dalam Bersamamu kita lelaki faham lah. Tapi bekerjaya, gaji boleh tahan tiba-tiba tanya lelaki kenapa tak menyimpan? Famili pun senang, Kenapa masih perlukan hantaran? Sigh.

    Hantaran tu tanda perempuan tu pemalas, tidak pandai menyimpan dan jenis yang mengangkang tunggu duit jatuh dari langit.

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network