i & Lifestyle

Kaunseling Remaja Risau Kekasih Beza Ideologi Politik

331.jpg
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikuam..

Aku nak kongsikan satu artikal yang aku petik dari Akhbar Harian Metro.. Sebenarnya aku pun ada masalah yang sama.. Beza Ideologi politik.. Tapi di pihak aku dan Mr.Peah , aku just minta, kalau nak berpolitik bukan dengan aku. Nak gaduh pasal politik pun, carilah orang lain.. Bukan apa nanti akan timbul pergaduhan besar antara kami.. So memang aku ngan dia takkan kacau bab politik.. Kalau dia masuk tang politik, aku dengar je.. Malas nak melawan, nanti makin besar jadinya… Sebab dalam bab politik ni, masing masing nak menang je..

Risau Kekasih Beza Ideologi Politik

 Kebelakangan ini, isu politik banyak dibincangkan di mana-mana. Walaupun kurang meminati topik berkaitan politik, saya masih boleh menyimpulkan banyak elemen negatif dalam politik sekarang.

Namun, saya tidak mengatakan politik itu kotor cuma ada pemimpin yang tidak berintegriti, tapi bukanlah semua. Masalahnya, yang sedikit itu menimbulkan pelbagai masalah. Ini merisaukan saya kerana terlalu banyak perkara ‘pelik’ berlaku dalam senario politik sekarang.

Malah, saya berdepan masalah apabila kekasih saya turut mempunyai pandangan berbeza politik. Saya serba salah untuk menerima cintanya kerana kami mempunyai latar belakang politik berbeza.

Beliau kuat berpegang kepada fahaman politiknya sehingga merisaukan saya kerana bimbang apabila berkahwin, perkara ini menghalang kebahagiaan rumah tangga kami.

Saya menyintainya dan sanggup melupakan dunia politik walaupun keturunan saya ahli politik berjaya. Melihatkan cara sesetengah pemimpin politik di negara, saya jadi takut. Bantulah saya Dr.

Gadis Ideologi Politik 

Kelantan 

Ulasan

Dunia politik negara dirosakkan oleh sesetengah pemimpin yang tidak berintegriti dan hanya mementingkan diri.

Namun, masih ramai ahli politik yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Dalam situasi di mana pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, semakin berleluasa politik tidak berintegriti yang cuba menjatuhkan kredibiliti pihak lawan. Perkara ini sepatutnya tidak menjadi amalan berpolitik di mana-mana pun.

Ahli politik seperti pekerja dalam profesion lain mempu—nyai etika pekerjaannya. Berpegang kepada etika dan peraturan dalam bidang pekerjaan yang diceburi dapat membantu menghalang individu dari mengambil tindakan yang salah dari sudut moral dan integriti.

Dr memahami masalah adik. Dalam sesuatu hubungan, terutamanya perkahwinan, faktor yang membina keharmonian rumah tangga seperti komunikasi yang baik, resolusi konflik, kehidupan seksual yang baik, berkongsi matlamat dan minat sama boleh berlaku walaupun pasangan tersebut mempunyai ideologi politik berbeza.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Ada ahli psikologi yang mengatakan jangan kaitkan dengan fahaman politik dalam satu perkahwinan. Ini kerana dalam perkahwinan atau sesuatu hubungan, peranan seseorang adalah sebagai seorang suami, isteri, kakak, anak perempuan, anak lelaki, bukannya seorang ahli politik.

Banyak elemen yang menyumbang kepada resipi kebahagiaan rumah tangga. Ia terletak kepada rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara, rasa kesyukuran dan ketakwaan, tanggungjawab, perasaan timbang rasa, kewangan yang mencukupi, kesediaan untuk memaafkan antara satu sama lain.

Sebaik-baiknya, gunakan perbezaan pandangan politik ini untuk mempelajari sesuai yang baru mengenai pasangan adik.

Susan Heitler, seorang ahli psikologi klinikal menjelaskan perbezaan ideologi politik tidak semestinya merosakkan sesuatu hubungan.

Penulis buku The Power of Two: Secrets of a Strong & Loving Marriage menjelaskan apa yang penting bergantung kepada bagaimana kuatnya satu perhubungan dalam perkahwinan.

Adik, individu yang taksub kepada sesuatu ideologi politik akan lebih melihat sesuatu dari satu sudut pandangan kehidupan.

Ini menyumbang kepada perasaan berlebih-lebihan dalam memperjuangkan sesuatu ideologi politik. Apabila perkara ini tidak dapat dikawal, ia boleh menyumbang kepada perasaan kebencian dengan cara kehidupan pihak yang tidak sealiran dengan idea politiknya.

Ahli politik atau individu yang matang mempunyai pegangan ideologi politik tersendiri. Ketika waktu yang sama, beliau menghormati anutan ideologi politik pihak lain tanpa memperkecilkan individu tersebut.

Dr mengharapkan keadaan yang sama akan berlaku kepada adik dan teman lelaki di mana walaupun mempunyai latar belakang politik yang berbeza, tapi masih dapat menghormati antara satu sama lain.

Ada pepatah yang mengatakan ‘permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui dalam dirinya’.

Jika teman adik benar-benar sayangkan adik, tentunya, dia tidak akan menjadikan ideologi politik yang berbeza sebagai batu penghalang kepada perhubungan kasih dan cinta adik berdua.

Ya, pasangan boleh hidup bersama walaupun mempunyai latar belakang politik yang berbeza. Anutan politik adalah hak individu selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai hidup dan pegangan agama.

Jika perbezaan politik ini dihormati, keharmonian rumah tangga akan terpelihara.

Lagipun, perkahwinan adalah permulaan kepada satu kehidupan rumah tangga di mana dua insan yang datang dari pelbagai perbezaan berusaha untuk menyesuaikan dan mengharmonikan perbezaan-perbezaan tersebut. Ini termasuklah perbezaan dari segi politik.

Source : Harian Metro : Beza Ideologi Politik

#

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network