Katering Kenduri Kahwin dari Pozi Katering Kuala Terengganu-9
Katering Kenduri Kahwin dari Pozi Katering Kuala Terengganu-9

Assalamualaikum..

Pozi Catering. Kalau yang tinggal kat Kuala Terengganu mesti kenal dengan Pozi Catering yang selalu buat katering untuk kenduri kahwin.

Untuk kenduri kahwin Along dan Kakti, kami tempah katering dari Pozi Catering. Seharian kami survey kat google dan juga facebook, Alhamdulillah, berkenan di hati dengan Pozi Catering..

Cara kami survey katering untuk kenduri?

  1. Kami google dan senaraikan caterer yang ambil katering untuk kenduri di kawasan terdekat rumah kami, iaitu Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu.
  2. Kami survey di facebook fanpage setiap katerer untuk pastikan makanan yang dihidangkan sedap. Kami ukur kesedapan hidangan mereka berdasarkan komen maklumbalas di facebook mereka. Ini penting tau. Kalau tak sedap, kita pon tak seronok nak hidangkan kat tetamu.
  3. Bandingkan harga pakej setiap katerer. Tengok setiap satu apa yang ada dalam pakej.
  4. Call dan tanya.
  5. Jumpa face to face, bincang dengan pekerja atau pemilik caterer apa yang anda nak, apa yang taknak, nak curtain langsir warna apa, khemah macam mana, nasi putih ada hidang atau pun tak dan lain lain.

Perbincangan katering kenduri kahwin di Pozi Katering

Kami jumpa face to face dengan pekerja Pozi Catering, Wani untuk bincangkan pasal pakej.

Selepas perbincangan dan bersetuju, kena la bayar deposit dulu ya.. RM300 tak silap saya. Selebihnya kena bayar sebelum majlis, dan selepas majlis. Itu deal awak dengan Pozi Catering la.

Alhamdulillah..Layanan dari cik Wani kita memang terbaik. Sampai bos En.Pozi pun ada sekali.  Macam familiar bila tengok En. Pozi. Papa pun cakap benda sama. Tapi tak tau kat mana jumpa. Mungkin dejavu kot. Heh

Pakej katering dari Pozi Catering, Kuala Terengganu

  • Pakej Asas = RM10.50
  • Pakej Uzair = RM10.90
  • Pakej Dewan = RM9.80 & RM10.90
  • Pakej Umairah = RM 11.90
  • Pakej Eksklusif = RM12.90

*** Ini pakej untuk 1000 minimun.

Kalau nak tahu untuk 500 atau 600 orang boleh direct ke website Pozi Catering

Jadi, at the end, kami pilih Pakej Uzair khemah arab curtain dua layer.. Hehe. Sebab apa? Sebab beza 40 sen tu sikit sangat dengan pakej asas… Baik up kan je. Kan?

Pakej Katering Kenduri Kahwin Pozi Katering

Pakej Uzair RM10.90 sekepala untuk 1000 orang

Katering Kenduri Kahwin dari Pozi Katering Kuala Terengganu-6

Khemah yang kami dapat. 3 biji.. Mula mula curtain plan warna pink biru. Tak jadi terus tukar biru oren. Dua pengantin kan? Kan ada yang mengamuk kang.. hehehe

Katering Kenduri Kahwin dari Pozi Katering Kuala Terengganu-2

Makan beradap. Meraikan kedua dua pengantin. Tak beradap sangat la. Dah dalam pakej ada so kita buat je la.. Pozi Catering siap serve ok!. Ini bagusnya kalau serve. Habis semua lauk. ..

Review?

Menurut papa saya, makanan dari Pozi Catering sedap!. Dia yang duk bahagian depan menyambut tetamu bagitau ada tetamu yang tambah 2 kali makan. Alhamdulillah.. Memang tak dinafikan lah.

Makanan beradap pun sedap. Macam mana pulak aku boleh kata sedap? hehe..sebab aku yang makan makanan kakak aku. Susah dia nak makan on public sebab pakai purdah. Biar la dia. Janji aku kenyang boleh makan udang tempura.. hehehe..

Ada sedikit masalah masa kenduri sebab kami ada minta buat pertukaran daging. Kami nak guna daging fresh yang kawan papa bagi. On that day, dapat tahu separuh daging yang tak masak lagi busuk. Tak muat peti kot. Tak tau la apa cerita… Takpe la. Dah jadi.

So terpaksa tambah daging dia orang. Mujur boleh nego-nego. Ingatkan kena tambah lagi mahal. Rupanya tak mahal mana pun. Thank you pada Pozi Catering give good services!..

Food : 4.5 bintang
Service : 5 bintang

Masa pergi kenduri Farah & Nasrul, depa pun ambil katering dari Pozi Catering…

Pozi Catering

No 38 & 39 Taman Tanjung Permata
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu

Wanie : 017-9646563
Hafizul : 019- 9346847
Office : 09-6666160 (Waktu Pejabat sahaja)
Faks : 09-6668160
Email : [email protected]

Website : www.pozicatering.com

Facebook : Pozi Catering

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge