-- Ini la dia juruwang dia.. nampak tak dua orang mat saleh tuh.. hahaha.. Depa semua duk lari bila aku nak amik gambar.. Sabo je la!.. but such a nice slaes person depa ni.. kekeke

Assalamualaikum.. Ya Allah terima kasih atas rezeki Mu.. Masih ingat wordless wednesday yang lepas? Ok, walaupun tak nampak macam wordless wednesday sangat sebenarnya. Sebab aku masih pening pening dengan theme wordpress yang baru ni.

Kalau korang nak tau aku ada buat blog travel yang baru. Tapi masih  kosong lagi sebab takde input apa apa lagi. Sekarang aku kat Terengganu, so sebagai permulaan blog Travel aku nanti, aku akan pastikan aku travel di negeri kelahiran aku dulu.

Disebabkan blog travel tuh  aku perlukan sangat kasut baru. Yeah!!.. Aku ni kasut perempuan atau sandel ada 2 pasang je, then ada kasut squash dan kasut joging. Disebabkan aku tak ada kasut untuk aktiviti lasak, so aku terjah Larrie Shoes atau nama melayu dia Kedai Kasut Larrie masa pergi Sunway Pyramid untuk hantar handset sis yang rosak.

Lagi mudah kerja aku, bila kedai Larrie Shoes berada di tingkat yang sama dengan Sony Center dan hanya berhadapan. Ceh!.. pening tau cari.. L1 la, F1 la.. Padahal sama je.. L1 tuh maksud dia Level 1, F1 tuh maksudnya Floor 1.. Tapi dalam bahasa melayu? Lu pikir la sendiri.. hehehe

Kedai Larrie Shoes Sunway Pyramid
— Boleh tahan ramai. Kebetulan ada Sale on that day..

Perkara pertama, aku sebagai seorang perempuan mesti la usha kasut untuk perempuan. Banyak choices tapi aku dah cakap awal awal aku nak kasut untuk travel. So aku pergi side sport. Si Alif F-Secure dan Bob dah mula mencuba kasut kulit lelaki, Haha.. Hajat aku yang nak beli, tapi depa yang beria-ria. Pelayan pelanggan tuh pun beria-ia jugak layan depa ni.. Mujur depa baik tau!.. haha

Kasut Kulit Lelaki di Larrie Shoes
— Oit! Sapa nak membeli ni? hehehe.. kalau aku dalam perancangan nak kahwin, memang aku dah beli kasut untuk hantaran Laki aku.. tapi, hasrat tak tercapai.. So, lupakan saja..

Tengok harga, pastuh tengok pulak sale 50%.. Depa memang nak ambil kasut kulit tuh, sebab depa cakap best pakai dan selesa. Tapi memandangkan kedua-dua jejaka ni baru pindah rumah dan si Alif F-Secure ni nak beli kereta Honda bulan depan, terpaksa letak balik kasut kulit tuh. Heh.. Sabar je la..

-- Pilihan Kasut yang ada untuk wanita.. Bagi tau Mak aku pasal aku beli kasut.. Dia cakap, asal tak beli kasut raya? ngeh3..
— Pilihan Kasut yang ada untuk wanita.. Aku bagi tau Mak aku pasal aku beli kasut.. Dia cakap, asal tak beli kasut raya? ngeh3..

Then bila sampai turn aku, ada dua kasut yang aku susah nak pilih. Satu kasut keluaran terbaru, satu lagi lama sikit. Tapi yang baru ni untuk jogging, sebab tapak dia petak petak, dan yang lama ni memang sesuai dengan jalan jalan punya kasut, sebab tapak flat.. tapi bila aku pakai nampak macam nak gi joging.. Adui ..confuse aku…

Kasut Sukan di Larrie Shoes
— Test pakai.. Tengok mana lagi sesuai.. Dua pilihan kasut. Dan akhirnya.. Aku pilih yang new arrival.. Warna Merah, Hitam Putih..

Nampak tak kasut lagi satu tuh.. Tak nampak macam kasut jalan jalan.. Tak sesuai untuk aku. Walaupun si Alif F-Secure cakap dia tak suka tapak kasut putih takut kotor, tapi nak buat macam mana.. Aku berkenan yang ni..Hehe..

Aku ni manusia paling susah nak shopping. Then aku ada prinsip.. Prinsip hidup aku satu je kalau masuk bab shopping.. Kalau itu yang aku berkenan aku akan ambil yang tuh.. Tak ambil yang lain dah.. tapi selepas di konsider harga la.. Kalau mahal tak beli.. Sebab nanti ada penyesalan di kemudian hari bila tak ambil barang pilihan hati..

Finally, selamat la aku beli kasut keluaran terbaru dari Larrie Shoes ni. Bermula la juga pergerakan aku bersama kasut ini untuk jelajah dunia.. chewwwahh~! hahaha…

Eh, blog travel aku tak leh bagitau lagi.. Atau mungkin aku takkan bagitau sapa sapa.. keh keh keh.. Target blog travel aku adalah google. Bukannya fanpage. Sekarang aku apply apa yang aku belajar dari master. hehe..

Oh lupa plak!. Thanz Larrie Shoes…

-- Ini la dia juruwang dia.. nampak tak dua orang mat saleh tuh.. hahaha.. Depa semua duk lari bila aku nak amik gambar.. Sabo je la!.. but such a nice slaes person depa ni.. kekeke
— Ini la dia juruwang dia.. nampak tak dua orang mat saleh tuh.. hahaha.. Depa semua duk lari bila aku nak amik gambar.. Sabo je la!.. but such a nice slaes person depa ni.. kekeke .. opss! abaikan selipar jepun harian aku tuh.. kekeke

# birthday wishlist : kasut untuk travel (√) Tercapai.. Alhamdulillah..

9 COMMENTS

  1. […]   – Resepi Nasi Minyak 9)  – Wordless Wednesday : Rezeki Blogging dari Larrie Shoes       – Jom Travel!! Terima Kasih Larrie Shoes 10) Agen Dropship Di Perlukan Untuk Produk Qaisya Slimming […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge