i & Blog

Jadi Blogger, Senang Dapat Duit Kalau Tau Caranya

Written by Norfanil

Alhamdulillah.. Sejak jadi blogger, boleh katakan banyak la jugak hasil dari blog ni… Kebanyakkanya Advertorial. tapi masih takda yang fix bulanan dan semua tak menentu. Tak boleh nak declared aku ni banyak dapat income di blog.. Ciput ciput je, lagipun aku bukan full time blogger. Mood pun tumbang selalu, bukan sekali sekala dah..huhu

Lain blogger lain income yang dieorang dapat. Ada banyak cara, ada banyak kaedah untuk dapat pendapatan dari blog. So jangan kecewa kalau tak cantik, jangan kecewa kalau tak pandai. Semua boleh di belajar. Aku kat sini  nak share beberapa faktor yang menyebabkan blogger dapat duit dari blog. Heh.. panjang ni.. jangan ngantuk k! haha..

Antaranya cara nak buat duit dengan blog dan juga sebagai seorang blogger :

1) Blogger popular

– Biasa blogger popular ni sentiasa menjadi kejaran advertiser untuk bagi job blog, sebab mereka ni ramai peminat. Tak kira la lelaki atau perempuan. Blog trafik tuh tak payah nak cakap la, pasti mencanak canak setiap hari. itu sudah pasti. So tak heran kalau blogger popular dari segi cantik muka atau kacak bergaya, dapat income beribu ribu sebulan dan sponsor yang banyak dari advertiser.

msmw 2013

— Besama Innanie Ariffin dii Social Media Week 2013.. First time jumpa Anarm, Denaihati, Shakiddo.. Dan ini lah permulaan baru dunia blogging aku.. Selama 2 tahun aku menyepi selepas gathering geng blogger. Tuh pun sebab di halang oleh LAKI tak jadi untuk bergathering…

2) Blogger Mesra

– Cara kedua untuk anda dapat income sebagai seorang blogger adalah menjadi blogger mesra. Tak semua blogger mesra, macam aku.. Memang malu malu di dunia reality, tapi dalam alam maya.. pung pang pung pang.. ketawa setiap hari bila duk komen and chatting ngan kawan kawan..hahahaha.. So untuk dapatkan income korang kena la jadi mesra.. Bila jadi mesra, advertiser akan ingat korang, dalam dalam masa yang sama boleh kembangkan network korang sendiri.. Nanti senang nak promote blog dan dalam masa yang sama boleh cucuk cucuk sikit kawan tuh untuk dapat job lain..

— Penjenamaan balik selepas menyepi!..

* Kata Akhir Pertemuan : Keep in touch dan roger roger

– Lagi satu tips aku nak bagitau, penting untuk teruskan usahasama dengan advertiser atau kalangan blogger sendiri. Bila dapat job dari seseorang, jangan lupa cakap  keep in touch and kalau ada event lagi calling calling la..  tuh cara untuk pancing job seterusnya.. =)

3) Blogger Bukan Kaki Event.

– Jangan ingat blogger yang bukan kaki event tak berjaya. Dieorg ni diam diam ubi berisi. Sangat ramai.. Dieorang tak tunjukkan muka. Kalau tunjuk pun 2 3 kali je. Dieorg tak terhegeh-hegeh pergi event. Tapi dieorg berjaya.. dengan beberapa cara..

a) Affiliate

– biasa kaki kaki affiliate ni jarang pergi event.. depa tumpu pada produk affiliate seperti jom niaga.. . Pilih mana yang ada potensi income, mana yang boleh di percayai dan post mengenai produk tersebut. Antaranya platform jomniaga untuk blogger.. Bukan blogger pon boleh.. Tak susah. Dapat banyak income… Daftar Jomniaga kat sini. Sebagai contoh aku boleh cakap kaki cendol en.titan. Aku mati mati ingat En.Titan ni dulu kaki event. Tapi bila kenal masa seminar Buat Duit Dengan Blog, dan tengok blog dia yang simple giler, baru tau dia bukan kaki event. Tapi kaki affiliate.. Tengok komisen dia dapat banyak. Sama macam Cik Tom. Diam diam ubi berisi semua.

b) SEO

– Teknik SEO..Banyak benda boleh buat dengan teknik SEO. Tak payah tunjuk muka.. Tapi hanya dengan blog niche.. tak caya? Sebagai contoh aku bagi myresipi..Hanya dengan niche rekod visitors dia hari hari beribu ribu. Itu lah pentingnya blog niche dan kelebihan pada SEO seperti google. Google akan rank yang niche dulu baru blog lain.. Lagi satu website yang meningkat naik.. Myselera.com.. Target memang SEO.. dan kebanyakkan tempat makan di singgah dapat first page google. Tahniah untuk bos saya!

– Lagi contoh aku bagi En. Titan. Dia buat affiliate blog iaitu earncent.com dan tambah dengan teknik SEO yang mantap. Sebab tuh dapat jualan komisen tinggi. Aku pun tengah nak belajar ni. En.TItan baru lancar ebook Teknik SEO Merah Jambu.. So sesiapa nak belajar teknik SEO ni boleh beli ebook dari pakar affiliate En. Titan kat sini : Ebook SEO Merah Jambu.

– Lagi satu aku tak tahu blog apa, tapi kawan aku cakap dia kerja dekat F-secure sebelum ni. Buat blog just bagi tips mengenai virus, sekarang dah berenti kerja, sebab income blog dia lagi banyak dari income kerja dia.. So tumpu pada blog tuh je.. Dia hanya masukkan tips tips yang dia belajar dekat tempat kerja.. Akhirnya, hasil tanpa disangka. Untung dirinya. Lagi untung blog dia bahasa inggeris.. Income  sangat tinggi sebab pencarian dekat google adalah word wide.. bukan Malaysia dan indon sahaja.

4) Rajin

– Nak berjaya dalam event mesti rajin. Buat permulaan aku sarankan untuk blogger pergi je dulu event yang di invite walaupun tak de payment. At-least dapat kembangkan network. Then after all banyak event yang dah pergi, boleh la mark up sikit. Biasanya macam tuh la. Bagi orang kenal dulu kita,. Aku pasti lepas nampak entry blog korang pasal review event mesti nanti akan naik kepa aevent berbayar.

5)  Blog Entry Untuk Jangka Panjang

– Ini boleh masuk dalam kategori SEO sebenarnya. Si Alif F-secure ni selalu tanya aku, kenapa ko tak buat blog yang orang cari selalu, bukannya lapuk ditelan masa seperti berita semasa. Aku pun sebenarnya garu kepala.. Ada tuh ada tapi kurang.. Sebab tuh aku sekarang berjinak2 untuk blog niche travel aku.. InsyaAllah..doakan berjaya je.. sekarang tumpuan aku untuk kumpul duit dari blog norfanil.com then guna duit tuh untuk travel. Hidup aku boleh kata sesak gak la.. Siapa kata aku banyak duit? tak pun.. hmm..pikir mana duit aku pergi.. hahaha.. banyak sangat belanja kat LAKI tak jadi kot? hahaha ..lepas ni belanja untuk diri sendiri.. bak kata seseorang tuh, nak kaya sometimes kena jadi kedekut.. kekeke

Ice skating Sunway Pyramid 243

— Dia bukan LAKI to be aku, dia kawan aku.. Alif F-Secure.. dah ada awex.. Sekarang awex kat oversea.. jgn marah ye… Hehe.. Nak cakap, New branding travel blog. Sekecil zarah boleh jadi cerita untuk permulaan… =)

#itu je kot aku boleh sembang.. So konklusinya, hang tak tunjuk muka ka, hang tunjuk muka ka, sama ja.. janji hang pandai lalu celah celah untuk korek duit tuh. Kalau hang tak tunjuk muka, cari la kut celah batu, kalau hang tunjuk muka, cari la kut lautan. Eh, aku tak tau peribahasa apa aku pakai.. Yang pasti, kalau pandai celah mana pon hang pergi, pasti dapat jana duit… kan blogger?


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

29 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge