Assalamualaikum..

iqram dinzly terasa hati dengan jalan jalan cari makan

Qi Razali atau Iqram Dinzly yang sesuai jadi pengacara Jalan Jalan cari makan? Bagi aku la kan, aku lebih suka Iqram Dinzly.. Iqram lebih sempoi dalam jalan jalan cari makan..

Tapi pihak produksi yang menerbitkan JJCM nak kan Qi Razali semua sebagai pengacara Jalan Jalan Cari Makan.. dikatakan sebelum ni Iqran Dinzly hanya lah pengganti sementara..

Tetapi di’sebalik keputusan mereka, Iqram Dinzly mengakui yang beliau terasa hati dengan apa yang terjadi — semua pengorbanan beliau untuk program itu seolah olah di’pandang hanya sebelah mata. Mungkin harapan Iqram Dinzly tinggi untuk Jalan jalan cari makan..

“Saya terasa dengan keputusan itu dan saya memang merajuk dengan mereka. Saya sanggup tolak tawaran berlakon kerana mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada program terbabit”

“Tiba-tiba, lagi dua episod sebelum musim itu berakhir, saya diberitahu tidak lagi akan mengendalikan program itu,” luah Iqram Dinzly.

“Ada juga saya bertanya pada mereka kenapa khidmat saya ditamatkan? Kalau nak kata saya gagal mengendalikannya, saya banyak mendapat maklum balas positif daripada penonton, peminat dan golongan VIP”

“Bagaimanapun alasan diberikan, pemilihan Qi dibuat atas dasar kehendak penaja & konsep kali ini memerlukan pengacara berlakon. Jika itu alasan mereka, saya terima saja,” tambahnya lagi.

#apa kata korang? korang lebih suka Iqram Dinzly atau Qi Razali sebagai pengaca Jalan Jalan Cari Makan??

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge