i & Lifestyle

Info Tahi Bintang, Terkini 1000 Cedera di Russia kerana Tahi Bintang

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum..

Semalam dikatakan lebih 400 orang yang cedera akibat dari jatuhnya tahi bintang atau di kenali sebagai meteor di Russia.. Kemudian pada sebelah malam dikatakan pula angka mencecah 950 orang.. dan kini lebih kurang 1000 orang cedera akibat tahi bintang yang terjatuh di Russia itu.. 

 

Anda tahu mengenai info tahi bintang? Kalau tak tahu, meh kita baca sikit mengenai info Tahi Bintang, sebelum ke berita tahi bintang di Russia semalam..

Sedikit info Tahi Bintang

* Tahi bintang adalah ketulan batu dari angkasa yang masuk ke atmosfera bumi
* Tahi bintang biasanya mencapai kelajuan 30,000 kilometer sejam
* Tahi bintang yang lebih kecil biasanya lepasi atmosfera bumi lima hingga 10 kali setahun
* Tahi bintang besar yang jatuh ke bumi biasanya berlaku setiap lima tahun
* Tahi bintang yang terakhir berlaku pada 2008 apabila ia meletup di Sudan tetapi tiada siapa cedera
* Tahi bintang yang dijual mempunyai nilai sehingga AS$670 (RM2,010) satu gram
* Bertanggungjawab atas kepupusan dinosaur 66 juta tahun lalu
* 20,000 petugas kecemasan ditempatkan di kawasan kejadian untuk bantu penduduk

 

Tahi bintang selaju 54,000 kilometer sejam meletup di udara

Moscow: Sekurang-kurangnya 1,000 orang cedera selepas tahi bintang seberat 11 tan melalui kawasan pergunungan Ural, Russia, awal semalam.Tahi bintang itu mempunyai kelajuan 54,000 kilometer sejam dan meletup pada ketinggian 30 hingga 50 kilometer di udara, kata Akademi Sains Russia.

Letupan itu menyebabkan kaca pecah di banyak tempat, kata Kementerian Kecemasan Russia yang mengesahkan 34 orang terus dirawat di hospital, tiga daripada mereka parah.

“Penduduk panik. Mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Semua orang mengunjungi jiran terdekat untuk memastikan sama ada mereka selamat,” kata Sergey Hametov, penduduk daerah Chelyabinsk, 1500 kilometer ke timur Moscow, bandar terbesar di kawasan kejadian.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Letusan besar

“Kami nampak satu letusan besar cahaya dan keluar rumah untuk menentukan apa sebenarnya berlaku dan dengar bunyi dentuman kuat,” katanya lagi. Seorang lagi penduduk Chelyabinsk, Valya Kazakov, berkata ada juga beberapa wanita tua dekat rumahnya mula menangis kerana percaya dunia kiamat.

Ada juga beberapa serpihan tahi bintang itu jatuh di sebuah empangan di luar bandar Cherbakul, kata pejabat gabenor wilayah yang dipetik agensi berita ITAR-Tass. Tidak diketahui sama ada penduduk terkena serpihan tahi bintang itu.
Agensi berita itu juga memetik jurucakap tentera, Yarslavl Roshupkin sebagai berkata, pihaknya menemui sebuah lubang besar enam meter lebar di tempat beberapa serpihan mengenai bumi.

Bunyi sonik

Tahi bintang biasanya akan mengeluarkan bunyi sonik ketika masuk ke atmosfera kerana bergerak melebihi kelajuan bunyi. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Vodim Kolesnikov berkata, bumbung sebuah kilang juga roboh.

Beberapa laporan juga bercanggah dengan apa yang berrlaku. Jurucakap Kementerian Kecemasan Irina Rossius, berkata ada beberapa tahi bintang jatuh ke bumi manakala seorang lagi jurucakap, Elena Smirnikh, dipetik agensi berita Interfax sebagai berkata bahawa hanya satu tahi bintang dilihat. – AP

#sumber : info Tahi Bintang

#

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network