i & Lifestyle

Info Duit Syiling Berwarna Sempena Hari Malaysia

duit syiling berwarna sempena hari malaysia ke 50
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Untuk pengumpul duit syiling pasti ini merupakan berita gembira buat korang kan.. Sebagai peringatan sempena Hari Malaysia tahun ni yang ke 50, satu keluaran baru duit syiling berwarna akan di terbirkan oleh Bank Negara Malaysia BNM dan akan dijual 17 September 2013.

Ada 3 jenis duit syiling berwarna yang akan di jual Sempena Hari Malaysia

a) Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) ini adalah duit syiling berwarna pertama dikeluarkan oleh BNM. Pada bahagian hadapan duit syiling ini terdapat imej berwarna Jalur Gemilang. diperbuat daripada logam Perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini RM10 dan dijual pada harga RM200 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.

b) Dalam masa yang sama, sebanyak 750 keping duit syiling Peringatan Emas (pruf) yang di perbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 turut di terbitkan.

Oleh kerana berat setiap keping duit syiling berkenaan adalah 7.69 gram, maka, nilai muka duit syiling tersebut adalah RM100. So akan dijual pada harga Rm1,800 sekeping.. Fuyyooo!!.. Boleh tahan harga..

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

c) Turut diterbitkan 25,000 keping Duit Syiling Peringatan Emas Nordic dengan nilai muka duit syiling RM1 yang akan dijual pada harga RM10 sekeping.

So untuk mereka yang berminat nak beli, korang boleh beli dalam set.. iaitu

a) Set 3 dalam 1 (RM2,100 – ada 500 set SAHAJA) dengan set 2 dalam 1 (RM250 – 1,000 set SAHAJA)  yang mengandungi  mengandungi duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic pruf ;

b) Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pruf.

Kat mana nak beli duit syiling berwarna ni? Duit syiling ni akan mula dijual hari ini dan boleh di beli di MUZIUM dan Galeri Bank Negara Malaysia (MAG di Sasana Kijang. dan juga di Pejabat BNM Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

#

About the author

3 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network