Assalamualaikum..

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha..

Hukum membawa balik tanah atau batu dari Tanah haram.. baru je tengok rancangan Wukuf di Arafah di tv Al Hijrah.. Ada sebut mengenai membawa pulang tanah dan batu dari Tanah Haram.. Terus saya google untuk dapatkan info lanjut.

My mom cakap, kalau terbawa balik tanah atau batu perlu hantar balik ke tanah haram. Boleh dihantar melalui kiriman kepada orang lain, atau pos,.. Kalau kat Terengganu tak silap boleh kirim kan kepada Maidam.

Satu ulasan saya jumpa dari Halaqah . net mengenai perkara ini..

———————————————-//—————————————

Kembali kepada persoalan hukum bagi yang mengeluarkan batu atau tanah haram dan membawa pulang ke tanah halal (samada negaranya atau mana-mana tempat) dengan secara sengaja mahupun tidak. Apakah hukumnya?

Pertamanya sebagai makluman, Muzdalifah dan Mina adalah termasuk dalam tanah haram. Adapun Arafah ianya adalah tanah halal. Imam an-Nawawi berkata; “Ketahuilah bahawa Muzdalifah keseluruhannya adalah dalam kawasan tanah haram”. Lihat Syarah Soheh Muslim 8/187.

Yang kedua;

Tidak sepatutnya bagi seseorang individu membawa keluar mana-mana kesan (batu, tanah atau yang seumpamanya) daripada mekah ataupun madinah kerana ini memberi komplikasi negetif kepada akidah. Mungkin seseorang akan menyangka bahawa kesan-kesan tersebut akan memberi manfaat ataupun mengagungkan kesan-kesan tersebut. Syariah islam telah menutup segala macam pintu yang memungkinkan kepada kesyirikan dan segala macam bentuk khurafat dan bidaah. Sekiranya yang dibawa keluar itu adalah air zam-zam, ini adalah suatu yang harus kerana telah datang perbuatan tersebut daripada Nabi dan para sahabat. Selain itu Nabi memberi tahu bahawa air zam-zam adalah air yang barakah. Ianya mengandungi penawar dengan izin Allah.

Yang ketiga;

Ulama telah berselisih pendapat dalam masalah membawa keluar kesan-kesan ini daripada tanah haram ke tanah halal kepada tiga pendapat.

  1.  Hukumnya adalah harus. Ini adalah Mazhab Hanafi dengan hujah tiada pengharaman nas yang jelas terhadap perkara ini
  2. Makruh. Merupakan pendapat sebahagian ulama Syafie.
  3. Haram. Pendapat Imam Syafie dan jumhur ulama Syafieyyah.

Khilaf yang wujud dikalangan ulama seperti yang di atas, hanyalah jika kesan-kesan tersebut dikeluarkan dari tanah haram (saja-saja) sebagai kenang-kenangan sebagai contoh. Adapun jika dengan tujuan untuk mengambil berkat dan mengangungkannya hukumnya adalah haram.

Imam Syafie berkata; “Tiada kebaikan mengeluarkan batu daripada tanah haram, begitu juga tanahnya (tanah haram) keluar ke tanah halal. Kerana tanah haram ada kehormatannya yang telah thabit (tetap) yang jelas berbeza dengan tempat-tempat yang lain. Aku tidak melihat – Walahu a’lam- keharusan bagi seseorang untuk menghapuskannya (kehormatan haram) daripada tanah haram yang jelas berbeza dengan tempat-tempat lain sehingga disamakan”. Lihat al-Umm 7/155.

Dalam Mausu’ah al-Feqhiyyah 17/195; “Sesiapa yang mengambil tanah haram dan membawanya keluar maka hendaklah dia memohon keampuanan kepada Allah kemudian hendaklah dia memulangkannya ke mana-tempat di tanah haram sekiranya mampu. Tidak wajid memulangkannya sendiri bahkan boleh jika mewakilkan mana-mana orang yang dipercayainya untuk memulangkannya. Jika kedua-keduanya inipun tidak mampu maka hendaklah dia meletakkan batu atau tanah tadi ditempat yang suci. Sesungguhny Allah berfirman uang bermaksud; “Allah tidak mentaklifkan seseorang itu diluar batas kemampuannya)) al-Baqarah : 286.

Imam an-Nawawi telah menaqalkan pendapat Imam al-Mawardi dan bersetuju dengan pendapat Imam Mawardi; “Maka jika dia mengeluarkan batu daripada tanah haram ataupun tanahnya, hendaklah dia memulangkannaya kembali ke tempatnya atau mengembalikannya ke tanah haram”. Lihat al-Majmuk 7/460.

Wallahu A’lam.

Sumber : Halaqah.net
Kredit Gambar : Rah1mah

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge