i & Lifestyle

Honeymoon Package – Bali Menjadi Impian

Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum…

Ramai yang mencari Honeymoon package di google memandangkan sekarang hujung tahun dah makin dekat nak cuti sekolah, masa ni la ramai yang ambil peluang untuk pergi honeymoon. Saya? Ok belum kahwin lagi.. Tapi saya pun ada impian honeymoon package yang saya nak…Ye la,  Impian seorang wanita adalah kahwin dan honeymoon luar negara… hahaha.. tinggi impian…. Lakinya tak tau lagi siapa.. hikhikhik.. tunggu dan lihat saja la.. So,

Bali, Destinasi Pilihan Saya untuk Honeymoon

Kenapa saya pilih Bali? ..

Bali terkenal dengan pulau utama yang berada di  hujung barat daripada Lesser Sunda Islands, terletak di antara Jawa ke barat dan Lombok ke timur. Selain itu, sekitar Bali dikelilingi dengan pulau-pulau kecil yang cantik.

Bali juga merupakan destinasi pelancongan yang terbesar di Indonsia dan terkenal dengan seni yang sangat maju, termasuk tarian tradisional dan moden, ukiran, lukisan, kulit, logam, dan muzik. Bali juga dikatakan sebagai syurga pelancong selama beberapa dekad, pelancong meningkat setiap tahun kerana keindahannya yang di katakan sesuai untuk berbulan madu.

When your friend said……

——————————————–♥—————————————

” Teruja sangat-sangat nak candle light dinner dengan suami. Bila sampai di kawasan pantai terus terjah ke meja tepi pantai. ” – Fatin Nadhirah

Ramai yang impikan candle light dinner yang romantik.. termasuk la saya.. bila tengok gambar-gambar yang di kongsikan seorang blogger membuatkan saya rasa teringin.. Ahh.. romantiknyaaa… Tapi pasti ramai jugak yang cakap, ala candle light dinner kat Malaysia pun boleh. Bagi saya memang la.. tapi kalau ada peluang ke Bali apa salahnya.. Menikmati panaroma ciptaan Tuhan bersama yang tersayang sambil beromantika di tepi pantai.. hehehehe…Cuba tengok gambar depa ni..

Hmm… jauhnya berangan sekali … hahaha… (,”)

” Tempat ni wajib yer pergi, nama tempat ni Jimbaran, sepanjang pantai memang kedai seafood yang khas untuk candle light dinner yang memang menghadap pantai.”

——————————————–♥—————————————

“Make sure pergi aktiviti kebudayaan di Bali terutama pergi di suasana Tanah Lot dan saksikan persembahan kecak dance, sangat menarik!!!, ”  – Nurul Harnani Kasmari

Pergi ke negara orang adalah peluang untuk kita tengok aktiviti kebudayaan mereka. Itu kebiasaannya menjadi perkara wajib bagi pelancong. Merasai sendiri di depan mata. Sebelum ni dah pergi Korea bersama rakan-rakan, peluang yang di berikan oleh Universiti untuk merasa berada di negara orang.. berpeluang memakai baju tradisional Korea.

Tapi kali ini kalau berpeluang ke Bali ia destinasi kedua saya ke luar negara dan pertama kali bersama tersayang. Satu dengan kawan kawan, satu dengan tersayang.. Kiranya fair-la kan. (,”) Hihihi.. Kebiasaannya pergi dengan rakan-rakan tak sama dengan pergi dengan yang tersayang..  Dulu pernah la juga berangan dan plan nak pergi Bali, Indonesia,.ye la, berkawan dengan kaki “I am Nikon” ni mereka memang kaki jalan almaklumla nak shoot pemandangan yang cantik. . Tapi masih tidak berpeluang..

Menurut Nurul Harnani kecak dance sangat menarik. Melihat sendiri depan mata itu lebih bererti selain dari membaca kisah rakan-rakan. Beberapa gambar yang amat menarik saya jumpa di google dan sangat mengujakan saya untuk berbulan madu di Bali, Indonesia..

– Gambar dari Navinsarma Photography

— Gambar dari Neena Anuar

— Gambar dari Bali Tour

——————————————–♥—————————————

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

 “Dreamland kawasannya sangatlah cantik, pantai yang kami pernah tengok paling cantik dengan mata kepala sendiri, air yang biru kejernihan, Subhanallah! Sure terpegun!”  – Fatin Nadhirah

Bila saya sendiri search di google gambar Bali, apa yang saya nampak dan jelas muncul di paparan adalah sebuah pulau yang cantik, mempunyai air yang jernih dan kebiruan. Ini memang betul-betul tarikan buat saya dan juga mungkin buat anda. Rata-rata yang minat melancong akan terus ke Dreamland untuk menikmati pandangan pantai yang cantik.

Subhanallah! sungguh cantik. Kuasa Tuhan.. Kalau anda yang tak pernah tengok keindahan secantik ni macam saya yang jarang tahu mengenai geografi dunia, pertama kali tengok terus jatuh hati… Memang patot di gelar Dreamland..

Sedikit info yang saya temui, pantai Dreamland juga dikenali sebagai Pantai New Kuta yang terletak di semenanjung Bukit, di pulau Bali, Indonesia. Pantai Dreamland adalah tapak  dimana Pecatu Graha gagal dalam pembangunan yang dirancang oleh Tommy Suharto, anak bongsu bekas Presiden Suharto. Pada 2008 ini adalah  tapak bangunan yang aktif dengan semua Warung sebelumnya ia dibangunkan dengan hotel.

Gambar yang menarik ramai pelancong ke Bali.. this is Dreamland!!

— Gambar dari View Bali

— Gambar dari Indonesia Travel

— Gambar dari Indonesia Travel

 ——————————————–♥—————————————

“Kami singgah makan tengahari dengan masakan tradisional Bali yang menurut Putu adalah halal. Beliau mencadangkan kami makan Ayam Betutu Gilimanuk. Ayam ini digoreng atau dipanggang dengan menggunakan rempah-ratus tertentu. Ia dimakan dengan Pelecing Kangkung, kacang dan sambal matah. Sedap Jugak!!” – Nota  Kembara

Mencuba makanan tradisiona Bali menjadi perkara wajib bagi mereka yang pergi ke Bali.. Nampak macam sedap.. Tapi bila Nota Kembara menikmatinya di Bali, katanya memang sedap!.. phewww.. telan air liuq.. Haha.. Teringin juga nak merasa kan, lagi lagi bila dikata  Ayam Betutu ni Halal dikedai kedai yang ada Halal.. Sebab dekat Bali 80% beragama hindu.

“Sate lilit adalah isi ikan hancur berempah yang di’lilit’ di sekitar batang serai dan dibakar. Harus try ya.” – EzrylPark

honeymoon package makanan halal bali

— Nasi campur dan juga Ayam Betutu

honeymoon package makanan halal bali 2

— Nasi Jinggo dan Sate Lilit

Sumber gambar dari bali.panduanwisata.com dan FikHanza

Dah habis berangan? Feeling feeling honeymoon? hahaha.. Bestkan kalau dapat pergi Honeymoon ke Bali.. InsyaAllah, suatu hari nanti kalau ada rezeki, sampai la kita ke sana.. ye dak?

Kalau saya dapat menang contest Honeymoon Package Bali ni.. Syukur Alhamdulillah.. Kalau tak dapat, maknanya tiada rezeki la tuh… kan?? Thanz to Tareeq Al Jannah and iLuvTour.com because organizing this contest as an opportunity our Dream Come True..

#

About the author

6 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network