i & Produk

Honda Civic Hybrid Test Drive | Full Review

Honda Civic Full Review
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum.. Lebih kurang seminggu lepas, aku diberi peluang untuk test drive Honda Civic  bersama rakan rakan blogger yang lain.  Ada 4 jenis Honda civic yang di berikan kepada kami iaitu :

  • – Civic 1.8S
  • – Civic 2.0S
  • – Civic 2.0 Navi
  • – Civic Hybrid

Kumpulan aku yang terdiri dari Denaihati  dan Gnesop.  Kami di berikan Honda Civic Hybrid 1.5L untuk test drive.

Aku mula mula dah aim untuk merasa Honda Civic Hybrid sebab along aku pakai Honda Civic 2.0. Aku boleh kata, dalam banyak banyak kereta kat rumah ni, memang aku suka naik Honda Civic along aku, sebab rasa ringan gila stereng dan smooth je. Kalau balik Terengganu dengan abang aku, kat highway Karak la paling best.. Bila tukar turn aku bawak,  sedar sedar aje ada orang sebelah bunyi “Kakna, slow sikit.. laju sangat tuh”.. hahahahha… aku perasan, masa tuh dah sampai 170km/j.. tapi aku wat relax je.. haha nasib la along, bagi adikmu ini bawak kereta.. hehe

Sepanjang sehari kami di Honda Civic Test Drive, kami diberi peluang bawa Honda Civic naik bukit, jalan berliku, tanah tak rata di Rawang sebelum melakukan latihan VSA dan ABS which aku tak pernah tahu pun semua ni dalam kerata abang aku.. Hahaha..

CivicBloggerDrive100

 Tepat pukul 2.40 petang kami di lepaskan untuk menuju ke Rawang sebelum berhenti di Desa Park City. Aku sebenarnya saje je taknak jadi pemandu pertama dan kedua, sebab aku dah pernah pandu Honda Civic, so bagi la peluang kepada Gnesop menjadi driver pertama sebelum membuat pertukaran pemandu di Hentian Sg. Buloh dan Anarm menjadi pemandu kedua..

Honda Civic Hybrid 

Nak kata betapa bestnya Honda Civic  ni, semasa Anarm ambil alih memandu di kawasan bukit, tanah tak rata dan jalan berliku, rilex je Gnesop tidur.. Selesa sangat duduk belakang agaknya.. Haha..

Honda Civic Test Drive

Bila sampai turn aku untuk jadi pemandu untuk menuju ke Desa Park City, first time aku terasa pelik bila mana Honda Civic berhenti di traffic light, dia auto stop. Tiada bunyi enjin, ibarat aku tak start enjin kereta.  Rupa-rupanya tuh di panggil ECO Assist function. Itu kelebihan Honda Civic berbanding kereta lain. Dengan fungsi ECO, enjin kereta dan bateri akan di seimbangkan dan berfungsi untuk membantu pencapaian bahan api yang terbaik dalam jangka masa yang panjang. Dalam masa yang sama, pemilik Honda Civic dapat jimatkan kos untuk petrol!..

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Patot la abang aku beli Honda Civic,..bila hujung minggu aku call tanya ada kat mana..  “Ada kat Perlis” “Ada kat Kelantan” “Ada kat Temerloh”.. patotla, minyak saving banyak..

Latihan VSA dan ABS

Bila sampai di Desa Park City, sangat teruja sebab kami diberi peluang untuk membuat latihan VSA, ABS dan juga Slalom Test.. Slalom test yang di berikan membuatkan aku rasa terketar ketar kaki sebab ia adalah satu pertandingan. Tapi nak buat macam mana, tak reti nak jadi drifter, setakat break pakai break kaki, macam mana nak cepat kan? hahaha..

Tapi aku tak langgar satu kon pun, termasuklah bila di letakkan kon kiri dan kanan.. . Makna kata, aku berjaya atasi ketakutan jalan raya kecil bila pandu kereta besar..  hahaha.. ops Azfar Roslan apa cerita? eh

Meh nak bagitau info sikit pasal VSA dan ABS..

Vehicle Stability Assist™ (VSA) adalah untuk memberi stability sepenuhnya kepada pemandu Honda Civic bila berlaku unstability. Bila pemandu On VSA, sekiranya berlaku unstability, Honda Civic akan kesan secara automatic dan mengambil alih braking system supaya Honda Civic kembali stabil.

Anti-lock braking system (ABS) with Brake Assist, memberi kelebihan kepada kenderaan di mana, ia masih boleh mengelak dari halangan walaupun break di tekan secara penuh.

Untuk melihat bagaimana VSA dan ABS berfungsi, boleh tengok video di bawah..

_DSC0284

-- Segala button yang ada, yang tak pernah aku ambil tahu.. Sekarang sangat berguna!

— Segala button yang ada, yang tak pernah aku ambil tahu.. Sekarang sangat berguna!

-- Like it the most.. !

— Like it the most.. !

Apa aku boleh kata untuk Honda Civic, kereta yang banyak kelebihan..   Stereng dia ringan, break system ok, ada VSA dan ABS, serta Eco System terbaik!! Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Honda Civic dan juga Facebook Honda Malaysia

-- Honda Civic, Power Of Dream.. Dream come true, nanti ada yang beli lagi satu.. =)

— Honda Civic, Power Of Dream..nanti ada yang beli lagi satu.. =)

p/s: Honda Civic luar biasa bagi along aku, sebab tuh dia dah tak bagi aku naik dah Honda Civic dia kat Kuala Lumpur.. Calar balar bila dapat kat aku.. hahahaha

#

About the author

19 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network