Kali ni nak share, hikmah sedekah melalui pemerhatian saya sebagai seorang anak. Saya ni seorang pemerhati. memang selalu memerhati dari dulu.

Cerita ni bukan nak bermegah. Cuma just nak share, kenapa murah sangat rezeki papa walaupun, pernah kena tipu dengan nilai yang banyak..

1) BERSEDEKAH DENGAN TABUNG MASJID

Masa kecil, setiap kali sembahyang jumaat, papa mesti akan bagi duit dekat abang-abang. Setiap sorang akan dapat duit. Dan akan masukkan dalam tabung masjid.

Mungkin nak mengajar mereka bersedekah. Bila ingat balik, sekarang dh besar. Kita pun dah pergi masjid sendiri. Yang perempuan mesti ada singgah sekali sekali. tapi teringat, bila last masukkan duit dalam tabung? Allah. terasa macam saya lupa apa yang papa pernah ajar secara halus melalui abang-abang saya.

Lepas ni boleh start balik la. Sedekah dekat masjid bila singgah… nanti bila ada anak, ajar anak2 perkara yang sama. Bila ada suami, minta suami buat benda yang sama.

Tak kira la nilai sebesar mana pun.

2) TIDAK BERKIRA DENGAN ANAK-ANAK

Setiap kali saya bangun tidur, mesti dah ada makanan atas meja. Dari kecil, sampai aku dh menetap kat ganu ni, masih lagi bangun tidur ada nasi atas meja. Tunggu masa nak ngap je..

Macam tu la juga kalau papa keluar. Kalau dia nak balik, mesti dia akan call dulu, nak makan apa-apa tak? mesti akan bawak makanan sblm balik.

Kadang-kadang hari hari ada makanan luar.. tak pernah berkira mengembirakan anak2. Tak pernah berkira bila anak-anak nak makan apa2.

Saya pulak jeles.. no wonder adik saya yang kat Nilai dulu nak menetap di Terengganu. Nak makan apa, semua dapat. Bahagia betul dia.

3) TOLONG SEDARA

Papa dulu susah. Bila kita pernah susah, kita tahu mcm mana orang lain bila susah. Bila ada sedara yang susah atau kenalan yang susah, memang papa tak segan nak bagi.

Sampai sekarang, papa masih bagi perbelanjaan dekat anak2 sedara yang susah. lagi lagi kalau nak masuk sekolah. Banyak guna duit.

Sapa nak tolong, kalau bukan sedara sendiri.. kan?

Lepas di fikir-fikir. Ini la sebab papa selalu murah rezeki.. banyak memberi. Ye la, kadang kita dengan family pun berkira. Amalkan ini, insyaAllah ada hikmah sedekah.

 

Jadi yang rasa rezeki dia sempit, mungkin dah boleh start buat ni.

1 2 dan 3..? aku hanya mampu buat 3.. 1 aku terlupa… 2 aku tak kahwin lagi πŸ˜…

Untuk bakal suami tak tahu sapa, baca la ni.. :p..

pssst : saya share ni, sebab hari ni harijadi Papa saya.. Selamat hari lahir papa.. πŸ™‚ hadiah papa tahun ni, kakna dah balik Terengganu..

 

Hadiah lain? semoga dapat menantu tahun ni. Tak pun tahun depan.. :p

 

13 thoughts on “Hikmah Sedekah – Cara Seorang Ayah Ajar Bersedekah & Rezeki Murah

  1. Suria Amanda says:

    Abah SA hari2 sedekah nasi kat burung merpati blkg rumah..burung tu plak mmg dh jadi kebiasaan dan ikut time pepagi mesti serbu umah SA..sedekah makanan pada kucing..kan? Pas tu SA dh start ajar anak tolong org2 yg mintak sedekah..x kira la ada sindiket ke tak..janji tiap kali jumpa bg sedekah walau x banyak…power of sedekah kan..

  2. emi says:

    Betul tu norfa. Mendidik dgn cara tunjukkan contoh yg baik. Kitorg klu lalu kat mana2 then tgk ada org susah yg duduk kaki lima tu, kitorg akan bg duit dekat anak2/anak2 buah mintak dorg bagi sendiri dekat org susah tu. Lepas tu biasanya dorg akan tanya tu siapa, kenapa kena bg duit. Explain la betul2 tentang konsep sedekah & membantu org susah. InshaAllah lebih meresap ke jiwa.
    emi recently posted..Escape With Traveloka – Percutian Singkat 2 Hari 1 Malam bersama The Butterfly ProjectsMy Profile

  3. TENGKUBUTANG says:

    TB teringat arwah pakcik sorang tu.. selalu ingatkan TB bersedekah dengan gaju yang TB terima masa kenaikan gaji time kerja dulu.. katanya tak poerlu banyak.. sikit pun boleh asal ikhlas.. ibarat macam berbahagi rezeki.. Tapi pakcik tu dah tiada.. TB pun dah berhenti kerja.. kalau masih bekerja.. insyaAllah nilai2 tu TB teruskan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge