i & Lifestyle

Hari Malaysia : Dimanakah kita?

Hari-Malaysia-16-September-2014
Written by Norfanil

Assalamualaikum.

Hari Malaysia. Dimanakah kita?

Secara jujur, aku tak pernah sambut hari Malaysia sepanjang wujudnya Hari Malaysia. Memang tak ada la patriotik day yang aku lakukan. Cuti, tidur. Hehe..

Tapi tahun ni banyak kes yang berlaku, sebab tuh aku tajukkan entry aku ni Dimanakah kita?

Kehilangan MH370 & MH17

Ramai betul yang suka buat spekulasi.
Ramai betul yang suka berkata tanpa fakta.

Keluarga mereka yang merasa.
Kita saudara se Malaysia pulak jenis laju cari bala.
Tak fikir ke apa yang mereka rasa.
Berdiam dan berdoa untuk mereka lebih baik dari mengguris hati mereka dengan cerita tak pasti.

Dimanakah kita bila berita itu disiarkan?
Di depan tv?
Di hadapan blog?
Di hadapan facebook?
Di hadapan twitter?
atau di tikar sejadah? Mendoakan ketabahan mereka yang hadapi kehilangan ini

Sebagai rakyat malaysia, untuk memberi komen tentang apa yang terjadi, kalau kita bukan dari kalangan mereka, tak perlu nak komen banyak. Kalau nak baca spekulasi , boleh. Tak ada halangan tapi lepas baca diam. Itu lebih baik. Kalau nak share pon, share la tanpa sebarang caption. Nanti orang lain pula anggap ko suka buat spekulasi.

UPSR 2014 bocor

Kecoh 1Malaysia kes kebocoran soalan UPSR 2014 untuk subjek Bahasa Inggeris dan Sains. Aku terbaca respons seorang bapa mengenai kes ini. Sangat setuju dengan apa yang dilontarkan oleh beliau.

Antara keypoint yang ditulis adalah:

  • Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan anak-anak untuk lulus cemerlang.
  • Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan “straight A”.
  • Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara ‘natural” seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya.
  • Maknanya kejayaan bukan di sekolah, tetapi di dalam diri mereka sendiri. Mereka yang mengurus kejayaan dengan bimbingan dan sokongan kita sebagai ibubapanya.
  • Namun begitu, kelihatan anak saya rileks dan santai sahaja. Sebabnya tiada apa-apa tekanan dari kami sebagai ibubapa kepadanya. Kami biarkan dia membesar dengan dunia kanak-kanaknya tanpa dirampas dengan meletakkan harapan yang menggunung tingginya. Sedangkan dia hanya seorang kanak-kanak.
  • Baca penuh di Kisah Kita

Suka nya kalau aku jadi anak kepada pakcik ni. Tak perlu bimbang dengan UPSR anak-anak. Malah rela membiarkan anak merasai zaman kanak-kanak seperti dulu kala.

Sempena Hari Malaysia, alangkah bagus nya kalau kita buka minda kita. Dimana kita sekarang? pasti datang asalnya dari perkara yang kita lakukan dulu.

Kalau dulu semasa kita kanak-kanak, ibu bapa kita boleh biarkan anak-anak kita bermain longkang, bermain sampai baju kotor, kenapa kita tidak?

Itu adalah zaman mereka, zaman kita sewaktu kanak-kanak dah berlalu. Dan kita perlu biarkan mereka merasainya.

Tapi perlu berhati-hati jugak la. Ini zaman kes culik berleluasa.

 

Selamat Hari Malaysia. Jangan kecilkan kotak pemikiran anda.

 


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge