Gulai Ikan Aya Nasi Dagang 3
Gulai Ikan Aya Nasi Dagang 3

Hi,

Gulai Ikan Aya Nasi Dagang, sememangnya bukan mudah nak buat. Hari raya haji yang lepas saya buat lagi sekali dengan mama. Erm. Resepi yang sama tapi rasa lain.

Memang biasa kalau resepi sama tapi rasa lain sebab masing-masing punya cara masakan berbeza. Selain tu keperluan untuk setiap bahan masak juga lain.

Ada beberapa sebab kenapa terjadinya rasa yang lain.

Sebagai contoh saya bagi resepi untuk Gulai Ikan Aya untuk Nasi Dagang.

  • Nak buat gulai ikan aya untuk nasi dagang, santan kena masak sehingga naik minyak. Salah masak boleh menyebabkan santan berketul. Bila makan dengan nasi tak sedap.
  • Rempah tak masak lama dan tak garing. Kata tok cik nak masak gulai ikan aya, rempah kena masak lama. Kasi dia garing. Kalau tak masak lama rasa dia tak berapa sedap.
  • Asam keping jangan terlampau banyak. Terlebih asam keping buatkan kuah gulai ikan aya rasa masam. Saya rasa ini sebab kenapa saya tak gemar nasi dagang selain dari yang dimasak tokcik.
  • Buat nasi dagang bersama gulai ikan aya perlukan kesabaran. Kalau malas baik jangan buat sebab nanti jadi tak sedap langsung. Nak masak gulai makan masa, nak masak nasi pun makan masa. Sebab beras kena rendam 4-5 jam atau semalaman. Gulai masak lama baru sedap.
  • Orang kata kalau kita tak tengok orang masak dan ambil resepi sahaja belum tentu jadi. Ha. Itu atas diri sendiri, kalau terrer gila gila masak tak ada masalah kot. Tapi kalau tak pandai mungkin kena buat banyak kali. Ataupun kena tengok orang buat dulu.
Gulai Ikan Aya Nasi Dagang 1
Gulai Ikan Aya Nasi Dagang.. Nampak sedap kan? Hakikatnya? Tukang makan je tahu

Macam saya. Pernah masak dengan tok cik 3 tahun lepas untuk rumah terbuka. Pukul 3 pagi bangun buat kuah. Memang bekwoh dengan tok cik 2 orang. Orang lain semua tidur hehe.

Memang susah nak masak gulai ikan aya. Kami buat banyak kali adakala menjadi adakala tak menjadi. Frust juga. Walaupun resepi sama dengan yang tertulis di sini, tapi hasilnya tak sama dengan tokcik punya.. aiyokk..

Tak apa la, cuba lagi dan lagi. Kasi pro.

Gulai Ikan Aya Nasi Dagang 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge