Assalamualaikum…

Rasanya dah setahun lebih saya guna GempakBox hosting. Sebelum ni saya pakai Netkl! Memandangkan saya tak mampu nak bayar NetKL dah untuk hosting blog saya dulu. Lagipun sekarang saya kurang aktif berblog personal sebab ada banyak blog lain kena handle.

Tapi saya masih mengharapkan hosting saya boleh tampung trafik yang tinggi kalau ombak rindu melanda. Dan sekarang trafik maintain!

Ingat masa kes soalan peperiksaan UPSR/PMR tahun lepas? Dalam sejarah ia mencatatkan trafik saya lebih dari 40K sehari apabila di post oleh seorang di facebook.

Netkl salah satu hosting yang boleh tampung trafik tinggi, resource limit lebih lebih kurang 2k, tapi disebabkan agak mahal dan penggunaan saya dah kurang, saya terpaksa berhenti pakai netkl.Bagi saya service dan support netkl tetap bagus dari sekarang.. Lepas ni tak dapat dah contact Eddy dan Hishamuddin.. =P.. haha..  Tapi saya punya domain kat sana lagi.

So saya usha dekat Hisyam Nasir pemilik GempakBox setelah di recommended oleh Siti Abdul Rahman dan juga Niq Afnan.

Hosting terbaik Malaysia
Best Ever Traffic blog Norfanil 2013.. 41,463 per day

Apa yang perlu dititik berat apabila memilih hosting sebagai blogger?

1- Limit Resource

Banyak hosting yang saya selidik. Tapi saya ada spesifikasi saya sendiri. Perkara pertama memang saya ambil berat pasal limit resource (kalau beribu orang online dalam 1 masa boleh hidup tak blog?). Itu penting. Saya taknak blog saya down bila traffic mencanak-canak.

Walaupun tak tahu bila traffik blog akan mencanak melambung tinggi, tapi kena bersedia.

2- Disk space

Saya memilih space dulu baru bandwidth. Sebab bandwidth boleh guna Cloudflare untuk kurangkan penggunaan bandwidth.

Disk space ni macam hard disk la. Tempat menyimpan gambar dalam blog, kita panggil disk space. Bukan takat gambar, segala mak nenek yang dimasukkan, semua kat disk space.

3- Bandwidth

Kalau tengok pada package yang diberi di laman web GempakBox, memang pakej bandwidth melebih-lebih. Sejak saya pakai Hosting Terbaik Gempakbox, memang tak pernah habis bandwidth. Penggunaan hanya 20%. Loklak tak loklak. Sebab dia bagi 500GB bandwidth. Gila pakai 500GB Bandwidth? hahaha..

Sekarang, kenapa aku pilih Gempakbox?

Apa yang saya puas hati dengan Hisyam Nasir sendiri, sangat mesra dengan customer. Saya paling suka bila dia tanya.. Apa spec yang saya nak? Berapa bajet saya? Itu maksudnya, flexible. Mudah kalau senang nak negotiate.

Hosting dari gempak box
— INI Tahun 2014. Aku slow slow downgrade, sebab selepas setahun, traffic tak mencanak tinggi sangat tapi traffic maintain dan tak ada masalah down! Ini ‘kawtim’ punya spesifikasi. Lepas ni mungkin downgrade lagi ke Bronze!

Ada setengah hosting provider bila kita tanya, dia mintak kita tengok dekat website dia. Itu je jawapan dia. Kita nak tanya pun macam stuck dalam otak. Tak mesra.

Selama pakai tak ada masalah lagi. Selalu contact pemiliknya dekat Facebook je. Support memang cepat gila. Dan dan dia orang teganu kita.. senang nanti nak gi serbu pejabat dia kalau buat masalah. haha

Sekarang blog Norfanil dot com di kuasakan oleh GempakBox Hosting, Hosting terbaik Malaysia...

Pakej Hosting Terbaik GempakBox.

Hosting Terbaik Malaysia, GempakBox

Murah! Tak caya cuba bandingkan dengan pakej provider lain. Saya dah buat perbandingan semalam. Disebabkan ada client nak buat website, mencari dan survey la hosting lain disebabkan hosting yang biasa pakai ada masalah.

Jadi selidik Gempakbox, ternyata lagi murah!.

Sekarang ramai dah blogger sedar kelebihan pakai Hosting sendiri berbanding Blogger.com, disebabkan kes pertukaran ke blogspot.my haritu.

Jadi kalau anda nak guna Gempakbox, boleh sign up kat sini. Then buat pembelian hosting. Saya cadangkan, permulaan ambil pakej white dulu. Bila tak cukup baru upgrade. Nak ambil pakej silver pon ok! RM120 je.

14 COMMENTS

  1. Sy pun guna NetKL utk domain name, tp skang makin mahal sbb ID Protection dh xfree mcm dulu. Hosting kt NetKL terlalu mahal utk yg blogging suka2 mcm sy.. Nk try GB dulu ok x.. Dia punya subdomain blh unlimited eh??

  2. saya pun ada 1 projek guna GB hosting, nampak gaya macam stabil dan boleh diharap kualiti hosting mereka.
    blog sekarang pakai datakl, rasa macam nak pindah ke GB jugalah nanti sebab nak jimat kos hosting…hehe
    EjamOthman recently posted..Kami Team Spidey.My Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge