Geletek Anak Boleh Menyebabkan Mereka Diserang Sakit Jantung? Jom Baca Penjelasan Ini

Geletek Anak Boleh Menyebabkan Mereka Diserang Sakit Jantung? | Beberapa hari yang lepas tersebar sebuah artikel yang memberi amaran supaya ibu bapa tidak menggeletek kanak-kanak kerana boleh menyebabkan mereka sakit jantung.

Artikel berkenaan menjadi viral apabila ibu bapa mula berkongsi artikel tersebut di sosial medai masing masing. Persoalannya benarkan menggeletak kanak-kanak boleh menyebabkan mereka diserang penyakit jantung?

Adakah ia hanya sekadar Mitos?

Jom kita rungkai.

Saya kongsi post ini sekadar bacaan untuk ibu bapa, bukanlah memberi saranan untuk kita menggeletek anak-anak kita. Tetapi lebih kepada memberi fakta yang sebenar mengenai perkara tersebut.

Beberapa persoalan timbul mengenai post tersebut dan kami akan cuba menjawab.

Ikuti soal jawab di bawah.

1) Kanak-kanak boleh terkena serangan sakit jantung jika kita menggeletek mereka?

Jawapan :

Perlu difahami bahawa serangan sakit jantung yang selalu doktor katakan diistilahkan sebagai ACUTE CORONARY SYNDROME.

Drpd pada perkataan itu adanya istilah ‘coronary’. Coronary artery merupakan saluran darah yg terdapat pada jantung. Jika saluran darah ini mempunyai masalah seperti adanya kolesterol terenap pada dinding saluran darah tersebut dan menyebabkan sumbatan ataupun separa tersumbat, ketika itu barulah kita katakan dia mempunyai serangan sakit jantung ataupun ACUTE CORONARY SYNDROME

Jom baca penerangan oleh pihak Root of Science ini.

Perkara ini jarang berlaku pada kanak-kanak. Ini kerana saluran darah kanak2 selalunya tidak mempunyai kolesterol yang terenap.

2) Dalam post tersebut juga menyatakan bahawa ada seorang kanak-kanak yang menjadi kejang apabila digeletek. Dikatakan itulah serangan sakit jantung

 Jawapan:

Kejang ataupun sawan bukanlah simptom sakit jantung secara amnya. Sakit jantung selalunya melibatkan sakit dada sebelah kiri, boleh jadi sakit ulu hati dan/atau merebak ke tangan sebelah kiri. Ia juga mempunyai lain-lain simptom seperti berdebar-debar, sesak nafas, berpeluh dengan banyak dan beberapa simptom lain. Jarang seseorang yang mempunyai sakit jantung mendapat sawan.

3) Menggeletek orang lain secara berulang kali boleh menyebabkan serangan sakit jantung??

Jawapan:

Serangan sakit jantung(Acute Coronary Syndrome) mempunyai faktor risiko(Risk factor). Sebagai contoh perokok, lelaki, mempunyai kolesterol yang tinggi, kencing manis, darah tinggi dan beberapa perkara lagi. Faktor-faktor inilah yang akan membuatkan seseorang itu boleh terkena serangan sakit jantung.

Kesimpulannya, ternyata disini menggeletek TIDAK menjadi faktor risiko menyebabkan seseorang terkena serangan sakit jantung.

Tapi kalau saja-saja mengejutkan orang nak sakat sampai melatah tu macam mana ye? Faktor atau tak? hmmm

 

Terima kasih kepada Siakap Keli kerana berkongsi artikel ini.

 

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge