Assalamualaikum..

Terengganu dah semakin popular dengan kejadian runtuh-runtuh. Dulu Stadium Baru yang dikenali sebagai “stadium runtuh” dalam kalangan orang tempatan dan juga orang luar sampai ada yang cakap Terengganu kena tukar nama jadi “Terengganu Darul Runtuh”.. adehh.. Aku pun tak tau nak cakap apa sebab semasa kejadian aku berada berhampiran tengah tunggu turn untuk buat latihan lesen memandu. Kecoh orang berlari lari nak tengok apa yang terjadi..

Paling best bila jadi tour guide, terpaksa sebut nama “Stadium Runtuh” sebagai nama baru.. haha.. Secara tak langsung boleh naikkan nama baru. Baik atau tidak untuk Negeri Terengganu? Fikirkan..

Terbaru hari ini, sebuah Masjid di Kampunt Terbauk, Bukit Tunggal Kuala Terengganu yang dikatakan baru siap di bina runtuh jam 2 pagi tadi.

Runtuhan berlaku di bahagian siling. Tiada kemalangan jiwa berlaku dan kerugian akibat runtuhan tuh masih lagi dalam siasatan. Agak agak macam mana kalau ada orang tengah sembahyang? Kenapa boleh jadi runtuhan ni? aku tau orang terengganu mesti tahu serba sedikit kenapa ia terjadi.. Betul tak?

Atau lebih senang kita cakap, mungkin nak cepat siap.. Wallahualam.. Sedikit gambar untuk di kongsi bersama korang  kejadian Masjid Runtuh di Terengganu

 

Sumber gambar Omakkau…

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge