SAYA wanita berumur 21 tahun. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tidak lagi memakai tudung dan menunaikan solat. Saya ingin bertaubat, tetapi akibat pengaruh rakan dan fesyensemasa membuatkan saya tidak dapat meneruskan niat itu.

Dahulunya saya seorang yang gemar bersosial berĀ­sama teman lelaki dan perempuan hingga lewat malam dan berpakaian seksi. Saya takut Allah tidak mengampunkan dosa malah pernah terlanjur beberapa kali.

Saya hanya mampu menunaikan solat, tetapi tidak memakai tudung ke tempat kerja kerana belum bersedia melakukan perubahan diri secara mendadak.

Adakah solat saya diterima kerana tidak bertudung terutama keluar ke tempat kerja?

-GADIS KELIRU, Johor

SOLAT tetap sah apabila ditunaikan menurut rukun dan syaratnya. Islam melihat solat lima waktu sangat penting dalam kehidupan seseorang Muslim dan Muslimah.

Solat itu tiang agama. Orang Islam yang meninggalkan solat dilihat seperti meruntuhkan agama. Solat juga dapat mencegah seseorang dari melakukan perkara keji dan mungkar seperti zina dan pergaulan bebas

Memakai tudung pula sebahagian ajaran Islam bagi mana-mana wanita Islam yang ingin keluar rumah atau bekerja. Memakai tudung dapat menutup aurat atau kecantikan seseorang yang perlu dijaga daripada bukan mahram.

Ia ibarat menjaga barang yang berharga dan ia sudah tentu dijaga rapi. Dengan sebab itu saudari dinasihatkan berubah demi menjaga maruah dan kecantikan diri.

Janganlah kata-kata teman dan rasa malu atau ego menghalang kita daripada menjalankan suruhan Allah. Kita hendaklah belajar untuk tunduk kepada perintah-Nya.

Seterusnya, kita perlu berubah daripada sifat dan perbuatan yang tidak baik kepada yang baik dan mulia. Sememang ia sangat sukar, tetapi membawa kebaikan untuk diri sendiri.

Pergaulan dengan teman yang baik dapat mengubah diri menjadi baik. Meneruskan pergaulan dengan teman liar tidak dapat menolong melakukan perubahan diri.

-Hmetro..