i & Lifestyle

Filem The Kid From The Big Apple Berjaya Buat Penonton Menangis!

The Kid From Big Apple 4
Written by Norfanil

Hi,

Dah lama sangat tak tengok wayang sebab tiada cerita aksi yang best. Tapi kali ni tukar selera tengok cerita Cina. Dulu masa sekolah sharp pukul 6 petang tengok cerita Hong Kong di tv3.

Kali ni tukar tengok filem Cina The Kid From The Big Apple kat wayang, apa yang best cerita ni?

8 Fakta FIlem The Kid From The Big Apple Jadi Kebanggaan.

1. Produksi filem dari Malaysia tapi pelakon-pelakon dari Hong Kong. Pengarah dan penulis skrip dari Malaysia iaitu Jesse Teong dari Three Production!

2. Filem ini di shoot di Malaysia walaupun scene dalam filem di New York, dan China. Sangat membanggakan.

The Kid From Big Apple 2

3. Filem ini mendapat perhatian di Festival Filem Macau, merupakan finalist untuk pertandingan “2014 Hollywood screenplay” dan  “2013 New York screenplay”.

4. Filem yang memenangi 4 Anugerah di Festival Filem Macau,

  • Best Writing Award – The Kid From The Big Apple;
  • Best Newcomers – Sarah Tan;
  • Best Actor;
  • Best Supporting Actress.

The Kid From Big Apple 3

5. Peminat cerita Hong Kong atau Cantonese dulu-dulu mesti kenal dengan pelakon Jessica Hester Hsuan yang merupakan seorang pelakon dalam filem The Kid From The Big Apple. Kali ni Jessica membawa watak sebagai seorang ibu kepada Sarah.

The Kid From Big Apple

6. Sarah Tan pertama kali berlakon filem genre ini. Sebelum ni ada belakon dalam filem seram je.. Dan saya suka slang omputeh Sarah. hehe. Walaupun membesar di luar negara, masih ingat bahasa ibundanya.

7. Filem ini bukan cerita aksi, tapi cerita kehidupan dan budaya rakyat Malaysia. Bagaimana seorang kanak-kanak yang membesar di New York, datang ke Malaysia dan hidup dalam budaya Malaysia. Diterapkan juga isu-isu semasa pada ibu bapa dan kanak-kanak yang lebih suka main handphone! Nilai-nilai murni banyak dalam cerita ni!

The Kid From Big Apple 5

8. Filem ini mampu buat anda ketawa dan menangis dalam 1 masa.. Keluar wayang dengar la orang soksek soksek, tarik hingus. haha Keep it up Three Production! Semua rasa ada! 

Serius nak cakap, cerita ni best gile. Terimbau kenangan masa kecil-kecil dulu dan gelagat mereka sangat mencuit hati. Banyak pengajaran dan bagus kalau ibu bapa bawa anak-anak tengok cerita ni. Cuti sekolah minggu depan kan?

Semoga ada banyak lagi cerita budaya macam ni keluaran Malaysia!

Filem ini akan mula tayangan 10 Mac 2016, di semua pawagam di Malaysia. Tapi tengok tadi di GSC, 8 Mac dah ada tayangan. Selamat menonton!

TRAILER


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge