Baru-baru ni sempat saya pergi ke Majlis Pra-tonton Filem Sniper arahan Pierre Andre di Sunway Pyramid.. Itu pun dapat jemputan dari MIG.

Kalau ikut sinopsis filem SNIPER ni, ia mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Ahmad (Mikael Andre), yang merupakan seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat kerana masalah disiplin. Dan Rafi (Fadhlan Hazim) yang merupakan atlet penembak tepat dan seorang lagi adalah  Jim (Pablo Amirul). Mereka ni bertemu dalam satu permainan diberi nama “Bunuh” yang dicipta oleh seseorang yang tidak dikenali.

Dengan berbekalkan sepucuk sniper rifle dan beberapa butir peluru dari perancang permainan tersebut , mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing. Tak cukup dengan itu, ada mata-mata yang memerhatikan setiap gerak-geri mereka tanpa disedari dan menunggu peluang untuk menghapuskan mereka.

Apa kata aku pasal cerita ni?

Pada aku cerita ni ikutkan boleh jadi best sebab lain dari yang lain. Perancangan membuat game untuk membunuh antara satu sama lain. Sah, yang buat tuh sebenarnya gila.

Tapi ada part yang kurang memuaskan hati aku. Cerita pada awal permulaan agak lost sikit. Tiba tiba aje dah start aksi game “bunuh”. Ditambah dengan pelakonnya  pelakon baru so, aku tengok macam tak best sikit lakonannya.. Tak berapa nak menjadi.

Tambah-tambah sampai lani dalam cerita tuh aku tak tau kenapa si Ahmad yang rancang semua ni. Tak ada flashback dan dialog yang bagitau kenapa dia gila buat permainan bunuh!. SO motif nye memang sah tak jelas.

Cerita ni lambat sikit nak sampai climax. Tapi not that bad la sebab ada lawak-lawak sikit.. Kira boleh la nak tengok..

Korang yang ada masa free tuh boleh la tengok filem ni… Aku bagi 2.5/5 bintang!.. heh…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge