i & Lifestyle

Filem Pilot Cafe & Lirik Lagu Untuk Cinta Hafiz & Adira (OST)

Filem Pilot Cafe dan Lirik Lagu Untuk Cinta OST Pilot Cafe 2
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Filem Pilot Cafe. Aku sebenarnya dah lama sangat tak tengok cerita Melayu dekat wayang. Hehe. Kenapa? Paham-paham je la. Buat prabih duit je. Bukan taknak menyokong, tapi kualiti tak ada.

Nih aku tengok sebab menang game, dapat kupon wayang free. Kawan ajak, so layan aja la.

Aku tak tahu pun Filem Pilot Cafe ni adaptasi dari Novel karya Ahadiat Akashah. Tak pernah baca tapi bila dengar lagu OST Pilot Cafe, boleh tahu ada persamaan dengan Ombak Rindu. Tapi tetap aku suka tengok Pilot Cafe dari Ombak Rindu. Mungkin sebab pelakonnya kot. Heh

Filem Pilot Cafe dan Lirik Lagu Untuk Cinta OST Pilot Cafe

Sinopsis Filem Pilot Cafe : Cakap Tak Serupa Bikin

Kisah dia pasal kehidupan seorang Pilot yang bernama Ameer Reza (Fahrin Ahmad) yang sangat gemar berfoya-foya. Bertukar perempuan sehingga bawak atas katil. Ada yang mengandung disuruh gugurkan. Sehingga la dia berjumpa dengan Sharmila (Neelofa), kekasih hati, tapi sama juga, bila mengandung disuruh gugurkan. Akhirnya Sharmila bawa diri tidak sanggup untuk gugurkan.

Dalam pada tu, Ameer Reza mula tidak keruan apabila Sharmila bawa diri. Sehingga lah kawan rapatnya Captain Harris maut semasa bertugas dan sekaligus buatkan Ameer insaf dan berhenti kerja sebelum membuka Pilot Cafe.

Pertemuan dengan Maya (Izara Aishah) merubah segala-galanya. Akan tetapi kisah silam bersama Rashid (Remy Ishak) menghantui Maya.

Tapi mujur ada Ameer yang sedia insaf bantu Maya untuk teruskan hidup. Tetapi… Cinta bertepuk sebelah tangan..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Kenapa aku tulis “Cakap tak serupa bikin”? Kau orang kena tengok Filem Pilot Cafe. Kami dalam wayang memang gelak bila tengok bab awal-awal. Memang Ameer cakap tak serupa bikin bila nasihat Maya. Haha..

Tapi at the end cerita ni sedih. Sampai satu wayang sunyi sepi. Ada lawak ada sedih, ada gembira, macam -macam. Mujur tak de bunyi teresak-esak. eh..

Aku tak tahu pun lagu OST Pilot Cafe ni sehingga aku dengar semula selepas tengok wayang. Sebenarnya Lagu Untuk Cinta nyanyian Hafiz dan Adira ni menggambarkan segala tentang kisah Filem Pilot Cafe. 😉

Kalau perasan lirik lagu ni pun tidak berulang..

Lirik Lagu Untuk Cinta Hafiz Adira (OST Pilot Cafe)

Kau tunjuk kan aku
Yang memangnya tak pernah tahu
Erti sebenarnya cinta
Dari jiwa
Bukan hanya dari mata


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Kau ajar hatiku
Kasih setulus seikhlasnya
Tak pernah mengalah
Walau kan terpisah
Sedikit pun tak berubah

Namun
Tak kan menjadi milikiku
Cinta bukan tercipta untukku

Tolong jagalah dirinya buat diriku
Jangan biar luka lagi hatinya
Yang amat ku cinta
Yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua kasih dan cinta
Akan ku pendam kan sepanjang nyawa
Hingga tiba masa
Untuk aku bercinta semula

Selamat tinggal kasih
Aku kan pergi bawa diri
Yang telah rela
Dan mengerti oh

Dan di sini saja
Berakhir nya sebuah kisah
Cinta bertepuk sebelah
Terpaksalah
Ku terima
Tentuan-Nya oh

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge