i & Lifestyle

Entry Khas : Selamat hari ibu, mama!

Selamat hari ibu mama tersayang 2
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Selamat hari ibu..

Itu yang saya baca 2 3 hari ni di facebook. Nak bercerita kisah saya yang dulu masa kanak kanak dan remaja sangat sangat susah nak tunjukkan kasih sayang terutama pada mama dan papa.. Saya sendiri tak tahu kenapa. Mungkin masa tuh terasa malu.. pelikkan.. nak bersayang ngan mama papa sendiri pun malu..teringat cerita-cerita dalam novel. “oh sweet nye dapat family macam tuh”.. itu lah yang saya selalu imagine kan..

Masa sekolah dulu ada satu program.. Tak silap saya program khas untuk UPSR. Masa tuh saya dengan kakak saya yang join sebab kakak saya darjah 6 saya darjah 5. Ada satu malam slot berkasih sayang (tak tau nama apa).. Tapi agenda dia, dia panggil ibu bapa kami semua datang.

Malam tuh mama yang datang. Dieorg pasang lagu syahdu (lupa lagu apa) tapi mugkin ada kaitan dengan jasa ibu bapa, sampai masing masing menitik air mata, menangis bersungguh sungguh.. tapi saya sedaya upaya tahan supaya tak menitik air mata. At the end, masing-masing berpelukan, tapi saya macam tak bersungguh sungguh nak peluk mama saya, kes malu.. Mama pulak sungguh-sungguh tarik saya.. haha..

Kami adik beradik pun memang macam tuh. Memang tak nampak dan tak tau nak tunjuk kasih sayang. Sampai saya masuk sekolah menengah baru la nampak berubah sikit. Sebelum masuk sekolah salam dulu ngan mama sambil cium pipi kiri kanan. Masa tuh along saya dah remaja, dia pun buat benda sama. Sehingga masuk matrik. Cuma kami adik beradik salam macam biasa cium tangan..

Sekarang masing masing dah besar, saya rasa masing masing dah tunjuk kasih sayang masing masing. Serius macam tak percaya. Dulu dengan mama je cium pipi, sekarang dengan papa sekali cium pipi.. Bukan papa sahaja dengan along sekali kami cium pipi. Hiikhikhik..

Yang terbaru memang tak sangka, along wish Hari Ibu kat mama macam ni. So sweet. Terharu sangat baca. sebak…

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016
selamat hari ibu mama

selamat hari ibu mama

Terasa sedih juga sebab dulu tak macam ni.. Lebih bahagia sekarang dengan keluarga yang sangat menyayangi. Serius terasa family kami macam dalam novel. Lagi lagi sekarang mama ngan papa akan terima menantu sulung kak Laila.. Hopefully, makin ceria dan bahagia kelurga kami..

Untuk mama, selamat hari ibu. Mama guru dan ibu kepada kami semua sampai bila bila…. Walaupun apa jadi anak-anak tetap ada bersama dengan mama. Semoga mama kuat terus menghadapi semua ni.. Dugaan untuk kita sekeluarga tapi Allah bagi kita bertambah kasih sayang ..

Selamat hari ibu! Kami sayang mama.. We LOVE YOU, I LOVE YOU! dan Selamat hari ibu untuk semua ibu ibu di dunia..

Selamat hari ibu mama tersayang 3

Lovely family~ Kami yang berlainan ragam dan perangai setiap sorang.. not match at all.. but i love them so much.

#

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network