i & Makan

Eid Restoran Makanan Korea Halal Di Bangi

Eid Restoran Makanan Korea Halal kini Di Bangi
Written by Norfanil

Eid Restoran Makanan Korea Halal Di Bangi | Alhamdulillah, setelah sekian lama sampai juga Eid kat Bangi. Sebenarnya tak tahu pun dibuka kat sini, tapi kawan yang ajak, baru la tahu.

Kami kira pertama kali makan di Restoran Eid. Member ni pun nak makan sini sebab sebelum ni makan kat Itaewon, Korea.

Eid Restoran Makanan Korea Halal Di Bangi

Eid ni merupakan Restoran Makanan Korea Halal yang di buka di Bangi. Saya sebenarnya kurang suka makanan Korea. Tapi bila cuba makanan di sini. Ya Ampun sedap gila!

Eid Restoran Makanan Korea Halal di Bangi

Kami pergi hari Ahad pukul 8.30 malam, itu pun mujur ada customer baru habis makan. Kalau tak memang kena tunggu. Restoran Eid boleh muat dalam 30-40 orang. Setiap setengah jam mesti ada yang datang. Boleh tahan ramai orang.

Makanan Korea Pilihan Kami

Ada banyak pilihan menu dalam 10 menu macam tu, dan kami pilih 3 menu. Menu yang ada daging, ayam dan kek nasi.

Eid Restoran Makanan Korea Halal Di Bangi

Eid Restoran Makanan Korea Halal Di Bangi

Bulgogi (Korean beef BBQ) – Peminat daging memang suka makan ni dengan set nasi. Sedap! Orang diet jangan makan daging haha

Eid Restoran Makanan Korea Halal Di Bangi

Dakgangjeong dan Yuja – Cha – Ini sedap giler, ayam manis. Tak rasa pedas pon. Portion yang besar dan boleh makan 2 orang. Mintak tambah 1 mangkuk nasi extra. Jimat haha. Dia punya rice cake tu di goreng. Sedap gile beb. Rangup sangat.

Eid Restoran Makanan Korea Halal Di Bangi

Ini ayam. Lupa da nama dia. Dihidang bersama rice cake.

Oh.. banyak kami makan malam tu.. ada lagi makanan sampingan. Ini 3 sampingan. Ada lagi 1 sayur kobes. Di asingkan. Itu je la sayur yang ada. Mujur saya ni boleh makan je hehehe..

Eid Restoran Makanan Korea Halal Di Bangi

Kimchi? ini kami kurang hehe. Tak luak pon..

Eid Restoran Makanan Korea Halal Di Bangi

Nama melayu dia Acar timun. Nama korea i tak tahu haahha..

Eid Restoran Makanan Korea Halal kini Di Bangi

Ini satu satu sup supaya anda tak tercekik hahaha..

Komen?

Sedap gila, lepas ni confirm saya akan bawa family makan kat sini. Sebab nak makan dekat mall mall tu macam tak berapa yakin. Jadi bila dah ada Eid – Restoran Makanan Korea Halal di Bangi, bersedia la untuk terjah selalu.

Nak ajak pergi Korea jauh sangat kan, kos pun tinggi. So akan di bawa ke sini. Lagipun makanan pun tak pedas. Sesuai untuk semua usia. hehe

Nak singgah Eid Restoran Makanan Korea Halal di Bangi?

Sila ke lokasi ini.

Restoran Eid – Makanan Korea Halal
Jalan Medan Pusat Bandar 7, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
( Landmark – Belakang Butik Leeyana Rahman, Kedai Hujung)

Instagram : eid.halal.korea.bangi

Waktu operasi : 11 am – 10 pm
Cuti – ISNIN

Waze : waze.to/lr/hw282gdbys


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge