Assalamualaikum..Entry best hari ni lepas duit JPA dah masuk pagi tadi.. hati riang gembira bagi mereka yang ditaja JPA.. alhamdulillah.. syukur..rezeki pagi Selasa..

Kisah kita hari ni.. Duit untuk kahwin, siapa kena kumpul?. nak kahwin perlu ke perempuan simpan duit? Banyak juga status yang aku tulis kat facebook cakap pasal kahwin.. almaklum la.. dah bau bau nasi minyak kan.. haha ..ada jugak status aku pasal simpan duit untuk kahwin.. aku pasti ramai gak sebenarnya yang pelik kenapa aku beria ria sangat nak simpan duit kahwin.. padahal sepatotnya belah lelaki yang kene kumpuul duit untuk kahwin..

Aku terbaca komen dekat satu blog ni.. pasal hantaran dan kahwin.. ada komen dari seorang lelaki yang bergelar ayah.. dia kata kalau pantai timur dulu dulu, duit kenduri sebelah perempuan, semua di bawah keluarga perempuan.. dan dieorg ada dah simpanan untuk buat kenduri adik beradik perempuan.. cuma belanja barang hantaran je lelaki kene sedia kan.. bagus kan?

Tapi zaman sekarang…semua belanja dari kenduri, barang hantaran semua dari pihak lelaki.. Bagi aku la.. itu agak membebankan.. memangla lelaki kena usaha.. perempuan pun kena apa.. ingat nak kahwin kena pikir pasal kahwin haritu je ke? Ramai yang cakap..sebenarnya banyak lagi duit yang nak diguna selepas kahwin sebenarnya.. tak caya?¬†Tanya orang yang dah kahwin.. Aku cuba untuk ringankan beban bakal suami aku.. tak susah pun.. cuma jangan boros.. banyak menyimpan.. mama pun dah suruh aku menyimpan sebab mama tahu aku nak kahwin.. lagi lagi kahwin dengan orang Sabah.. lagi la banyak kos nya.. Duit untuk kahwin oi.. duit untuk kahwin..

Actually x salah pun perempuan simpan duit untuk kahwin.. lagi memudahkan dan insyaAllah boleh kahwin cepat.. perempuan selalu salahkan lelaki sebab lambat kumpul duit.. tapi apa kata perempuan sekali kumpul duit.. kan senang.. bertolak ansur..

wp-1363060489867Cincin yang buatkan orang ingat aku dah kahwin.. padahal mama aku yang bagi.. kekeke

Lepas ni nak lebur balik cincin ni. nak buat flat.. then nak kasi kat adik aku plak..

# nak kahwin.. tapi dengan org sabah.. kena fikir transportation cost .. kena fikir majlis macam mana.. ye la.. takkan nak buat dua kali mari.. gamaknya.. tunang ngan kahwin sekali la kot.. heh

5 COMMENTS

  1. Kahwin je terus, tak payah bertunang.. Huhuu..

    Urusan kahwin zaman sekarang ni kalau serah semua kerja kumpul duit kat orang lelaki, memang makan masa lama jugak kot baru cukup untuk berkahwin.. Itupun kalau cukup. Mana tahu bila duit dah hampir2 cukup tiba2 kereta rosak teruk ke, kena repair.. takpun berlaku masalah2 lain yg memang memerlukan duit.. pastu tak pasal2 terpaksa guna duit belanja kahwin tu pulak.. dah jadi tak cukup duit untuk kahwin.. macam2 lagi yg boleh jadi.. confirm pening kepala..

    Jangan salahkan lelaki kalau lambat ajak kahwin.. Semua sebab duit.. Apa salahnya perempuan pun sama2 kumpul duit utk bantu sikit2 laki tu kumpul duit perkahwinan.. Korang jugak yg nak berkahwin kan..

    Dulu saya dan wife pun sama2 kumpul duit kahwin.. Duit gaji masing2 campur sekali lepas tu buat kira2 bahagikan utk duit hantaran, beli cincin, baju pengantin, pelamin, duit kenduri kahwin belah perempuan, belah lelaki, dan lain2.. Alhamdulillah dengan cara tu kitorang dapat kahwin cepat sikit..
    Anarm recently posted..Masalah Status Bayaran Bil Streamyx melalui Web MyTMMy Profile

  2. Teman lelaki sy org kundasang sabah.. kalau jodoh panjang & family restu, kami berancang untuk mendirikan rumah tangga.. apa pendapat admin..?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge