Assalamualaikum..

Family

Dulu seingat aku masa di sekolah rendah, ayah aku selalu buat karaoke lagu Zarul Umbrella – Ramalanku Benar Belaka.. Dan salah seorang penyanyi dia adalah along aku. Sebab suara along aku memang boleh capai key tinggi. Sangat sesuai la dengan lagu ni, menyanyi sampai terkeluar urat tekak…. Lagipun, dulu Along aku memang penyanyi solo nasyid sekolah rendah..

— Budak yang pakai baju biru tuh lah yang nyanyi.. hehe

 

Tak tau berapa banyak tap karaoke  kat rumah tuh,..ada tap Ukays, Umbrella, Spring, Sting .. orang kata macam macam ada.. jiang berkarat semua.. hahaha.. tapi sampai satu masa di makan anai anai.. So terpaksa buang semua.. Ayah aku lepas balik kerja pukul 10 pagi atau 11 pagi terus ajak member member karaoke kat atas umah flat..Hari hari sampai pak guard datang ketuk pintu rumah sebab ada orang complain bising.. hahaha.. tapi masalahnya sekali ngan management flat sekali join.. so abaikan je complain hahaha…

Bila ingat balik kenangan memang best.. Sebab rumah sentiasa berpenghuni, meriah je.. Boleh tengok kawan kawan ayah berkumpul.. orang cakap, macam gathering la.. meriah sangat.. tapi sekarang dah xde dah..

Masa tengok Anugerah Bintang Popular sebulan lepas, baru lah teringat akan lagu Ramalanku Benar Belaka, memang betul betul orang kata mengimbau kenangan.. kenangan yang kita lupa teringat balik…

 

Diri Sendiri & Mr.Peah

kalau tengok pada lirik lagu ramalanku benar belaka, kadang kadang boleh teringat pulak kenangan perit..

 

Hingga ke saat ini

Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah
Kesudahan aku parah

 

Aku kehilangan masa bulan 5 tahun lepas selepas 3 tahun bersama, Mr.Peah kehilangan bulan1 tahun lepas selepas 6 tahun bersama.. Kedua dua aku ngan Mr.Peah di tinggalkan.. perit.. tapi untuk aku Ramalanku Benar Belaka… haha.. awal awal dah buat ramalan.. dan memang benar benar berlaku..  untuk Mr.Peah tuh, aku tak tau dia ramal ke tak.. rasa macam tak je..sebab dia terkejut sangat..

Cuma beza sekarang, masing masing aku ngn Mr.Peah berusaha untuk bina Masjid.. In Shaa Allah.. sekiranya tiada halangan.. dan semoga di permudah kan…

#jom kita karaoke Ramalanku Benar Belaka..

zarul umbrella

“Mereka Berjaya melakukannya kerana mereka telah mahir dalam TEKNIK nyanyian yang betul..”

20 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge